Sunday, November 30, 2008

LEPAS TENSION??

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Antara teknik melepaskan tension yang selalu diguna pakai, boleh cuba tapi jangan ikut!!!

Menghadap internet.. baca blog yang dirasakan best.

Bawa motor/kereta laju.. Kepuasan yang amat sangat! Klu race ngan mat rempit pun boleh kalah diorg (kpd mat rempit, jangan marah ya)... Tapi sekarang dah tak berani bawa laju-laju sejak sahabatku accident. Tapi, sesekali ter'laju' juga.

Makan... Best sangat! Suka hati pun makan, Susah hati pun makan... Tapi, macam puaskan nafsu sendiri ja... Jangan cuba kalau takot gemuk...

Masak... umpama dapur tu aku yang punya.. Masukkan apa-apa saja yang macam best untuk dapatkan rasa yang agak-agak mampu untuk tekak nie makan... Kasihan kat mama, abes dapur dia kotor...

Tapi sebenarnya ubat untuk menghadapi tension dah tersedia.. cuma kita saja yang buat-buat lupa.

Menghadap ALLAH.. sebab DIA maha mendengar segala pengaduan.. Nak nangis puas-puas pun tak pa.. Tak dak sapa tengok!

Tadabur dengan al-quran sebab itu ubat penenang... Umpama kita mendengar nasihat ALLAH. DIA berbicara dengan kita...

Jangan tension2, nanti cepat tua!
Senyum sokmo nae...

FINAL YEAR STUDENT

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekarang musim semua orang bercuti... Tapi, sahabat-sahabatku yang final year terpaksa korbankan cuti mereka dengan masuk dalam LAB... Sabar ya sahabat, semoga ALLAH terus memberikan antum kekuatan menghabiskan apa yang dimulakan.. Semoga ALLAH membantu meringankan apa yang sedang ditanggung sekarang... Semoga tenang!

Aku cuba memahami apa perasaan student final year ni, semoga menjadi bekalan persiapan untuk tahun hadapan...Takut juga.. Tapi takut hanya layak untuk ALLAH.. Kalau dulu tengok kakak sebilik berendam air mata ja untuk laksanakan amanah tersebut. Kalau kakak kat rumah tu, tak tidur malam. Esoknya jadi mata panda.. (hehe..jangan marah wahai kakakku) Macam-macam fesyen student final year..

Masuk lab kena marah... proposal ditolak... silap ambil data... file yg di save hilang.. semuanya cabaran yang harus ditempuh... Moralnya:

1.KENA PREPARE AWAL SETIAP BENDA YANG NAK DIBUAT, JANGAN LAST MINUTE!
2.KENA BANYAK DOA PADA ALLAH, YAKINLAH DENGAN DIA
3.FOKUS, JANGAN KUAT BERANGAN!
4.KENA RAJIN, JANGAN MALAS-MALAS

Renungan untuk diri sendiri...

Tidak lama lagi dah nak masuk industri
Bawa nama universiti
Semoga ALLAH kuatkan hati
Jangan bertaburan air mata ini
Semoga dapat bos yang bukan kaki maki
Agar aku tak cabut lari

TEMAN SEJATI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Indahnya petang yang dingin itu
Hujan rahmat seolah-olah tahu
Pertemuan dua jiwa yang terlalu rindu
Kasih bersimpul menjadi satu

Ku lihat kau masih seperti dulu
Memandangmu buat jiwaku jadi sayu

Ingatan terus berlegar tentang masa lalu
Mana mungkin kenangan itu luput dari memoriku

Senyumanmu akan ku ingat selalu
Kata nasihatmu akan ku sematkan dalam hatiku

Semoga menjadi kekuatan hidupku
Ilham dikala kesedihan menjengah diriku


Pertemuan itu terlalu singkat bagiku
Belum pun puas menantap wajahmu

Kau terpaksa tinggalkan diriku
Demi teruskan perjalanan hidupmu


Kau teman ku
Kau sebahagian dari diriku

Kau tetap dihatiku
Doaku semoga yang terbaik senantiasa menjadi milikmu





terima kasih pada ALLAH yang mendengar rintihan hati yang terlalu rindu pada kasihnya sahabat... terima kasih kerana temukan kami sekali lagi walaupun hanya untuk seketika...

