Wednesday, December 23, 2009

Biar Lambat Asalkan Selamat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Persoalan remaja sekarang apabila sudah hampir dengan tamat pengajiannya @ sudah tamat @ lambat lagi akan tamat adalah berkaitan dengan "alam perkahwinan". Itu adalah lumrah, apabila menjejaki umur 20-an perasaan itu tidak dapat tidak akan hadir walaupun ditepis sehabis daya. Ada banyak faktor yang mendesak dan terdesak semuanya bergantung keadaan masing-masing. Tidak perlulah diulas dengan panjang kerana semua boleh faham.

Impian : Membina Bait Muslim

Bukanlah mudah seperti teori yang dipelajari, perlaksanaannya memerlukan mujahadah yang tinggi. Nasihatnya "janganlah menempuh jika belum betul-betul bersedia". Analoginya jika kita memandu sebuah kenderaan dengan tergopoh-gopoh dan terlalu laju, sudah pasti bila ada bonggol di hadapan tanpa ada persediaan menekan brek akan menyebabkan kenderaan tersebut sedikit melambung. Jika untung nasibnya, selamatlah. Jika tidak, cederalah jawapannya. Nasihat di jalan raya " Biar lambat, asal selamat".

Saya tahu "jodoh tidak pernah datang bergolek" dan kita memang perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Itu pasti!!!. Tetapi, biarlah kena pada masanya. Yang penting diri kita, bersedialah!!

Terkadang saya melihat hampir sama sahaja keadaan orang yang biasa dan orang yang luar biasa, apabila tiba persoalan ini kita hampir-hampir tewas! Mujur ada iman yang sekelumit bisa menyelamatkan. Dan yang lebih penting, Allah masih sayangkan kita. Bersyukurlah...

Orang biasa sibuk dengan budaya "couple", dan orang yang luar biasa sibuk dengan budaya "BM"... Saya tidak pernah menghalang niat baik itu kerana saya tahu ia adalah jalan menuju kepada sesuatu yang menjadi sunnatullah. Tetapi kadang-kadang, kita sebagai manusia yang sangat lemah lagi hina terlari dari matlamat asal yang dituntut. Oleh itu, harus kita banyakkan bermuhasabah diri, mohon keampunan daripada Yang Maha Penyayang... Moga-moga Dia redha akan diri kita....

Persoalan ini sangat rumit kerana ia berkaitan dengan hati. Terlalu kompleks kerana bukan suatu benda yang nampak. Pada saya, apa yang penting kena sama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang baik. Jangan sesekali terpengaruh atau terpedaya dengan tuntutan nafsu semata-mata. Banyakkan perbincangan tentang gerak kerja Islam yang tidak pernah akan selesai.....

Bila direnung kembali bagaimana kisah Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu raja yang terbaik, memiliki tentera yang terbaik dan rakyat yang terbaik menawan Kota Konstinople. Baginda sejak kecil telah diasuh dan dididik dengan ilmu agama serta ilmu kepahlawanan. Apabila selesai misi mendapatkan kota yang menjadi perebutan antara umat Islam dan musuhnya, barulah baginda melengkapkan dirinya dengan perkahwinan. Jadi, sama-sama fikirlah......

To be continue! Perkara yang nak disampaikan belum terluah.. Mungkin ini baru muqaddimah..... Siapkan diri menempuh sesuatu yang lebih mencabar semester ini... Semoga Allah tunjukkan jalan yang diredhai....

Friday, December 18, 2009

HAWA




Dari ku tenggelam dilautan rindu

Biarlah ku terbang ke puncak cinta

Harum ku puja bagai harum syurga

Memungkinkan sepasang sayap Janna’im



Darilah tersungkur dicedera rindu

Biarlah ku hancur dimamah cinta

Harum kau hawa bagai harum syurga

Memungkinkan sekalung doa mustajab



Angan-angan menggunung sehingga ku terleka

Dalam senyumanmu aku tidak terkata

Angan-angan mendalam sehingga ku terlupa

Menghulurkan salam menjadi kata pembuka



Selepas hilang sinar gelap baru sinar berharga

Secepat hilang sinar gelap baru rindu cahaya

Secepat hilang siang malam baru siang bermakna

Selepas hilang siang malam baru cinta bersabda

Bagai hilang kau di mata

Baru kasih bergelora



ان الله جميل يحب الجمالالدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة
( Sesungguhnya, Allah itu cantik
Suka akan kecantikan
dan Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)
P/S : Tersuka lagu ini!!!
P/S/S : Semoga muslimat-muslimat terus unggul.. Insyaallah!
P/S/S/S : Jangan lemah semangat, teruskan bermujahadah....

