Monday, June 30, 2008

MISTERI KEHILANGAN BANNER

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dah lama tidak mencoretkan sesuatu dari hati... Dengan kekangan berdepan dengan laptop dan kesukaran melayari internet menjadi penghalang utama. Tetapi, malam ini ALLAH mudahkan urusanku. Mudah-mudahan ALLAH mudahkan urusan sahabat-sahabat yang lain juga ya. Biarlah urusan itu ke arah kebaikan dan bukannya ke arah kejahatan dan kemaksiatan. Ameeen....

Sejak seminggu dua ini, pelbagai mehnah dan tribulasi melanda. Semuanya dianggap untuk mematangkan diri. Benarlah jalan perjuangan ini jika tiada halangan dan ujian maka tidak lengkaplah..... Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia sidang 2008/2009 memulakan langkahnya dengan penuh semangat dan iltizam baru. Bertemakan "Bersama Mahasiswa, Membangun Universiti" satu lagi anjakan paradigma pemikiran berjaya dilaksanakan.Insya-ALLAH inilah zaman kebangkitan mahasiswa ISLAM di bumi Minden tercinta. Derap-derap kebangkitan mula menyala-nyala dalam jiwa pejuang kebenaran.

Sempena dengan kedatangan adik-adik yang baru ke kampus taman ilmu ini, PMIUSM sangat berbesar hati untuk menyambut kedatangan mereka. Ahli PMIUSM bertungkus lumus untuk menyiapkan 7 banner hasil tangan sendiri dan 5 banner yang ditempah. Muslimat PMIUSM sangat teguh hatinya, berganding bahu melakar dan mengecat satu persatu banner tanpa jemu. Tiada sedikit pun balasan yang diharapkan tetapi hanyalah ingin meraikan kehadiran adik-adik ke Puncak Menara Ilmu. Muslimin pula sanggup berjaga lewat malam menggantung banner sehingga pukul 2.30pagi walaupun penat dengan tugasan yang bertimbun-timbun lagi tetapi masih sanggup gagahkan diri.

Seawal jam 4 pagi hampir kesemua banner yang cantik itu telah lenyap di pandangan mata, belum pun sempat untuk adik-adik melihat dan menyaksikan kata-kata semangat dari kakak2 dan abang2 PMIUSM. Ramai yang keciwa dan geram.. iyalah kita buat penat-penat tiba-tiba ada orang SABOTAJ. Maknanya kita telah dianiaya!!!! Doa orang yang teraniaya doa yang makbul...

ALLAH pasti akan membalas kepada orang yang melakukan perbuatan khianat itu. Pasti "dia" tidak tenang tidurnya, tidak kenyang makannya, tidak basah mandinya. Pasti hidupnya tidak akan bahagia. Saat demi saat pasti akan merana. Selagi masih ada waktu bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah. Pintu taubat sentiasa terbuka. Kita adalah bersaudara. Fikirlah sebelum bertindak, jangan hanya mengikut arahan membuta tuli. Janganlah jadi "pak turut" semata-mata.

Kepada sahabat2, jangan kita putus asa ya!!! Kita kuat kerana kesatuan aqidah antara kita, Kita kuat kerana ALLAH senantiasa bersama kita. Ini baru permulaan. Banyak lagi tindakan yang diluar jangkaan kita akan ditempuhi. Tindakan orang yang tiada hati perut. Mungkin kita insan yang berhati perut tak sanggup untuk mengambil hak orang lain... Tetapi kita tidak boleh biarkan diri terus tertindas dan terus ditindas!!!!!

AMARAN kepada orang yang sangat khianat itu... Kami ada memasang banner lagi. Kali ini lebih lawa lagi... Jangan sekali-kali cuba memegang atau menyentuh!!!! ALLAH memerhati setiap tindakan dan tingkah laku kita....

Semoga kampus ini akan aman dan sejahtera....

SURAT TERBUKA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini tercipta lagi satu sejarah dalam kehidupan sebagai MPP... Bukan untuk meraih simpati sesiapa... tetapi untuk memperjelaskan keadaan yang selama ini berlaku. Biarlah semua orang tahu..Agar terbuka sedikit pintu hati untuk menilai yang mana yang haq dan mana yang batil... Mungkin ada yang tidak akan senang duduk selepas ini...Semoga mereka sedar dan kembalilah ke jalan yang benar..

Surat terbuka: DISKRIMINASI TERHADAP MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
PRO-MAHASISWA USM

Majlis Perwakilan Pelajar USM sidang 2007/2008 telahpun menjangkau 9 bulan hayatnya. Pelbagai program yang hebat dan antarabangsa telah pun dibincangkan dan dirancang penuh berstrategi sejak awal memegang tampuk pemerintahan pelajar. Namun, sehingga kini, tiada satu pun projek tersebut seperti Persidangan Mahasisiwa OIC, Apprentice, road tour untuk memperkenalkan USM ke seluruh Malaysia dan sebagainya yang berjaya tetapi sebaliknya hanya tinggal kenangan. MPPUSM yang diterajui oleh Mohd Shukri Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Che Mat hanyalah sebuah badan yang indah khabar dari rupa. Khabar angin yang mengatakan mereka ‘pak turut’ kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dibuktikan sekali lagi di hadapan mata kami barisan pro-Mahasiswa (pro-M) yang diwakili oleh saudara Mohd Azhari, Nur Mastura, Siti Rogayah, Nurul Izzati dan Nor Harizam. Sehingga ke hari ini, setiap portfolio masih tidak mendapat senarai bidang tugas yang sebenar. Walaupun telah diminta beberapa kali, 3 orang NYDP induk memberi alasan tidak pernah dapat duduk bersama untuk membincangkan dan menetapkan tugas setiap portfolio masing-masing kerana terlalu sibuk. Ini merupakan alasan yang tidak dapat diterima sama sekali. Projek-projek yang berjaya dijalankan pun hanyalah projek tradisi yang diberikan oleh pihak HEP untuk membantu menjaga nama MPP seperti Persembahan Amal membantu mangsa banjir , Convex, Minggu Suai Kenal, NRIC, dan Program Jati Diri di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Sepanjang bergelar YB muda setelah 9 bulan ini, tiada satu pun peluang yang diberikan oleh pihak MPP aspirasi kepada pro-M untuk menjalankan tugas dan amanah mereka sebagai perwakilan pelajar kecuali melantik Mastura sebagai pengarah projek untuk Persembahan Amal yang berkonsepkan hiburan. Selain daripada itu, pro-M sama sekali tidak diberi peluang melaksanakan projek walaupun sebagai AJK biasa. Kisah diskriminasi ini bermula sejak awal perlantikan Majlis Tertinggi lagi di mana 2 calon umum pro-M disingkirkan dari memenuhi kerusi teratas. Sebelum malam pengundian bermula bersama dengan TNC HEP, pihak pentadbiran yang diketuai oleh En. Nazru Ismail telahpun memimpin perjumpaan dengan semua MPP Aspirasi termasuk yang datang dari kampus cawangan transkrian di Desasiswa Aman Damai. En Nazru masih sempat berpesan supaya tidak memberi peluang kepada pro-M untuk menang sebarang kerusi yang dipertandingkan pada malam tersebut. Apabila malam perlantikan rasmi yg sebenar tiba, para ‘pelakon’ Aspirasi cekap sekali berperanan. Semua nama yang telah dibincangkan pada malam sebelumnya telah naik dengan mudah walaupun ada satu kerusi dipertandingkan. Walau apapun, tahniah diucapkan atas lakonan mantap MPP Aspirasi kesemuanya. TNC HEP sama sekali tidak tahu menahu tentang agenda hitam tersebut. Beliau berada di Kelantan ketika itu.

Pihak pro-M pasrah dengan ketentuan ini kerana bukan jawatan yang kami kejar. Namun, kekecewaan tetap bertandang kerana konspirasi menjatuhkan MPP pro-M telah dirancang oleh En. Nazru selaku Ketua Penolong Pendaftar di HEP. Apabila kekecewaan ini dilontarkan di dalam Berita Kampus (BK), En Nazru segera mengadakan perjumpaan tergempar pada malam BK diterbitkan. Siti Rogayah telah diberi amaran supaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai MPP bukan mencari lagi kesalahan YDP dan Aspirasi yang lain. Semua pro-M menerima dengan hati terbuka.