Tuesday, November 25, 2008

HIDUP INI TIDAK SIA-SIA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Cuma manusia yang sering jadi alpa
Hanyut dalam keindahan dunia
Kabur mata hati apatah lagi mata yang berada di kepala

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika beramal untuk ALLAH semata-mata
Tapi kerana duit dan harta
Manusia semakin hilang arah punca

Hidup ini tidak sia-sia
Jika sunnah dan al-quran tidak di lupa
Menjadi pedoman setiap masa
Bekalan diri buat penenang jiwa

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita memberi dan menerima
seadanya
kerana kita memang tidak pernah sempurna

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita berusaha sedaya upaya
Mematuhi segala perintahNYA
Meninggalkan segala larangan Sang Pencipta

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita abdikan diri pada yang tercinta
Berada di bawah lindungan rahmatNYA
Bebas dari Si syaitan durjana

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita sentiasa bersyukur padaNYA
Atas segala nikmat kurnia
Jika tidak siapalah kita wahai manusia...

Thursday, November 20, 2008

HABIS EXAM

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
ALHAMDULILLAH...dah habis exam untuk semester nie...
Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu...
Jumpa lagi 6 bulan kemudian
Take care

Tuesday, November 18, 2008

WANITA UMNO: SIAPA KETUA??



Shahrizat dijangka umum tanding Ketua Wanita Umno Khamis ini





KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan, menurut sumber-sumber. Shahrizat dijangka mengumumkan keputusannya Khamis ini, sekali gus akan melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.




Sumber-sumber itu memberitahu Bernama, Shahrizat berpendapat bertanding jawatan itu adalah keputusan yang terbaik baginya memandangkan Rafidah tetap bertegas untuk melepaskannya hanya pada Jun dan menolak desakan dari banyak pihak dalam parti supaya peralihan kuasa Wanita Umno diselaraskan dengan pelan peralihan Umno induk iaitu pada Mac.


Pada Mac, Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kedua-dua jawatan itu kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Sumber-sumber itu berkata Shahrizat juga didorong oleh keputusan anggota exco Wanita Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan Naib Ketua yang disandang Shahrizat sekarang. Kamilia berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.


“Malah pendirian tegas Datuk Kamilia itu tidak memberi opsyen kepada Datuk Seri Shahrizat selain daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. Pada masa yang sama ia telah juga memudahkan beliau membuat keputusan itu,” kata sumber-sumber itu. Shahrizat, menurut sumber-sumber itu lagi, telah memberitahu keputusannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno minggu lalu, mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk. Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.


Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan. Shahrizat ketika dihubungi berkata: “Tunggulah sehingga saya membuat pengumuman rasmi”. Sementara itu, Rafidah yang kini bercuti di Hong Kong, ketika dihubungi berkata beliau akan hanya mengulas mengenai perkara itu sekembalinya daripada cuti. - Bernama




Politik wanita UMNO tidak kurang hebatnya menggegarkan atau lebih tepat meributkan seluruh Malaysia... Alhamdulillah tiada adegan tarik menarik rambut... Jika tidak pasti lebih hangat... ini menunjukkan sikap profesionalnya ahli politik negara kita. Saya sebagai pemerhati yang kerdil melihat jika benar Datuk Sharizat mengambil keputusan untuk bertanding Ketua Wanita UMNO adalah sangat tepat..kerana...




1) anjakan paradigma pemikiran tampuk kepimpinan yang baru akan membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh ahli UMNO


2) pelan peralihan kuasa tidak releven kerana menyaksikan keberuntungan hanya pada pihak Tan Sri Rafidah


3) dah tiba masanya untuk Tan Sri Rafidah berundur(mungkin beliau tidak sedar ahli dibahagian akar umbi mahukan perubahan)




Selain itu, saya amat menyokong dengan tindakan Datuk Kamila yang tetap tegas dengan pendirian... tak perlu nak bodek-bodek... pejuang berani beginilah yang kita perlu....