Sunday, December 6, 2009

KENDURI ZAITON

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Akhirnya, selamat sampai ke kenduri sahabat saya, Zaiton Zaimin bersama pasangannya (maaf xtau nama). Dan lebih bahagia dengan kehadiran sahabat batch ke-3 MRSM Pendang. Walaupun bertemu sekejap sahaja setelah hampir 4 tahun tidak bersua muka, itu lebih dari cukup. Ramai yang masih belajar di Universiti, sama ada dalam master mahupun degree sebilangan memulakan hidup baru dengan bekerja dan Cik Eton adalah orang pertama antara kami yang melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah dah selamat menjadi isteri orang. Semoga bahagia hendaknya, menjadi isteri yang taat dan ibu yang mithali... Selamat juga untuk final semester. Bagi sahabat-sahabat yang turut bergelut dengan FYP. Ayuh, kita tingkatkan usaha... All the best!!! Semoga ketemu lagi... Insyaallah jika ada jodoh & panjang umur!





p/s: diupdate untuk sahabat2 kesayangan saya yang tidak dapat hadir..... Sangat rindu untuk bertemu semua... Waiting for next wedding....

HIMPUNAN SOKONG NIK AZIZ, SIGNAL RAKYAT KELANTAN BUAT UMNO


KOTA BHARU, 5 Dis: Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.

“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam.

Serentak dengan itu, beliau bersetuju dengan cadangan supaya Pakatan Rakyat Malaysia yang kini dalam proses pendaftaran diketuai Nik Aziz sebagai Pengerusinya.

“Menteri Besar Kelantan perlu menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Malaysia), dan jika perkara ini terbentuk, ia akan menjadi ketumbukan yang kuat bagi melawan BN yang kini sudah lemah.



“Jadi kalau dibentuk satu Pakatan Rakayat yang kuat di mana Tok Guru Menteri Besar menjadi Pengerusi atau pun ketuanya bersama sahabat yang lain dalam Pakatan, insya Allah satu pasukan yang kuat dapat dibentuk bagi mencapai kesejahteraan yang baik untuk rakyat Malaysia umumnya,” katanya.

Mengulas perhimpunan hari ini, beliau berkata ianya menggambarkan demontrasi yang begitu hebat.

“Saya selaku aktivis pemuda, belum lagi tengok satu demontrasi yang diadakan begitu hebat, yang mana kita sama-sama menyokong kepimpinan Tok Guru Menteri Besar.

“Dan kita mendoakan supaya Tok Guru Menteri Besar terus diberi kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk terus memerintah Kelantan,” katanya.

Mengulas gesaan Umno-BN supaya Menteri Besar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan, beliau berkata sepatutnya Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan.

“Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Najib dan bukan Tok Guru Menteri Besar.

“Ini memandangkan pengkhianatan yang dilakukan Najib terhadap pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

“Semenangnya Najib yang sepatutnya meletakkan jawatan. Ini kerana kita semua tahu bahawa perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah pun termeterai sejak 1974.

“Jadi oleh kerana perjanjian ini tidak dipenuhi, tidak dipatuhi mengikut saluran undang-undang, jadi dialah yang sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Tok Guru.

“Kita adalah rakyat Kelantan, royalti minyak itu hak rakyat Kelantan, kita patut menuntut hak kita. Islam pun menuntut (supaya) kita menuntut hak kita dan kita akan teruskan usaha ini sehingga kita dapat royalty, insya Allah,” tegasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Jadi kalau berlaku lagi gerakan meminta supaya Tok Guru meletakkan jawatan, insya Allah seluruh ‘massa’, setiap peringkat dari semua kaum akan bangun menentang gerakan ini, dan difahamkan bahawa gerakan ini akan diteruskan di seluruh negeri dan negara,” katanya.