Setelah peristiwa itu berlalu, timbul pula satu penindasan lain. MPP pro-M sengaja tidak dilibatkan dalam Program Jati Diri yg diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang menjadi acara tahunan USM. Alasan mereka, MPP tidak tahu kerana yang menguruskan program ialah Sekretariat Sukarelawan USM. Namun, yang menjadi kehairanan, jika MPP tidak tahu dan terlibat secara langsung, mengapa Penolong Exco MPP pula yang dijadikan fasilitator? Pro-M sendiri mengetahui mengenai program ini daripada mulut Penolong Exco (PE) yang terlibat, bukan diberitahu sendiri oleh MT MPP yang lain. Lebih parah lagi apabila pelajar dari kampus cawangan Kubang Kerian Kelantan dan Transkrian juga turut terlibat. Jika mereka mengatakan kekurangan fasilitator, mengapa kami yang sedia menawarkan diri ini dianaktirikan?

Penindasan seterusnya berlaku dalam pengurusan program National Research and Innovation Competition (NRIC) dan Convex di mana tiada seorang pun daripada pro-M yang dilantik menjadi AJK sedangkan pelajar yang bukan PE MPP pun boleh menjadi sebahagian daripada Majlis Tertinggi program. Kami terhimpit dalam dilema, bagaimana agaknya MPP pro-M boleh menjalankan tanggungjawab seperti yang disarankan oleh En. Nazru jika tiada secebis peluang pun yang diberi? Pada akhirnya, keluar pula berita mengatakan MPP pro-M tidak tahu dan malas buat kerja. Sungguh ‘adil’ bumi USM ini.

Isu NRIC dan Convex dibiarkan begitu saja oleh pihak pro-M kerana mereka ingin memberi fokus kepada projek lestari yang telah diilhamkan sejak sebelum cuti antara sidang bermula lagi. Kertas kerja Perkampungan Lestari telah dihantar kepada Dr. Izham oleh Pengarah Projek, Siti Rogayah Bahari. Setelah itu, pada awal cuti antara sidang baru-baru ini, sebahagian MPP termasuk YDP dan tiga orang pro-M telah mengikuti kursus “Sustainability Leadership” yang dianjurkan di Taiping. Di sana kami dikejutkan oleh gelagat YDP MPP yang sanggup memakai gelang bertulis BARISAN NASIONAL berwarna biru dan putih, gelang oren yang terdapat lambang kati berwarna biru dan juga gelang gegar U berwarna merah. Tindakan berani Che Mat tersebut benar-benar mengecewakan kami kerana jelas sekali beliau sendiri yang melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Seksyen 15 (Bahagian III) yang berbunyi “Tiada sesiapa jua,semasa menjadi pelajar universiti,boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati, atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang haram.” Nampaknya Che Mat sendiri yang merendah-rendahkan kewibawaannya sebagai tunggak pimpinan mahasiswa universiti yang terbaik di Malaysia ini. Kekesalan tersebut kami pendamkan demi menjaga nama baik Che Mat walaupun mengikut undang-undang sebenar,beliau boleh kami dakwa di bawah AUKU.

Setelah selesai mengikuti kursus ‘Sustainability Leadership’, kertas kerja yang sama telah diubahsuai semula mengikut persetujuan di dalam program tersebut oleh pengarah projek asal juga. Setelah kertas kerja itu dibincangakan oleh Che Mat, Rama, Mariati dan Izzati(pro-M) bersama Dr. Zainal, terdapat pemurnian yang perlu dibuat padanya. Dan sekali lagi Siti Rogayah memerah idea untuk membuat penambahbaikan padanya. Setelah dua minggu kertas kerja baru dihantar kepada Dr Zainal dan Che Mat, tibalah masa untuk membuat ‘follow up’. Namun, kehadiran pengarah projek bersama Mastura selaku SU projek ke bilik Dr. Zainal tidak disenangi oleh Che Mat. Entah dari mana dia tahu kami ingin bertemu dengan Dr. Zainal tepat pada waktunya. Namun, oleh kerana Siti Rogayah meletakkan telefon bimbitnya dalam mod senyap, dia tidak sedar ada panggilan dan sms daripada Che Mat. Setelah puas berbincang dengan Dr. Zainal dan mendapat lampu hijau untuk menjalankan projek, barulah telefon bimbitnya dibuka dan dia menyedari ada mesej daripada Che Mat yang berbunyi
“Aslkm. Harap maklum. Sbrang projek atas nama mpp, prlu dpt kelulusan MT. Anda bukan pengarah projek minggu lestari, x perlu jmpe Dr zainal utk bincang ape2.tq.” –Mpp Che Mat, 26-Jun-08, 11.28 pagi

Lalu, Pengarah Projek mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Che Mat dan berbincang dengannya pada hari yang sama. Oleh kerana tahu akan kesibukannya dengan PPMS, maka pengarah projek meminta Che Mat sendiri yang menetapkan masa untuk berjumpa. Setelah kami dalam perjalanan, tiba-tiba Setiausaha MPP menghantar mesej mengatakan Che Mat pesan suruh beritahu tidak jadi jumpa pada waktu itu dan ditunda ke esoknya kerana beliau ada hal. Mengapa beliau batalkan pada saat-saat akhir? Dan mengapa Mariati yang merupakan Setiausaha MPP pula yang perlu memaklumkan kepada pro-M sedangkan perjanjian dibuat hanyalah antara pro-M dan beliau secara peribadi sahaja? Cubaan untuk menghubungi Che Mat sendiri yang seterusnya hanya menemui kegagalan. Sungguh hebat pemimpin mahasiswa USM sidang 2007/2008 ini. Pada pendapat kalian, wajarkah tindakan YDP tersebut?

Terkini, maklumat yang diterima oleh pro-M mengatakan Setiausaha MPP sendiri merupakan pengarah projek lestari itu. Cantik sungguh permainan mereka. Jikalau benar projek itu tidak mendapat kelulusan dari MT, mengapa tidak dari awal lagi YDP memberitahu pengarah asal supaya tidak meneruskan usahanya memurnikan kertas kerja tersebut sedangkan dia sudah sedia maklum mengenai AJK pelaksana program lebih dari sebulan yang lalu. Salinan kertas kerja juga telah diberikan khas kepadanya. Kalaupun ditakdirkan beliau tidak dapat menghubungi pengarah, mengapa tidak disampaikan saja pesanan kepada Izzati yang ada bersamanya ketika berjumpa dengan Dr. Zainal dua minggu sebelumnya? Adakah terlalu susah dan sibuk untuk menghantar hanya 1 sms memberi arahan berhenti daripada usaha tersebut? Mengapa selepas berpenat-lelah memurnikannya, beliau baru tiba-tiba muncul dan menegah hak pro-M terhadap projek tersebut? Adakah Che Mat ingin memberitahu kami bahawa kelompok Aspirasi memang tidak tahu membuat kertas kerja dan mengharap untuk ‘mencurinya’ daripada pro-M? Sebenarnya dalam program lestari ini, walaupun dirancang oleh pro-M, pihak kami sama sekali tidak menafikan hak Aspirasi. Timbalan Pengarah sendiri ialah dari kalangan mereka.

Selain itu, rasa pelik terus menerus menerjah ruang fikiran apabila Che Mat yang terlalu sukar dihubungi selama ini oleh saudari Mastura dari pro-M untuk urusan projeknya iaitu “city survival training” boleh tiba-tiba muncul kembali untuk menghalang Siti Rogayah daripada berjumpa dengan Dr. Zainal. Che mat seolah-olah mengelak daripada melancarkan perjalanan projek Mastura dan pada masa yang sama cuba menyekat pula projek yang sudah dipetik suisnya oleh Siti Rogayah. Pro-M teraniaya, benar-benar teraniaya.