Daripada sumber berita tersebut...Tan Sri Rafidah sedang bercuti di HONG KONG... Wow... Bestnya Tan Sri... negara ribut-ribut, Tan Sri pergi hilangkan amarah ya???? Mungkin itu yang terbaik...




Pemilihan tampuk kepimpinan UMNO kali ini dilihat begitu menyesakkan.... Menampakkan sungguh-sungguh dari pemerhatian insan luar yang UMNO terlalu banyak masalah dalaman....




Amat mengharapkan agar pimpinan yang baru nanti akan mampu meredakan segala kekusutan ini..... MUngkin lebih baik bergabung di bawah kepimpinan ULAMA'




Sekadar coretan insan biasa

Monday, November 17, 2008

IKHTILAT ...IKHWAH...AKHAWAT

Sumber : www.iLuvislam.com
oleh: Cik Hijau

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Penurah Lagi Maha Penyayang

Dah lama terdetik untuk menge'post' artikel ini.... Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua manusia yang senang jadi pelupa.... Bimbang apa yang kita kata berjuang di jalan ALLAH, hilang berkatnya kerana perkara-perkara yang lagha... Bukan masing-masing tidak tahu... Cuma, itulah kita manusia biasa yang sering terlupa.... Harus diingatkan berkali-kali...

Sama-sama beramal dengan ilmu yang kita ada.... Ayuh!!!
Semoga ALLAH memberi kekuatan disetiap perjalanan hidup ini....


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Sunday, November 16, 2008

KONSEP WALA' DAN TAAT

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ni dapat satu mesej dari seorang adik nie...." Salama'laik... kak, apa yang akak faham tentang konsep wala'??? "

Nak terang dalam bentuk SMS nanti jadi panjang berjela... Lebih senang gunakan media teknologi yang dah ada depan mata... Lebih mudah,cepat dan tepat!!!

Artikel ni diambil di blog http://dppwp.wordpress.com. Banyak info-info yang menarik.. Jom terokai...

MUQADDIMAH
Ketaatan merupakan suatu perintah yang mutlak daripada Allah swt agar taat kepadaNya dan juga RasulNya. Malah ketaatan tidak hanya terhenti di sana kerana di dalam ruang lingkup Hakarah Islamiyyah juga mengaplikasikan konsep ketaatan. Walaubagaimanapun konsep wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah tertakluk kepada syarat-syarat dan keadaan tertentu sebagaimana huraian di bawah.

PENGERTIAN TAAT

Taat bermaksud mematuhi segala arahan dan melaksanakannya dalam apa keadaan sekalipun samada susah atau senang berseusaian dengan kehendak atau pun tidak.
Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, “kami mendengar, dan kami patuh”, Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. Surah AnNur ayat 51

Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syara’ dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa.

Sabda Rasulullah saw:

“Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)

PENGERTIAN WALA’

Wala’ bererti : penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan. Wala’ terkandung di dalamnya tiga unsur
1) Kasih sayang
2) Tolong menolong
3) Persefahaman

Konsep Wala’ yang diamalkan di dalam organisasi Islam bermaksud kesetiaan seorang Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam atau kawan.
Secara umumnya pengertian wala’ dan taat dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpian dalam saf perjuangan Islam.

