Wednesday, October 29, 2008

JANGAN TERLALU BAIK HATI!!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Luahan pengalaman peribadi semoga menjadi iktibar buat semua...


Petang itu, kami berempat berjanji nak pergi shooping... teman seorang sahabat beli barang keperluan untuk kedai.. Dalam masa yang sama ada yang nak mencari buku. Sumber inspirasi... Aku??? Pergi lebih kurang untuk habiskan masa... Cari ketenangan..sebab aku memang suka jalan-jalan.

Tiba di Pasaraya MYDIN lebih kurang dekat pukul 6petang juga... Terus ktorang masuk dan masing-masing mencari apa2 yang ingin dibeli... Selesai semuanya dah hampir maghrib... Memandangkan dekat area2 situ tidak ada surau atau masjid yang boleh kami tumpang solat sebentar maka segera kami menuju ke KOMTAR...

Keputusan dibuat solat dekat KOMTAR... Lepas tue boleh terus kembara mencari buku-buku yang diingini.. Sampai di sana, tiba-tiba kami di datangi seorang lelaki, segak berbaju melayu.. nampak gaya macam baru keluar dari masjid... Dia memberitahu masalah yang ranatai moto dia rosak, orang tua dia dekat hospital, dia nak cepat dan perlukan sedikit duit.

Hmm, akibat terlalu baik hati, aku keluarkan saja berapa yang ada. Tak sanggup kalau menyentuh bab orang tua ni. Yelaa mak ayah kita yang tu ja kan.. Dah tak ada tukar ganti. Lagipun saat itu, kami bergegas ke RUMAH ALLAH. Tak ingin aku lewat2kan lagi waktu solat. Tapi, sahabat-sahabatku memang tak percayakan orang tu dan membatu sahaja. Saat ku beri duit itu, niatku satu tolong untuk ALLAH. Dia meminta untuk menunggu di situ dalam 25minit. Dia akan datang dan bagi balik duit tersebut. Itu janjinya. Aku pegang sungguh2. Dia mengambil no telefon salah seorang dari kami. Dan kami juga mengambil no dia. Ku serahkan tawakal sepenuhnya pada Sang Pencipta saat duit bertukar tangan dan dalam hatiku percaya aku tidak akan ditipu.

USai mengerjakan solat... orang tersebut xmuncul2 dan no. tel xberjaya dihubungi... HMMM, sah kena tipu. Tapi aku diam saja. Agak terkejut juga, sebab aku betul2 letakkan kepercayaan malangnya ditipu...PANTANG untukku ditipu begitu.... Kecewa kerana orang ISLAM sendiri sanggup menipu... Terpaksa cari mesin ATM untuk keluarkan duit... Hehe... Apalah nasib badan!!

Setiap yang berlaku ada hikmah, kini ALLAH gantikan sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah. Mungkin duit itu bukan rezkiku... Terima kasih pada ALLAH yang memberikan didikan buatku... Jangan terlalu baik hati.....

Ya ALLAH, kau berikanlah hidayah kepada orang itu untuk mengenal taubatMU....

Semoga solatku,hidupku,matiku,ibadahku kerana ALLAH TAALA....