Hanya beberapa hari selepas itu, berlaku pula penindasan lain yang sedang dilakukan oleh MPP Aspirasi USM kepada pro-M apabila mereka tidak diberi ruang untuk menjadi PPMS. Apabila ditanya adakah pro-M terlibat menjadi PPMS, jawapan yang diberikan “mereka takmahu terlibat”. Apabila berhadapan dengan kami mereka memberikan alasan lain pula iaitu, MPP sendiri perlu melalui sesi temuduga sedangkan MPP Aspirasi secara automatik layak menjadi PPMS. Penghulu PPMS kali ini tidak lain dan tidak bukan pastilah YDP MPP sendiri. Jika dikatakan semua mpp perlu menjalani sesi temuduga, mengapa terang-terang YDP MPP pula yang dilantik menjadi tunggak program Minggu Suai Kenal? Lebih membekas di dalam hati pro-M, tatkala mereka bertegur sapa dan berkenalan dengan pelajar baru, YDP sendiri datang memerhati tindak tanduk exco-exconya seperti mengesyaki pro-M sedang melakukan sesuatu yang tidak baik kepada adik-adik. Lagaknya kelihatan tidak senang sekali. Ada pula bekas calon pusat yang telah kalah bertanding sebelum ini tiba-tiba datang mengambil gambar pro-M. Terselit juga kebanggaan untuk pro-M kerana YDP MPP sendiri sanggup ‘mencemar duli’ mengiringi langkah kami, exco-exconya. Terima kasih diucapkan dan kami sangat menghargainya. Di samping itu, Aspirasi juga memberi amaran kepada pro-M supaya tidak mendekati pelajar baru sepanjang minggu orientasi. Lebih menggelikan hati, ada pula peraturan yang baru wujud di mana, pelajar-pelajar selain PPMS tidak boleh bercakap dengan sesiapapun di dalam USM. Di mana hak MPP pro-M sebagai perwakilan pelajar? Ingin membantu adik-adik yang benar-benar memerlukan bantuan pun dikatakan ingin membuat kacau. Pas masuk tidak diberikan dan urusan dengan dekan-dekan pusat pengajian masing-masing juga tergendala.

Selama memegang amanah sebagai MPP, pro-M telah bertungkus-lumus dalam usaha menjaga kebajikan mahasiswa. Saudara Azhari telah berusaha menguruskan isu isyarat lampu hijau di pintu masuk RST yang terlalu singkat, permohonan pembinaan perhentian bas depan Restoran Khaleel dan pembinaan longkang baru di Sungai Dua yang sebelum ini berbahaya kepada pejalan kaki. Hasilnya sudah dapat dilihat dalam jangka masa tidak sampai seminggu surat dihantar kepada pihak berkenaan. Kesempatan ini digunakan pula oleh Che Mat untuk mewar-warkan kejayaan menjaga kebajikan pelajar oleh MPP di bawah pimpinannya sedangkan yang berpenat-lelah menguruskan kebajikan ialah Exco Korporat dan Pengantarabangsaan yang berstatus pro-M dan bukan pun Exco Kebajikan dan Kampus Sejahtera yang sepatutnya bergerak ke hadapan dalam menangani isu ini. Tahniah kepada saudara Azhari. Walaupun kita kelihatan seperti dipergunakan, namun yang lebih kita harapkan ialah ‘simpanan’ di sana nanti. Rakan-rakan mahasiswa sekalian, jika kalian berada di pihak kami, bolehkah rakan-rakan beritahu kami apakah perasaan yang sepatutnya kalian alami? Marah? Sedih? Suka? Puas hati? Tak kisah? Padan muka? Walau apa pun, kalian ialah golongan intelek. Gunakanlah anugerah akal fikiran yang sihat itu untuk menilai semua ini tanpa dibelenggu oleh pemikiran yang sempit dalam membuat pertimbangan.

Selama berada di bawah tampuk kepimpinan Aspirasi, kehadiran dalam mesyuarat nyata menyedihkan kerana MPP Aspirasi sendiri ada yang pernah hadir cuma sekali dua. Exco Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Integrasi hanya sering diwakili oleh pro-M manakala dua exco lain sudah tidak dapat dihubungi. Hilang entah ke mana. Projek yang sepatutnya diuruskan oleh portfolio ini diserahkan pula kepada Pembantu Exco. Pengerusi portfolio ini menyepi sebaik sahaja selesai sambutan Tahun Baru Cina. Semua MPP Aspirasi yang berbangsa cina sangat jarang dapat ditemui hadir dalam perjumpaan dan mereka sering mengelak daripada mengikuti program-program universiti dan KPT. Namun, jika pihak pro-M yang tidak hadir mesyuarat dan program, kecohlah USM dengan berita bahawa pro-M malas datang mesyuarat dan sengaja beri alasan untuk tidak hadir program.

Kisah ini terpaksa pro-M ketengahkan kerana suara kami sudah tidak ingin didengari lagi di dalam bilik persidangan MPP. Ini hanya sekadar luahan hati kami untuk membuka minda mahasiswa sekalian. Telah banyak sesi berat sebelah dipraktikkan dalam kepimpinan Che Mat, YDP yang kami sanjungi selama ini. Namun, kebaikan dan kerjasama yang telah kami hamparkan nampaknya telah disalahgunakan. Tiada erti lagi kami terus berdiam diri jika penindasan ini berterusan.

Kepada mahasiswa yang bijak pandai dalam menilai kebenaran dan kebatilan, semoga tulisan ini membuka mata hati kalian untuk mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Anda mahasiswa yang mempunyai suara anda sendiri. Renungkanlah semua ini dengan rasional dan gunalah kematangan anda untuk membuat penilaian sendiri. Selama ini kami masih mampu mendiamkan diri dan terus memberi kerjasama yang padu untuk menguatkan barisan MPP yang ada. Tetapi selepas melalui lebih daripda 3 kisah penindasan, kami merasakan inilah masanya kami menyuarakannya untuk pengetahuan umum. Sudah terang lagi bersuluh, hak kami sebagai MPP yang naik secara sah dan diiktiraf universiti dan mahasiswa dinafikan sama sekali. Di sini, kami tidak sekali-kali menyalahkan mereka yang selalu memandang rendah terhadap keupayaan kami kerana kami tahu mereka ialah orang yang tidak mengetahui. Justeru, semoga siri diskriminasi kepada kami dapat dijadikan suri teladan kepada mahsiswa supaya memilih pemimpin yang bercirikan seorang pemimpin pada masa hadapan. Kami redha menjadi mangsa keadaan ini dan diharap agar penganiayaan ini tidak sia-sia dan dapat membuka mata mahasiswa yang cerdik pandai sekalian. Inilah apa yang sebenar-benarnya telah berlaku dan apa yang akan berlaku pada esok harinya kami serahkan kepada Allah Yang Maha Memelihara.

Kami berpegang kepada hadith Rasulullah SAW:
“ Aku telah diperintahkan supaya berkata benar meskipun pahit.” Baginda berkata lagi: “Aku telah diperintahkan supaya berkata benar dan supaya di dalam mengatakan sesuatu kebenaran kerana Allah, tidak gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela.” Baginda mengatakan lagi: “ Sebaik-baik jihad ialah berkata dengan perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim.”

Kami tahu kami akan dipanggil untuk mengadap pihak atasan kerana ‘keberanian’ kami membuka pekung di dada mereka ini. Segala akibatnya kami sedia tanggung bersama asalkan kebenaran tertegak di bumi Minden tercinta ini.
Kami yakin, doa orang yang teraniaya sekali- kali tidak akan ditolak oleh Allah. Kepada kalian yang suka bermain dengan kami, kali ini kami sedia bermain bersungguh-sungguh dengan kalian. Dan jangan kalian lupa, Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Semoga kalian segera bermuhasabah dan bertaubat kerana kita ada janji dengan Allah untuk menemuinya di sana nanti.
Kepada Prof Omar Osman, kami mohon maaf kerana terpaksa menulis surat terbuka ini. Kami tahu Dr. Omar tidak pernah bersikap tidak adil kepada kami selama ini. Kami hargai sikap keadilan dan keterbukaan Dr tersebut. Semoga Allah merahmati Dr. Omar sekeluarga dunia akhirat.
Akhir kalam, kami barisan pro-M USM seramai 5 orang ingin menujukan sebuah puisi untuk insan bernama mahasiswa di seluruh IPTA/S.

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi keadilan kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai mahasiswa kita satu hati
Marilah bersama bersatu menentang kezaliman
Sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datang
Jangan takut..
Berjuanglah untuk keadilan..

Sekian, terima kasih.

“WE UNITE FOR STUDENTS’ AGENDA”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO-MAHASISWA 2007/2008,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
30 Jun 2008.

Monday, June 16, 2008

JENAYAH AKADEMIK AKTIVIS DAKWAH

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tertarik apabila membuka blog saifulislam... Terkesima juga... Semoga menjadi pedoman buat kita semua!!!


Mari kita ikuti.....

“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.


Kata-katanya itu separuh benar separuh batil.


Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!
Itu kalau versi ‘cerita menjadi’.


Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.


Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.


Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.
Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.
Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah? Tentu sahaja tidak. Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!
Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.


ESCAPISM


Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?
Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.


Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.
Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.

Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.
Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.


ALASAN


Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.
“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.
Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.
Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.


MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’


“Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.
Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.
“Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.
Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.

Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.


Sifirnya mudah.


Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum. Itqan. Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!


Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.


Lupakah kita kepada firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]


Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.


Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA


Setuju. Saya setuju 100%.
Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan.


Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output. Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment… itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.


Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.
Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana.


Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!


ALLAH MESTI TOLONG


Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.
Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.
“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.


Cuba perhatikan firman Allah SWT:
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Allah SWT berjanji akan membantu.


Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.


TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).


Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.


Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.
Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan urusan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.

Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.
Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.

BERLATIH MENGURUSKAN REALITI

Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.
Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.
Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.
Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.
Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.


TAMRIN SIKAP


Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.


TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.


“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2: 216]


Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.
Berdisiplinlah!


KMPk...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terasa ingin menulis sesuatu.... semenjak pulang dari Kolej Matrikulasi Perak (KMPK) setelah menghadirikan diri bagi menghandle 24hours JPP anjuran Alumni KMPK untuk adik-adik yang baru sahaja dimemenangi Pilihan Raya Kolej yang berlangsung pada 14 Jun 2008. Bukan itu sahaja, teruja menjejakkan kembali kaki ke tempat transformasi diri mengimbau kembali sejarah dan pengalaman di zaman muda. Hehe... Dengan kehambatan masa sibuk dengan kampus dan sekolah, ALLAH masih berikan kesempatan turun ke bumi KMPK. Di sana juga berkesempatan bertemu dengan AJKO untuk orientasi PTD dan penyelaras SIREH PULANG KE GAGANG 4. Ternyata, aku amat berbangga dengan adik-adik ini kerana jiwa mereka begitu kental.

Pengalaman manis yang dikutip tidak akan dilupakan kerana semua itu indah sekali. Adik-adik JPP sidang 08/09 akak mintak maaf sepanjang program kalau ader terkecil hati dengan tindakan akak. Bukan niat nak mendera tetapi anggaplah sebagai tarbiyyah melatih diri adik-adik. Selepas nie anda semua akan sibuk dengan amanah yang berat ini, dengan akademik lagi. Semoga terus tabah.... Yang ader jawatan juga dalam Rakan Masjid semoga terus istiqamah ya dik.... Inilah jalan perjuangan... Tidak semudah jalan yang dibentangi karpet merah tetapi inilah jalan yang penuh dengan onak duri serta berliku-liku. Tidak semua orang mampu bertahan. Tapi yakinlah akan janji ALLAH. Semoga redha dan syurga ALLAH milik orang-orang yang berjuang di jalanNYA.....

Saat makan ubi bakar.. jangan dilupa ya!!!! Akak cuba senaraikan nama adik-adik JPP... yang tertinggal akak mintak maaf... hani 'izzati, wan izzah, banan, aqilah, hidayah, koshi,dira,nasai',afiq,zul,ein,mubassyir,mawi.......

Adik-adik AJKO dan SPKG4, ingat ya pesan akak. Dekat kampus aktifkan dirimu. Kita ada gelaran "MAHASISWA". Jadi, lajukan aura perjuangan gerakan mahasiswa dalam aliran darahmu.... Jangan tertipu dengan mana-mana pihak tetapi kamu harus mencari jalan kebenaran itu. Jangan membatu tetapi cairkanlah dirimu supaya dapat mengalir di celahan-celahan penderitaan rakyat. Agar kita menjadi orang yang paling dekat dengan mereka. Kita juga adalah generasi yang akan mencorakkan masa depan negara. Maka lengkapkanlah diri dengan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum meninggalkan alam kampus.

Akak juga bukanlah insan yang hebat, adik-adik ... akak hanya insan kerdil yang mendamba kasihnya TUHAN... Mungkin jalan tarbiyyah yang akak lalui mematangkan akak hari demi hari.... Dan akak pasti adik-adik juga akan mencapai tahap yang lebih baik dari akak. Cuma apabila kita di amanahkan maka laksanakanlah sebaiknya. Kadang-kadang orang memang tidak pernah puas hati dengan kita, ader yang tidak sukakan kita. tapi peganglah prinsip ALLAH senantiasa ada bersama kita. Pada Shida, Asiah, Madhu, Awang, Lutfi, Syahmi, Fahmi, Kamal, Muzakir, Hafiz, Hairi, Apai, Syawal..... dan banyak lagi... teruskan perjuangan!! Insya-allah jika ada kesempatan kita ketemu lagi ya!

Sunday, June 15, 2008

BERITA TERBARU BADAN BERTINDAK MAHASISWA NEGARA


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Telah tercatat sejarah baru dalam dunia gerakan mahasiswa apabila satu konvensyen telah berjaya dilaksanakan oleh Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang menghimpunkan pemimpin mahasiswa Pro-M dari segenap pelosok kampus tanah air baru-baru ini. Program yang julung kali diadakan ini dilihat sebagai satu momentum kebangkitan mahasiswa. Ini merupakan isyarat pertama kepada sesiapa yang cuba menghalang atau menyekat suara mahasiswa, anak-anak muda ini jiwanya kental, punya semangat yang luar biasa walaupun hanyalah insan biasa, sekali mara tidak akan berundur!

Pemberian nafas baru kepada BBMN dengan perlantikan Presiden Mohamad Hilman Nordin, mahasiswa tahun 3 Fakulti Kejuteraan Universiti Malaya di samping mengetengahkan muka-muka baru dunia kepimpinan mahasiswa dalam barisan hadapan BBMN diharapkan dapat mencetuskan gelombang kebangkitan mahasiswa dalam memimpin perubahan arus ini.

Konvensyen yang diatur penuh padat dengan aktiviti-aktiviti percambahan minda telah berhasil membuka mata pemimpin mahasiswa yang hadir secara keseluruhannya. Antara perkara baru yang didedahkan kepada pemimpin muda ini berkenaan dengan cara membezakan format memorandum, kenyataan akhbar, respon isu dan sebagainya. Banyak juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan mahasiswa mahupun negara ataupun antarabangsa telah dibedah dengan begitu baik untuk kefahaman mereka. Ditekankan penggunaan media massa sebagai satu wadah untuk menyampaikan serta menyebar luaskan perjuangan mereka. Masing-masing telah dibentuk untuk menjadi seorang yang responsif, sensitif dengan keadaan, berani mengeluarkan pendapat dan yang pasti bukan ‘pak turut’ semata-mata. Dengan adanya peserta dari pelbagai kampus serta berbeza.lapangan disiplin akademik serta pengalaman semuanya di satukan dalam program ini dan perkongsian pintar telah berjaya dijalinkan.

Peserta turut di bentangkan dengan kertas kerja “Pemimpin bukan sekadar populis” yang mana menyentak jiwa-jiwa ini untuk berubah menjadi pemimpin yang sejati yang diterima di setiap lapisan masyarakat bukan dan sekadar popular semata-mata tetapi yang lebih penting kehadirannya dirasai setiap orang. Slot yang terakhir “Bersedia memimpin perubahan” meninggalkan kesan yang cukup mendalam kerana pemimpin muda ini ingin mencipta sejarahnya sendiri, tidak lagi mahu terikat dengan kisah-kisah silam.

Respon daripada peserta yang hadir apabila tamat sahaja konvensyen, kelihatan muka-muka bercahaya, penuh dengan semangat dan iltizam baru untuk menggegarkan Malaysia dengan suara mahasiswa. Antara komen peserta mengenai konvensyen; Hazirah Abdullah UPM “segar dan penuh semangat, ada roh perjuangan yang mengalir laju, ketakutan sedikit demi sedikit menyinsih dan yang tinggal hanyalah darah pejuang YB muda”. Diikuti dengan Siti Yusnita Ahmad USM “sebuah program yang berinfomasi, tidak sia-sia datang” manakala Mohammad Pazly UTHM menyatakan banyak perkara yang dipelajari dan rasa kekuatan itu menyerap apabila bersama rakan-rakan seperjuangan. Majoriti peserta amat berpuas hati dengan konvensyen ini yang membawa kesatuan pemikiran dan tindakan pemimpin pro-M untuk maju ke hadapan.

“KEBANGKITAN MAHASISWA, MEMIMPIN PERUBAHAN”

Wednesday, June 11, 2008

PERUBAHAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehidupanku berbeza jika hendak dibandingan antara dulu dan kini. Dan pastinya semua orang akan melalui detik-detik itu. Satu penghijrahan ke arah yang lebih baik. Kita tidak harus hanya berada ditakuk lama dan kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan apa yang ada sahaja, sedangkan banyak lagi perkara yang harus kita capai demi kebaikan kita khususnya serta manusia sejagat umumnya.