HUKUM MEMBERI WALA’ DAN KETAATAN

a. Hukum Mewajibkannya

Kewajipan memberi wala’ kepada pimpinan di dalam saf perjuangan Islam amat penting dan sekaligus ianya sebagai neraca untuk menentukan masa depan gerakan Islam itu sendiri. Allah memerintahkan manusia supaya mentaati pemimpin dan sekaligus memberikan wala’ dan ketaatan kepadanya.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang bertaqwa) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul” (Surah an-Nisa: 59)

Sabda Rasulullah saw :

“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

sabdanya lagi:

“Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah yang rambutnya seperti anggur kering”

al-Imam Fakhrur Razi memberi ketegasan di dalam hal ketaatan ini dengan meletakkan keputusan syura secara ijma’ adalah satu sumber dalil. Keputusan ini menjadi kewajipan kepada manusia untuk mentaati secara jazam. Martabat ini lahir disebabkan ijma’ ummah itu bukan keputusan yang ma’sum. Hak ketaatan yang asahaja. Sungguhpun begitu kewajipan untuk meletakkan kepatuhan kepada ketua atau pimpinan seterusnya memberi wala’[ adalah diputuskan sebagai kewajipan dalam agama.

b. Hukum Mengharamkannya.

Dalam hal ini jelas sebab-sebab mengapa Islam mengharamkan penganutnya memberi wala’ kepada pemimpinnya. Rasulullah saw sendiri telah menggariskan batas-batas ketaatan kepada para pemimpin.

Sabda Rasulullah saw:

“Tiada ketaatan untuk makhluk dalam perkara maksiat (derhaka) kepada pencipta (Allah)”

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak diharuskan kepada orang beriman memberi wala’ dan ketaatan bahkan Islam mewajibkan umatnya supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.

BEBERAPA MASALAH DISEKITAR WALA’ DAN PENYELESAIAN

Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:
1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.
2. Tidak memahami konsep berjemaah
3. Tidak menghayati waqi’ semasa
4. Tidak mempunyai pendidikan Islam
5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah
6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Secara dasarnya masalah yang timbul sekitar wala’ dan ketaatan di dalam Harakah Islamiyyah ini dapat dibendung melalui:

1. Mengemaskinikan kembali organisasi saf
2. Membuat pengisian pentarbiyyahan kepada anggota.
3. Mengemaskinikan lagi tanzim dalaman.
4. Membuat tindakan dan perancangan melalui keputusan syura
5. Meluaskan medan perjuangan keperingkat global.
6. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan am.


Permasalahan wala’ dan ketaatan ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pendokong-pndokong Islam tetapi ia merupakan satu pentarbiyyahan dalaman yang tidak sekali-kali melemahkan semangat perjuangan bahkan meningkatkan lagi prestasi perjuangan.

KESIMPULAN

Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu” (Muhammad : 7)


Saturday, November 15, 2008

ALAM PERKAHWINAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekarang dah bermula cuti sekolah.... Kanak-kanak kecil mahupun remaja yang masih lagi berada di bangku persekolahan pasti insan yang paling gembira... Dan cikgu-cikgu pun suka sebab boleh bercuti panjang.....

Sempena cuti sekolah nie, yang paling ditunggu ialah memenuhi jemputan majlis perkahwinan. Untuk setakat masa ini sahaja dah berapa banyak kad undangan yang diterima... Alhamdulillah masing-masing dah sampai seru menamatkan alam bujang dan yang paling utama ialah menyempurnakan separuh dari agama.... Nikmat yang besar yang tiada ternilai.... Dan dengan setiap perkahwinan itu juga akan membuka pintu rezki untuk mereka.... Insya-ALLAH....

Pernah seorang kakak ini berkata "Izzati, benda ini adalah fitrah.... Dan setiap dari kita akan melaluinya.... Jika bukan sekarang...masa akan datang... Bersedialah". Bila difikirkan buat apa nak takut... rempuh sahajalah.....Hakikatnya, Semua orang boleh senang berkata-kata, tetapi melaksanakannya bukanlah sesuatu perkara yang mudah....