Tiada kena mengena dengan bulan hijrah ku coretkan tulisan ini. Tetapi, kepala ini sedang memikirkan satu method untuk mencapai matlamat anjakan paradigma pemikiran dalam diri mahasiswa itu sendiri. Bagaimana hendak mengubah mentaliti mahasiswa yang hanya tahu memfokuskan diri mereka dengan akademik semata-mata. Bagaikan itu sahajalah cara untuk mereka mendapat peluang pekerjaan yang diidam-idamkan(fokus jangka pendek). Setiap hari akan menghadap buku dan komputer menyiapkan assignment yang bertimbun-timbun bagaikan Bukit Gambir yang terpasak di belakang Kompleks RST.

Apabila sudah boring maka bermulalah aktiviti menayangkan cerita-cerita korea, indon dan banyak lagi sebagai pelengkap kehidupan. Mungkin juga keluar berjalan-jalan di BJ, Perangin...Sunshine, Tesco dan yang terbaru Queness Bay bersama kawan-kawan. Menghabiskan masa menonton wayang yang memaparkan movie baru. Mungkin pada pandanganku mereka ini mencari hiburan yang menenangkan jiwa. Itu cara mereka... Wajarkah aku biarkan sahaja???? TIDAK sama sekali.

Mahasiswa Mahasiswi yang ku sayangi kerana ALLAh semata-mata. Bangkitlah segera kita tidak boleh terlena lagi dibuai mimpi nan indah...Sekarang bukan lagi masa untuk kita melayari bahtera kehidupan ini dengan cara nafsi-nafsi tetapi kita haruslah sedar yang kita ini generasi baru yang ingin dilahirkan ke arah Malaysia yang baru. Maka kita perlu bersatu tidak kiralah berlatar belakangkan fahaman politik yang berbeza mahupun berbezanya kulit warna, bangsa ataupun agama sebab kitalah yang akan mencorakkan Malaysia di masa hadapan. Sanggupkah kalian lihat negara kita hancur begitu sahaja!! Baru-baru ini kedaulatan negara sekali lagi tercemar dengan hilangnya Pulau Batu Puteh ke tangan Singapura. Lepas ini apakah pula......???? Jangan....Jangan....Jangan biarkan lagi negara yang kita cintai ini ternoda dek tangan-tangan kasar yang terlalu gelojoh mengejar kemahsyuran tanpa kedaulatan..... Apa yang kita ada kita pertahankan... Apa yang rasanya tidak elok kitalah yang perlu betulkan... Apa yang betul dan baik itu kita perjuangkan!!!!


Mahasiswa hari ini telah kekurangan nilai.....Mari kita selongkar apa maksud statement tersebut? Tidak perlu mencari model jauh-jauh tetapi cuba kita renungkan keadaan diri kita yang bergelar mahasiswa mahupun yang bergelar bekas mahasiswa. Hari ini added value dalam diri mahasiswa terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan zaman kegemilangan mahasiswa era 70-an dan 80-an yang mana pada waktu itu gerakan mahasiswa begitu sinonim dengan masyarakat. Mahasiswa sangat sensitif pada keadaan sehingga tercetusnya Demonstrasi Baling sekiatar tahun 70-an yang memperjuangkan nasib golongan petani yang saat itu dilanda krisis kebuluran.... (kna banyak lagi membaca sejarah gerakan mahasiswa). Di sini dibuktikan betapa mahasiswa begitu dekat dengan masyarakat. Hampir 1000orang mahasiswa dari segenap kampus turut bersama golongan yang ditindas ini. Maka ramai laa jugak ahli gerakan mahasiswa ini tertangkap oleh pak polisi. Konon2nya mengancam keadaan negara.....

Kalau diikutkan zaman-zaman dahulu kala... mahasiswa khususnya pemimpin-pemimpin utama universiti inilah yang akan keluar menjadi nukleus menyambung kepimpinan negara. Metadbir ke arah yang lebih baik... Tetapi sekarang setelah gerakan mahasiswa hampir gagal melahirkan atau membentuk pemimpin yang telus. Jika dulu kita ada DATO' SERI ANWAR IBRAHIM(tokoh aktivis paling dikenali-pernah menjawat di kedudukan paling tinggi sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI), DATUK AHMAD SHABERY CHEEK(sekarang MENTERI PENERANGAN MALAYSIA) dan ramai lagi....tapi di sini hanya disebut beberapa nama. Sekarang jika dipandang sekilas kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa di seluruh kampus, tercari-cari juga siapakah figure-figure hebat yang boleh kita ketengahkan suatu hari nanti.... menjadi hero memperjuangkan yang hak...We wait and see!!! Tetapi jika kepimpinan yang ada pada hari ini masih belum sedar... ibaratnya kita hanya bermimpi di siang hari.

NILAI PERTAMA YANG KITA TIADA = SPIRIT

Hari ini, kita mahasiswa kekurangan SPIRIT. Spirit ini asas utamanya ialah agama. Jika kita kuat berpegang dengan agama insya-allah gerak keje lain akan jadi lebih mudah dan smooth ja. Spirit gerakan mahasiswa pun tidak menampakkan auranya, mati begitu sahaja dengan kehadiran AUKU pada tahun 1971 dan diteruskan dengan pindaan pada tahun 1974. Mahasiswa jadi beku. Banyak bertemu dengan insan-insan yang makan garam terlebih dahulu dalam erti mahasiswa ini. Mereka selalu membandingkan antara dulu dan sekarang. Katanya mahasiswa sekarang nak buka mulut pun tidak berani. Xnampak apa yang mereka usahakan. Jadi, kitalah mahasiswa yang harus mengembalikan zaman kegemilangan mahasiswa itu....dengan cara kita sendiri. Kita juga harus mencipta sejarah pada zaman kita. Maka dengan sebab itu siapa yang masih tidak jelas kenapa AUKU harus dimansuhkan dan mungkin juga boleh dipinda kena banyak mengkaji sejarah mahasiswa dan boleh juga merujuk kepada laman maya ini http://mansuhkanauku.wordpress.com/. Harapannya agar semua lebih jelas. Sama-sama hadamkan kenapa ada golongan yang memperjuangkan untuk mansuhkan AUKU. Pasti mereka ada hujah mereka sendiri.

NILAI KEDUA YANG KITA TIADA = MATANG

Soroti kehidupan kita, betapa lambatnya kita matang terutama dari sudut pemikiran. Kadang-kadang usia sudah mencapai 21 tahun. Klu hendak di ikotkan perlembagaan kita dah di kira "bebas". Keputusan berada di tangan kita. Kadang-kadang ibu bapa pun dah xleh nak control-control kita lagi. Tetapi, kadar kematangan kita tue x boleh nak di ukur dengan usia yang dah hampir suku abad. Pemikiran kita hanya berlegar di sekeliling kita. TIdak mampu untuk pergi lebih jauh. Kata orang "tidak pernah berfikir out of the box". Sampai bila kita tidak akan maju. Maju bukan hanya di ukur melalui pembinaan bangunan tetapi yang paling penting ialah akal fikiran. Jadi kita wajib mengembalikan nilai tersebut!!!!

NILAI KETIGA YANG KITA TIADA = BUDAYA MEMBACA

Kalau kita menoleh ke negara Barat (bukan untuk tunduk pada Yahudi atau orang kafir) tetapi untuk kita ambil pedoman dan iktibar budaya mereka yang boleh dijadikan contoh. Mereka ke mana-mana sahaja berkepit dengan buku. Sehingga terkadang tu membaca sambil berjalan. Budaya rajin membaca dan semangat cintakan ilmu sangat perlu ditekankan. Dan bahan bacaan itu perlulah yang mengembangkan minda generasi muda ini. Membentuk diri supaya lebih berpandangan jauh. Dengan membaca akan menambah ilmu pengetahuan kita dan menjadikan kita seorang intelek muda. Selain itu, budaya membaca akan melatih kita alert dengan situasi semasa. Maka dengan ini, saya menyeru semua mahasiswa rajin-rajinkanlah diri membaca. Jangan sekadar membaca hiburan-hiburan ringan yang mencipta gossip bagi melariskan jualan.
Jika harga buku di pasaran mahal, kita ada alternatif alam maya ini. Jadi manfaatkan sebaik mungkin.