Habis ja exam tepat jam 12.00tengah hari 20 nov 2008 akan terus balik RUMAH... get ready nak pergi KUALA LUMPUR... Buat sekian kalinya sepupu yang ke-2 akan membina masjid.... Ku doakan agar bahagia milik KAK AZLEEN HAFIZA BT ABDUL AZIZ... Semoga kekal ke anak cucu dan agar kita semua makin dekat pada SANG PENCIPTA..... Nanti boleh laa dapat anak saudara lagi... Sekarang HARIS HAIKAL sorang ja yang boleh panggil MAK LONG.... Insya-allah, lepas nie akan bertambah... Alhamdulillah dah makin bertambah umat NABI MUHAMMAD S.A.W

Buat sahabat seperjuangan, USTAZ GHAFFAR semoga bahagia dengan pasangan pilihan nta... Insya-ALLAH jika ada rezki, ana sampai kat kelantan 29nov nie...

Buat KAK NIK HARTINI, yang akan mengakhiri zaman anak dara pada 21dec.... semoga akak bahagia ke akhir hayat... Semoga dapat anak-anak yang comel serta soleh dan solehah....

Masa begitu pantas berlalu, jika dulu kita hanyalah kanak-kanak kecil yang riang bermain, berkejar-kejar keseronokan sekarang ini, diri kian dibebani amanah dan tanggungjawab. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang suka-suka, kita bukan setakat akan berkahwin dengan pasangan malah dengan seluruh isi keluarganya... Dan kita berkahwin bukanlah untuk sehari dua tetapi jika diizinkan pastinya jika ingin bersama untuk selama-lamanya...

Betulkah aku yang bercakap tentang perkahwinan ini??? Macam tidak percaya....

Selalunya dalam majlis taa'lim di RUMAH B, xjemu-jemu pesanan mengingatkan kita ini kena bersedia... maksudnya menjadi IBU MITHALI sebab pada tangan kita bergantungnya kelahiran generasi-generasi yang jiwanya sentiasa mengingati TUHAN dan berjuang menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini....

Kita selalu dengar setiap 100tahun pasti akan ada kelahiran seorang MUJADID yang membawa satu dimensi perubahan pada dunia. Sebagai contoh yang paling hampir dengan kita, Hassan Al-Banna... dan mungkin tidak lama lagi akan muncul insan yang dinanti-nanti... Dan kita tidak seharusnya melihat atau menungu sahaja... malah seharusnya kita juga berusaha melahirkan insan-insan terpilih yang jiwanya ditarbiyyah dengan dasar islam yang kukuh....

Oleh itu, seharusnya gerakan muslimat ini lebih ke hadapan dan menguasai lapangan-lapangan utama.... tidak kira dalam bidang menuntut ilmu, mahupun sukan, tulisan , masakan dan bermacam-macam lagi..... lengkapkan diri dengan segala-gala keperluan.......

Rajin-rajinkanlah diri... Pesanan untuk diri sendiri dan semua.. semoga ada faedah walaupun sedikit...

ANTARA 'RUMAH' DAN 'FAMILY'

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saat ini pasti ramai yang heran kenapa laa budak sorang ni rajin sangat balik RUMAH.... Sedangkan exam tak habis lagi..... BALIK...BALIK...BALIK.....

Tahu x knapa????

Setiap kali ana bersama SAHABAT-SAHABAT, ADIK-ADIK, KAKAK-KAKAK membuat gerak kerja ISLAM sama ada USRAH,MEETING, PROGRAM yang tidak putus-putus dan banyak lagi aktiviti yang menarik dan seronok yang kita lakukan bersama. Bila masanya kita berada sekali dalam RUMAH yang bahagia itu, masing-masing suka bercerita tentang FAMILY( ana tahu masing-masing sayangkan keluarga kita kn???? Ya duduk jauh-jauh pasti lagi RINDU kn???)

Sama juga seperti ana, ana pasti akan teringatkan keluarga.... Paling dirasai kalau saat bersama adik-adik...(mungkin naluri seorang kakak sebab ALLAH tak kurniakan kakak mahupun abang = anak sulung). Saat kita berbakti pada insan yang memerlukan, saat itu juga dalam hati ini pasti tak lepas dari mendoakan semoga ada insan lain yang ALLAH hadirkan juga untuk membantu adik-adikku mencari HIDAYAH ALLAH.... Kak radieah pernah cakap, " Awak duduk kat kampus nie, awak pernah fikirkan tak adik-adik kat RUMAH macam mana??? Akak selalu fikir " Hmm, betul kan Kak Radieah, anak sulung nie kna banyak fikir... berat tanggungjawab, jadi contoh tauladan, semuanya jadi perhatian..... Kadang-kadang jelousnya dalam diri melihat sahabat-sahabat yang ALLAH berikan mereka ABANG dan KAKAK...