NILAI KEEMPAT YANG KITA TIADA = SOLARIDITI

Antara mahasiswa tidak ada kesamaan samada dari segi pendapat mahupun tindakan. Masing-masing dengan fahaman masing-masing. Jarang sekali untuk duduk berbincang sama-sama mencari methodology menggerakan suara mahasiswa ke hadapan. Tetapi yang nyata di kampus sama ada PMI atau ASPIRASI hanya tahu mencari titik perbezaan. ketepikan semua itu jika kita ingin unite for the student agenda. Yang penting perlu tekankan, kebajikan mahasiswa terjaga. Masing-masing pernah dengarkan "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

NILAI KELIMA YANG KITA TIADA = DOING RESEARCH

Hari ini, mahasiswa dilanda kemalasan yang amat sangat iaitu malas mencari sumber rujukan. Sebagai orang yang intelek kita harus peka akan benda ini yang mana sumber maklumat itu adalah asas yang utama. Di mana jikalau boleh dapatkan 'prime source' itu adalah yang terbaik. Sama jugalah dengan keadaan mahasiswa ketika sedaya upaya menyiapkan assignment kebanyakkan lebih gemar copy and paste, klu ada yang senior that's better. Marilah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Janji dan azam pada diri untuk lakukan yang terbaik.

NILAI KEENAM YANG KITA TIADA = SENSITIF

Sensitif yang ingin dinyatakan disini bukan perasaan sensitif seseorang yang emosinya cukup halus. Tetapi, sensitif ini membawa maksud alert dengan persekitaran. Umpamanya "cubit peha kiri, peha kanan turut terasa". Sebagai contoh akhir-akhir ini, masalah pembuangan bayi, kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi. Mungkin perkara itu tidak terkena pada kita tetapi kita tidak boleh memandang enteng perkara tersebut kerana mereka juga sebahagian pada kita. Dengan kenaikan harga minyak yang berganda-ganda akan mengakibatkan kenaikan harga barangan yang lain juga. Kita semua harus cakna dengan semua ini. Usahlah berpeluk tubuh lagi...

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menghabiskan tulisan ini. Sama-sama kita manfaatkannya.

"KEBANGKITAN MAHASISWA, MEMIMPIN PERUBAHAN"

Ya gelombang itu pasti datang...mungkin lebih dahsyat dari tsunami"

Wednesday, June 4, 2008

RASIONAL PINDAAN AUKU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk perkongsian bersama... sumber dari akhbar UTUSAN dari ruangan forum... mari kita ikuti apa kata mahasiswa UIAM ini... Saya kena banyak menuntut ilmu lagi dalam bidang penulisan ini. Harap ada yang sudi beri tunjuk ajar. Mata pena lebih tajam daripada pedang.

MUHAMMAD ZUKHAIRI MUHAMMAD SALEHUDDIN
UIAM

REAKSI Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) selepas menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan baru-baru ini pasti disambut baik oleh sebilangan besar mahasiswa di negara ini. Sejak beberapa tahun lalu, kedua-dua perkara ini hangat dibicarakan oleh seluruh mahasiswa. Perdebatan yang tidak henti-henti ini diharapkan akhirnya dapat memberi kesan yang amat baik kepada warga mahasiswa sekalian.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama, golongan mudalah yang menjadi harapan dan tumpuan pembentukan minda kelas pertama ini. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa atau golongan muda inilah merupakan aset sesebuah negara yang amat berharga. Jika salah corak yang dilakar, maka buruklah golongan muda yang bakal menjadi pemandu negara satu ketika nanti.
Maka, satu budaya analitikal dan kritikal perlu dibentuk agar golongan ini mampu mencabar minda mereka ke tahap maksimum.

Kebebasan dalam mengutarakan pendapat yang kritis juga perlu diberi agar mahasiswa mempunyai jiwa besar. Segala kekangan yang mampu menghalang dan menakut-nakutkan sebilangan besar mahasiswa perlu dialihkan. Di samping itu, kegiatan kemasyarakatan perlu dipergiat lagi. Daripada aktiviti seumpama inilah mahasiswa dapat menyelami keadaan masyarakat di luar sana dan mampu menerapkan semangat saling membantu, bertanggungjawab serta toleransi antara satu sama lain.

Keterlibatan bersama badan bukan kerajaan juga mampu membantu menjadi mangkin kepada hasrat murni kerajaan dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama.
Melalui aktiviti seumpama ini, mahasiswa tidak akan hanya terkongkong dan terikat dengan kelas dan kawasan kampus sahaja. Sebaliknya mahasiswa lebih terbuka dan matang dalam memahami keadaan negara serta menghargai keadaan yang ada.
Menyorot kembali era kemahasiswaan dahulu kala, mahasiswa merupakan mereka yang petah dan lantang berbicara. Pentas pengucapan umum perlu dibuka semula bagi memastikan mahasiswa mampu membina keyakinan diri serta mempelajari disiplin mengutarakan pandangan melalui sumber dan fakta yang konkrit.

Kerenah Kerenah birokrasi yang wujud dapat dikendurkan agar tidak membantutkan proses perkembangan mahasiswa, aset negara ini. Jika sistem sedia ada mampu juga melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, maka saya percaya dengan sedikit lagi kelonggaran mampu melahirkan mereka yang lebih berketerampilan serta mampu berdaya saing dengan negara-negara lain. Berkaitan PTPTN, sekiranya dapat dihapuskan caj tiga peratus itu, semestinya ia merupakan berita yang melegakan buat seluruh mahasiswa. Dengan masih adanya isu pengangguran, kos hidup yang semakin tinggi, sudah pasti jika dapat dihapuskan caj ini, ia dapat melegakan sedikit para graduan yang baru menginjak dalam dunia pekerjaan.

Isu riba atau tidak, sudah begitu banyak seminar dan pembentangan kertas kerja dilakukan. Paling tidak, sekiranya perlu dikenakan caj perkhidmatan, biarlah sistemnya betul dan tepat. Hal ini juga dilihat sebagai bertepatan dengan negara kita yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara. Pemurniaan demi pemurniaan dalam sistem sedia ada perlu diteruskan demi menjunjung semangat yang diterap ke dalam perlembagaan negara.

Adalah menjadi harapan agar berlakunya perubahan dan pemurniaan dalam kedua-dua perkara ini yang telah menjadi bahan debat sejak dahulu lagi. Moga-moga usaha melahirkan masyarakat minda kelas pertama dapat direalisasikan dengan sedikit perubahan ini.

Tuesday, June 3, 2008

GATHERING OHHH GATHERING

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekarang nie sahabat-sahabat lama kat MRSM PENDANG sibuk membuat persiapan gathering REUNION kitaorang yang ke entah berapa kalinya... aku jeer yang xsempat nak update hubungan dengan mereka. ...sibuk sangat ka? Jawapannya TIDAK!!!

Apa khabar agaknya mereka ya?

Gathering yang dijadualkan berlangsung 19jun nie bertempat di GENTING...sebenarnya amat berat untuk aku pergi.. Bukan kerana xdak hati nak p. Tapi, ader amanah yang lagi besar harus ku laksanakan. Kehidupanku bukan lagi seperti dulu... Maaf ya kawan-kawan! Terima kasih pada DILAH yang sudi mengajakku, maknanya dia xpernah lupa padaku.

Kenangan saat-saat kita bersama pasti termaktub dalam kotak memoriku ini. Ingat lagi geng 13! Kita adalah insan yang masuk paling lambat dalam maktab yang tercinta tu. Betapa susahnya nak survive. Tapi, apa-apa pun kita mampu habiskan masa 2tahun di sana dengan sebuah kejayaan yang manis untuk diingati. Sekarang ini semuanya bertebaran seluruh Malaysia membawa diri mengutip ilmu untuk masa depan yang lebih baik. Pada x-ciubmate yang tersayang, BET, MUN n DILAH.... dan x-ciubmate import HANI.... Aku rindu saat bersama kalian. Sejarah pada tahun 2004 hahaha....kita sama-sama dengar keputusan pilihan raya umum ke-11 dalam bilik bertemankan radio kecik. 2-BN dan 3-PAS...Wah hangat betul suasana ketika itu, semangat berkobar-kobar nak lihat parti yang disokong menang. MUN siap tampal lagi poster PAK LAH kat loker. Fuuuhhhhh tension. Masa tue BN menang besar...pembangkang kalah. Tapi,sekarang pembangkang dah tunjukkan taringnya. Semoga kejayaan yang ALLAH kasi ini makin menjadikan pendokong dan penyokong semakin dekat dengan-NYA. Dan amanah yang ditanggung sekarang moga-moga mampu dilaksana. Ameeeen. Lagi tinggi tingkat iman kita,lagi besar ujian ALLAH itu.

Di maktab yang serba indah itu, baru ku kenal erti tarbiyyah. Syukur tidak meneruskan hasrat untuk balik ke sekolah lama pada awalnya. Al-maklum 1st time duduk asrama. Tidak biasa lg suasana baru.... MAMA siap buat air penawar lagi. Katanya, mama bersyukur walaupun kak long xdapat keputusan SPM hebat macam sahabat-sahabat kat sek lama tapi kak long dah banyak berubah. Berkat doa mama jugak.....Dididik dengan pakai stokin,tudung berjahit,solat berjamaah membuatkan diri ini makin cinta pada ISLAM. Punyai guru-guru yang betul-betul berjiwa pendidik buatkan azamkan belajar semakin tinggi. Pada CIKGU BAZLI, yang selalu bagi tazkirah yang menenangkan jiwa. Saya rindu nak dengar lagi. Setiap kali kelas bermula pasti kita akan berselawat 3x. Sapa masuk lambat. hahah....maka berselawatlah kamu di depan kelas depan semua orang. Serik.... Masa terus diisi dengan pengisian yang best. Separuh masa lg cikgu ajar Add Math. Alhamdulillah kini,ku mengerti kenapa cikgu buat begitu. Sapa-sapa yang mengantuk time cikgu ajar pasti tidak lepas dengan minyak attar yang wangi tu. Mula-mula aku memang xboleh terima tapi lama kelamaan jadi biasa. Bukan setakat sorang ja kena bahkan satu kelas. Tiba-tiba ja semerbak bau-bauan bertebaran di serata pelosok blok menengah atas. Confirm semua orang tau, Cikgu Bazli!!!

Dapat bapak HOMEROOM masa F4, CIKGU IBRAHIM...best sangat!!! Sebab dapat UMI jugak. Ktorang selalu pau cikgu. Hehe. Bersama ILIYA,HAJAR,HASNAH,DILAH,AZA...hehe xingat sangat sebenarnya. Yang laki pulak... BIIN,
YUS, AMIRUL, PEEH,BOB....maaf klu xtersebut. Selalu wat makan-makan. Time g outing kat SP plg best. Hehe balik-balik kecoh bumbung dah xdak. Maktab kita dilanda ribut. ALLAH selamatkan kita semua. Alhamdulillah xdak sapa yang cedera. F5 dapat bapak HOMEROOM seorg USTAZ ZAINAL. Hmmmm, bla difikirkan kembali, ALLAH dah rancang hidupku begitu indah.. Memang dah terbentang jalan tarbiyyah. Cuma waktu itu aku belum memahami.

Kat situ juga, masing-masing sibuk cari pasangan. Hehe... Agak-agaknya untuk hidup semati kot... Memang klakar klu di imbas 'cinta monyet' itu. Pasti ku juga terkena sindrom itu... Mujur ALLAH cepat sedarkan aku akan CINTA HAKIKI yang lagi abadi. Dan kerana kenangan itu juga,aku xbisa lagi dengan budaya COUPLE. Kepada kalian yang terjebak, taubatlah...kerana semua itu HARAM. Juga untuk ingatan diriku yang dhaif ini.

Yang palingku ingati, ZAITON terima kasih ya sebab mengajarku sembahyang tahajud. Moga-moga terus istiqamah.

Kalian tahu, baru-baru ini alhamdulillah sampai juga kaki ku bumi PENDANG kita sama2 belajar erti kehidupan dulu menaiki moto sahabatku, JANNAH bersama ukhti FARAH ( Timb. Pengerusi Perhubungan dan Penerangan Kampus Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia) hasratnya nak jumpa CIKGU ANAS( rupa-rupanya dia adalah bekas Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia sidang 99/00) maka banyaklah ilmu baru dunia kepimpinan ku perolehi membincangkan projek yang bakal dilaksanakan antara MRSM PENDANG-PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA untuk kecemerlangan adik-adik yang bakal menduduki SPM tahun hadapan. Kuat sungguh usaha cikgu-cikgu sekarang untuk naikkan nama maktab. Sekarang dah banyak berubah. terkedu aku, tatkala menjengah masuk. Menyapa 'PAK CIK GUARD' zaman kita dulu. Dia masih di situ sedang kita terus berlari mencari ilmu buat bekalan sepanjang hayat. Maktab kita penuh dengan papan tanda MEMUJI ALLAH!!!! Bangga aku menjadi warganya suatu ketika dahulu. Adik-adik ku lihat jernih sungguh wajahnya. masih suci. Dan didikan ISLAM begitu teguh dalam diri. Insya-ALLAH, inilah permata-permata ISLAM yang ditunggu-tunggu dunia luar.

Waktu ku sampai CIKGU IBRAHIM yang sambut... Wah... rindu benar aku zaman sekolah dulu. Waktu itu musim peperiksaan. Menjengah masuk ke dalam bilik guru, bersalaman dengan semua cikgu-cikgu walaupun tgh busy tanda kertas. Mereka layanku begitu baik sekali. Seronok!!! Kalian sahabat-sahabat 3rd BATCH MRSM PENDANG, jomlah pulang beramai-ramai ke maktab yang tercinta itu. Ramai yang ingin lihat kita kembali menabur jasa, kembalilah ya!!!! Banyak yang boleh kita lakukan, harapannya boleh dibincangkan di gathering nanti. Walaupun, diriku tiada.

Kepada sahabatku, ku rayu, inginku lihatmu seperti dahulu.... Sakit mata dan hatiku melihat perubahan yang berlaku... Ku sedar semua hidayah milik ALLAH, tapi kalian telah ditarbiyyah dengan acuan yang cukup sempurna. Kenapa mesti tinggalkan semua itu... Kehidupan kita xlama..esok lusa mungkin kita dah tiada di alam fana ini. Bersama berpaut pada tali ALLAH.....

p/s: kepada penganjur program himpunkan alamat e-mail sahabat-sahabat ya!!! Kirim salam pada semua. Terima kasih.


Sekadar coretan hidup maaf jika ada yang terluka.

Monday, June 2, 2008

TERIMA KASIH

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ingin dirakamkan ucapan terima kasih kepada insan yang ALLAH hadirkannya memudahkan urusan orang lain.

Dalam hidup ini, alhamdulillah ALLAH temukan dengan insan-insan yang hebat-hebat. Amat ku kagumi semangat perjuangan kalian. Semoga kita semua terus istiqamah ya!!!!

Pada Rabbul Izzati, ku harapkan kau peliharalah ukhwah kami ini.....

BINGKISAN RASA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terasa begitu bersyukur dengan pemberian ALLAH selama ini yang banyak mendidik diriku ini. Dari insan biasa yang hanya tahu hidup di dunia ini untuk teruskan kehidupan dan sampai saatnya pergi menghadap tuhan. Kini ku sedar hidup itu bukan semata-mata makan,tidur,belajar,kahwin,anak,kereta,rumah then mati... Tetapi lebih dari itu, hidup ini ALLAH berikan saatnya untuk kita kutip sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ke negeri abadi. Dulu dengan doktrin masyarakat umum: agama itu sembahyang,puasa,zakat,haji maka lengkaplah... Tetapi sebenarnya besar tanggungjawab KHALIFAH dan HAMBA ALLAH ini. Kekadang terasa tidak mampu ku lalui semua ini.. Patutlah tatkala ALLAH turunkan wahyu pada gunung...gunung teramat takuuuuuuuuuut hingga berkecai berai jadinya...kerana AMANAH itu amat BERAT.

Alhamdulillah ALLAH kenalkan hambaNYA ini akan jalan tarbiyyah. Pintaku YA ALLAH, pimpinlah aku ke arah jalanMU yang lurus dan diredhoi.

Alhamdulillah kini, aku juga mula mengenal erti perjuangan MAHASISWA setelah hampir 8bulan memegang taklifan sebagai EXCO AKADEMIK,KERJAYA DAN MASYARAKAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SIDANG 07/08. Masa-masa yang berlalu sebelum ini terasa seakan terbazir begitu sahaja tanpa ada perubahan yang ku idam-idamkan selama ini. Harapannya akan ku tinggalkan jejak yang 'baik' sebelum menamatkan kontrak sebagai YB.