Alhamdulillah, ALLAH telah kurniakan ana KAKAK-KAKAK dan ABANG-ABANG yang sangat ramai bila masuk USM... Alhamdulillah masih mendapat nikmat kasih sayang mereka. Tak putus-putus memberikan nasihat dan teguran yang berguna membentuk diri menjadi muslim yang beriman. Jika ana ada harta kekayaan, pasti ana akan hadiahkan buat mereka... Tapi, semua itu tidak mampu membalas segala jasa mereka. Hanya ucapan TERIMA KASIH mampu ana ucapkan kepada insan-insan yang banyak berjasa pada diri ini.

Dan ana percaya, ALLAH tak akan bagi amanah tu pada kita kalau kita tak mampu lakukannya.

Firman ALLAH:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(2:286)

Dan untuk sem hadapan ana akan menjalani LATIHAN INDUSTRI, dan ana sangat bersyukur menolak tawaran untuk berada di SHAH ALAM serta memilih untuk buat disekitar utara sahaja. Agar ana boleh bahagikan masa sebaik mungkin dengan kampus dan RUMAH sendiri.... Biar perhatian ana tertumpu. Biarlah ana melihat adik-adik membesar dihadapan mata ana. Di kesempatan ini juga ana merebut peluang bersama dengan abah dan mama. Berbakti selagi masa masih ada. Sering ku terfikir, adakah ana akan pergi dulu ataupun mereka. Hakikatnya, ana tak sanggup kehilangan mereka..... Semuanya memerlukan persediaan dan hakikat mati itu pasti akan tiba.

Setiap dari kita mengetahui, kita memburu pembentukkan semula sistem pemerintahan KHALIFAH yang mana diterajui orang seorang AMIRUL MUKMININ dan semua rakyatnya hidup untuk mengabdikan diri pada ALLAH S.W.T. dan pembentukkan itu bermula dari individu muslim> keluarga muslim> masyarakat muslim> daulah islamiyyah> pemerintahan khalifah...... Indahnya sistem yang kita impi-impikan...... Renungilah sekitar kita, masih banyak tanggungjawab yang harus dilaksana.....

Saat ini ana sedar, jika ada insan-insan yang memberi alasan untuk tidak ke program kerana ada urusan family... ana mampu tersenyum sahaja. Ya kita boleh memberikan mereka dalil al-Quran tentang cinta di jalan ALLAH melebihi kecintaan terhadap segala-galanya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(9:24)

Tetapi kita harus ingat, hanya mereka yang tahu FIQH AULAWIYYAT mereka di mana. Ana pasti apa yang mereka lakukan juga akan menyumbang pada ISLAM...... Kita dah belajarkan UKHWAH yang paling rendah adalah BERLAPANG DADA DENGAN SAHABAT... Doakanlah yang terbaik untuk mereka..........

Buat insan-insan yang ana amat sayang kerana ALLAH, semoga ALLAH berkati perjalanan hidup kita.... Semoga kita sentiasa dalam redhaNYA....

SETIAP ISI HATI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pagi tadi exam: paper ke3 dari 4..... Alhamdulillah dah selesai. Petang terus ja start motor balik RUMAH... sebab utama pilih USM...sebab dekat dengan RUMAH... Dan sesungguhNYA DIA maha tahu yang terbaik buatku.... Terima Kasih, wahai TUHAN...... KAU tak pernah kecewakan aku.... Didiklah diriku menjadi hambaMU yang tahu bersyukur....

Bukan itu pokok ceritanya.....