Besar cabarannya berada di post wasilah kerana kita berkerja bukan dengan orang yang memahami kita tapi kita dikehendaki memahami mereka. Setiap cabaran itu indah dan banyak mengajar erti kematangan. Aku ini hanyalah insan yang lemah,hina, dan terlalu kerdil yang mampuku lakukan bersama 'kakak-kakak satu saff kepimpinan MPP yang sefikrah- KAK MAS,KAK GAYAH dan KAK EJ serta tidak ketinggalan muslimin yang senantiasa support kami USTAZ AZHARI' menitipkan tazkirah-tazkirah peringatan bersama setiap kali meeting. Sengajaku letakkan kitab suci Al-Quranku di Pejabat MPPUSM harapannya adalah yang sudi membuka dan membelek, hiburkan hati yang resah gelisah dengan mengalunkan ayat-ayat suci. Tapi,sayang belum lagi. Insya-allah mungkin suatu hari nanti. Siapa tahu..... Yang ku kasih dalam pimpinan MPPUSM sahabat-sahabat yang se-portfolio yang begitu bertanggungjawab dan sangat komited dengan kerja kami bersama. Terima Kasih ya pada sahabatku, saudara MOHD NAQIUDDIN dan ENGKU ARIF. Walaupun berbaza fahaman tetapi mereka sangat sporting, yang penting kita laksanakan amanah yang ALLAH beri ini. Semoga kita sama-sama terus diberi taufik dan hidayah ALLAH di atas muka bumi ini...

Pada KAK ATI, KAK LAILA, KAK NURUL, KAK ZAKIAH antum pun mampu jadi muslimah yang baik.... Sama-sama kita jadi srikandi ummah ya. "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia". Secara fitrahnya, setiap insan suka kepada kebaikan. Sama-sama kita cari jalan hijrah ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya aku mengasihimu kerana kamu juga saudaraku..... Pintaku tutupilah aurat sesempurna yang mampu, jagalah dirimu dari sentuhan insan-insan yang haram bagimu... Beramallah dengan ilmu itu, jangan sekadar berlegar di bibir sahaja....

Pada RAMA... saya suka debate dengan awak!!! Awak telah membuka mata saya... Yes, kita boleh jadi PEJUANG MAHASISWA. Congrate boleh maintain pointer every sem 3.9... jika ada rezki mesti awak boleh dapat ANUGERAH NAIB CANSELOR. Be struggle for CONVEX'08.

Pada CHE MAT, YDP MPPUSM 07/08... hidup ini perjalanannya panjang sekali. Tetapi lebih indah jika perjuangan ini kerana ALLAH... Jangan terlalu 'ego' ya. Dan mintak sangat-sangat alert laaa dengan keadaan. Kadang-kadang kita xperlu jadi macam budak-budak untuk tarik perhatian orang lain. But, kita mesti jadi diri kita sebab kita PEMIMPIN.

Pada sahabat sepimpinan MPP yang lain, mintak maaf jika xdisebutkan... Hehe.. Rmai sangat. Tidak kiralah kampus kejuteraan mahupun kampus kesihatan. Harapannya kita mampu laksanakan yang terbaik untuk amanah ini. Rakyat Mahasiswa USM perlukan kita..... Masa berbaki sedikit sekali, moga-moga momentum kelajuan akan ditingkatkan semaksima mungkin, bagi melahirkan gerak kerja yang jitu dan unggul.

MEMO MPPUSM PRO-MAHASISWA KEPADA AYAHANDA TERCINTA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Memo yang dihantar kepada ayahanda Prof Omar Osman..

MEMORANDUM TERBUKA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR USM / PRO-MAHASISWABERHUBUNG MALAM CITRAWARNA

PADA 21-22 MAC 2008

Kepada:
Y. Brs. Profesor Madya Omar Osman
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia

Jumaat, 28 Mac 2008.Pejabat Hal Ehwal Pelajar USM

PENDAHULUAN

Kami, Barisan MPP Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia sangat prihatin dan peduli pada isu-isu kebajikan mahasiswa; termasuk Malam Citrawarna baru-baru ini. Segelintir mahasiswa yang terlibat telah berjumpa dan merungut kepada kami tentang perkara di atas.Kami pada asasnya sangat komited dengan program-program kebudayaan Malaysia, terutama program-program yang mampu menjana kecemerlangan mahasiswa selaras dengan visi dan misi Universiti.Walaupun demikian, Malam citrawarna tersebut dilihat kurang mempamerkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia dan ciri-ciri aspirasi universiti itu sendiri.Bagi kami, mahasiswa patut digalakkan berpartisipasi dengan program-program rasmi universiti. Namun, program-progam tersebut mestilah berlandaskan prinsip keintelektualan mahasiswa dan universiti. Justeru, kami barisan MPP pro mahasiswa sebulat suara ingin menggesa pihak universiti supaya menilai semula penganjuran Malam Citrawarna samada ia memenuhi aspirasi kebudayaan dan hasrat universiti dalam melestarikan integrasi kaum dalam kalangan warga universiti.

PENDIRIAN TERHADAP MALAM CITRAWARNA

Seperti mana yang kita sedia maklum, latihan malam citrawarna amat membebankan mahasiswa kerana mereka telah mula berlatih seawal jam 9 malam dan hanya akan tamat latihan sekitar jam 3 hingga 4 pagi.Selain itu, terdapat juga mahasiswa yang diugut tidak akan diberikan hak penginapan desasiswa sekiranya tidak memberikan komitmen terhadap program ini.Suka diingatkan di sini bahawa Malam Citrawarna ini juga masih dalam periodisasi umat Islam menyambut Maulidurasul sedangkan realiti yang berlaku dalam penganjuran citrawarna tersebut menunjukkan penggiat dan penonton bergaul bebas. Maka, penganjuran ini dilihat telah menyentuh sensitiviti umat Islam sekaligus imej murni universiti akan dipandang serong kerana rata-rata pentadbir universiti adalah beragama Islam.Kami juga berpendirian bahawa penganjuran citrawarna ini hanya memfokuskan kepada kecemerlangan jasmani dan mengabaikan tiga lagi aspek penting dalam pembentukan modal insan yang holistik, iaitu emosi, rohani dan intelek. Hal ini secara tidak langsung telah mempamerkan kepincangan dalam usaha memanifestasikan hasrat murni universiti dalam menghasilkan modal insan berkualiti.Justeru, kami berpendirian bahawa Malam Citrawarna ini adalah kurang rasional dan perlu dikaji semula. Kami amat khuatir akan prestasi akademik penggerak dan juga peserta program tersebut. Fenomena ini juga boleh mencalarkan imej universiti pada pandangan mata masyarakat dan ibu bapa.

TUNTUTAN KAMI, MPP USM PRO MAHASISWA:

1. Mengkaji semula tujuan asal dan implikasinya terhadap pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa.
2. Universiti perlu menjelaskan pendirian rasmi Universiti terhadap program tersebut terhadap memorandum ini.
3. Universiti juga perlu mengeluarkan satu garis panduan pempiawaian program dengan mengambil kira kepentingan budaya, agama, keintelektualan dan realiti kebajikan mahasiswa itu sendiri.
4. Menuntut universiti menubuhkan jawatankuasa pemantau program-program universiti dan MPP pro Mahasiswa sedia untuk mengisi keanggotaan jawatankuasa tersebut demi menjaga kesejahteraan kampus sejahtera.

Justeru, kami Barisan kepimpinan MPP Pro mahasiswa menaruh harapan yang tinggi agar tuntutan kami ini dipertimbangkan, seterusnya dilaksanakan demi memelihara nama baik universiti dan kebajikan pelajar itu sendiri. Kami juga bersedia pada bila-bila masa untuk berbincang mengenai kebajikan mahasiswa dan kepentingan universiti.

Sekian, terima kasih.

“PRO MAHASISWA SEDIA MEMIMPIN”
“WE UNITE FOR STUDENT’S AGENDA”

Disediakan oleh,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO MAHASISWA USM
SESSI 2007/2008

Dah lama berlalu,tetapi tetap ingin dipublishkan buat tatapan umum.. Alhamdulillah ayahanda begitu berbudi menerima kunjungan hormat kami sewaktu menyampaikan memo ini. Dia memuji tindakan kami kali ini lebih berdiplomasi.. terfikir aku, zaman kita ini bukan lagi seperti zaman kakak2 dan abang2 senior...zaman demonstrasi, memberontak sana sini, lebih radikal. Kali ini kita perlu lembut tapi still dengan ketegasan. Semua orang tahu, ahli gerakan ISLAM mampu buat kerja, insya-allah beramanah dengan tanggungjawab diberi dan yang pasti bukan 'pak turut' semata-mata.

Semoga langkahan ini, langkahan bermakna.... Jika bukan zamanku untuk menawan kampus tetapi biarlah zaman adik-adik nanti mereka mampu membawa PANJI KEMENANGAN ISLAM di taman ilmu tercinta.....

Gendang PRK sudah mula terasa...