Alhamdulillah hari ini kita mampu menarik nafas lega kerana dipilih berada di jalan yang ALLAH janjikan balasan syurga...

Firman ALLAH:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman
(surah as-saff , ayat 10-13)
Jika direnung kembali diri manusia ini... ada yang bertuah ALLAH pilih lahir dalam keluarga yang sepenuhnya mengamalkan ISLAM, ada yang anak kepada TOK IMAM, TOK BILAL, TOK GURU, USTAZ... USTAZAH... dari kecil sudah dididik dengan tarbiyyah islamiyyah... Besarnya juga seharusnya menjadi permata-permata yang menegakkan agama ALLAH. Ada yang diberi peluang mendapat didikan ISLAM secara FORMAL... Ada juga yang dilahirkan dalam kelompok yang jahil dan ALLAH berikan hidayah untuk mengenal cintaNYA, mengenal ISLAM dari kosong sehingga menjadi insan yang sangat bermanfaat pada ISLAM malahan lebih dari manusia yang ISLAM yang diperolehi dari keturunan.
Ramai juga dari kita ahli jamaah yang mana dulunya, insan yang biasa-biasa saja. Tetapi dengan izin dariNYA memberikan kita sedikit sinar HIDAYAH, kita sekarang menikmati nikmat IMAN dan ISLAM sepenuhnya.
Pernahkah kita terfikir, mungkin sinar HIDAYAH itu datang dari doa mustajab seorang ibu... mungkin bapa... tak mustahil dari seorg cikgu untuk anak didiknya ....sahabat yang menyayangi kita.... mungkin juga dari bakal suami atau isteri yang sentiasa mengharapkan kebaikan untuk diri kita. Dengan untaian doa yang tiada putus-putus ALLAH mendengar dan memperkenankan. Bertuahnya diri kita, ada insan-insan yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita.
Tapi sekarang ini, kita keluh kesah jika anak usrah tak consistant datang usrah, mad'u kita melarikan diri... orang yang kita tegur,kita nasihat tak nak berubah.... Kita cepat sangat putus asa... Sedangkan kita tahu hakikat HIDAYAH itu milik ALLAH. Dan kita hanyalah harus berusaha... dan usaha yang sering kita tinggalkan "doakan untuk mereka".
Firman ALLAH
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
surah al-baqarah (ayat 186)
setiap kali membaca surah ar-rahman pasti aku akan terhenti di ayat yang ke-29
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
tergamam...
semoga ALLAH kabulkan doa kita.....
mintalah pada ALLAH, rayulah pada DIA... kerana DIA mengetahui setiap isi hati kita....
p/s: ada lagi sambungan dan olahan isi yg nak tulis... Tapi buat masa ini cukuplah dulu

Friday, November 14, 2008

NAFAS BARU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semoga dengan kehadiran blog peribadi ini bukanlah sesuatu yang sia-sia malah sebenarnya mampu menanam dalam diri kita sifat rajin membaca, berfikir, mengkaji dan mentafsir sesuatu ilmu dan info di samping mengasah bakat menulis tidak kira bahan ilmiah mahupun coretan liku-liku kehidupan. Setiap orang ada niat tersendiri untuk menulis di dalam blog. Yang penting kita semua berusaha menjaga niat agar tidak tersasar dan semoga apa yang kita lakukan ini ada nilai di sisi ALLAH Taala..... Sekadar mengingatkan diri akan kehadiran blog ini.
Setiap kali menjenguk ke teratak maya ini, pasti diri jadi malu sendiri, ramainya sahabat-sahabat melawat sedangkan apa yang disajikan seolah-olah tidak mampu memberikan yang terbaik... Kadang-kadang banyak benda yang merapu-rapu berbanding bahan ilmiah yang menepati ciri-ciri seorang MAHAsiswa... Maaf ya sahabat...!!! Insya-allah, saya dengan ini berjanji menyajikan sesuatu yang lebih bermutu. Memberi sentuhan yang lebih baik berbanding dulu... "Ya ALLAH berikan kepadaku kekuatan itu"