Mengenai pengorbanannya meletakkan jawatan yang disandangnya (sebagai CEO PMBK) dianggap pengorbanan yang suci yang wajar dicontohi pegawai dan anggota kerajaan yang lain, beliau memberitahu bahawa beliau meletak jawatan itu adalah atas nasihat Tok Guru dan pimpinan PAS Pusat.

“Dan perletakan jawatan ini akan ‘memutihkan’ unsur-unsur yang membolehkan Umno-BN membuat tuduhan terhadap amalan kronisma. Pun perlantikan saya, saya melihat bahawa atas kepercayaan Tok Guru dan juga apa yang telah saya lakukan selama satu tahun setengah dan sepanjang saya berada di PMBK selama lapan tahun, bahawa saya fikir saya telah banyak menyumbang kepada Islam itu sendiri dan Kerajaan Negeri.

“Jadi pada hemat saya, perletakan jawatan saya merupakan satu pengorbanan, di atas nasihat pimpinan, dan saya kira dengan perletakan jawatan ini, saya harap dapat memadamkan unsur-unsur yang boleh memberi ruang melakukan fitnah oleh Umno-BN.

“Namun saya tidak akan berhenti di sini, saya akan terus menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Kelantan, parti PAS dan jamaah Islam,” katanya yang juga menantu Meneri Besar.

Isu Ariffahmi CEO PMBK menjadi kontoversi apabila ada dakwaan menjadikan imej PAS tercalar dan memburukkan imej mertuanya Mursyidul Am PAS yang juja Menteri Besar Kelantan.

Namun kini beliau berkorban untuk parti PAS dan jamaah Islam dengan melepaskan jawatannya setelah dikatikan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam PMBK, manakala Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri menunjukkan sikap tegas apabila berdepan dengan isu Ariffahmi menantunya demi menjaga survival Islam dan PAS khususnya.

Dalam menghadapi isunya yang kontroversi itu, Ariffahmi pada 23 November lalu pada sidang medianya menegaskan bahawa beliau akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat Menteri Besar.

Dan menerusi siaran medianya semalam, beliau setelah berbincang dengan Menteri Besar dan pengurusan PMBK memaklumkan bahawa beliau memberi notis perletakan jawatan pada 24 Disember 2009.

“Saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010,” katanya.

Komen pembaca:

1.Assalamualaikum Tok Guru,

Teruskan perjuangan menegakkan Islam. Sebenarnya apa saja perkara yang baik dilakukan oleh para pejuang Islam akan dipandang tidak baik oleh golongan yang assabiyah dan sekular. Memang pelik bagi golongan yang tidak mengenal erti perkara yang perlu diberi keutamaan dengan yang sampingan. Keutamaannya ialah Isu Bayaran Hasil Minyak Kelantan yang diputarbelit oleh golongan itu dijadikan pula wang ihsan. Persoalannya mengapa tidak ada golongan prihatin kononnya membantah dan buat demontrasi untuk suruh golongan itu letak jawatan ( itu yang sepatutnya ) ni pergi sibuk suruh Tok Guru pulak letak jawatan. Kan dah terbalik tindakan golongan prihatin tu. Kita ni dah tua-tua ni sepatutnya berfikirlah yang mana keutamaannya. Tok Guru yang mempertahankan hak rakyat Kelantan pula dimarah sedangkan orang yang jelas putarbelit, menipu, menganiaya, memperbodohkan diri itu pula disanjung. Kan pelik bin ajaib golongan-golongan seperti itu. Nilah akibat kalau hati tu dah pekat hitam dan keras, dah tak nampak mana yang baik dan buruk. Dah masuk era globalisasi masih ada yang berada di bawah tempurung kelapa yang ditutup dengan guni penipuan dan pembohongan. Teruskan perjuangan Tok Guru. Semoga Allah sahaja yang membalas segala pengorbanan Tok Guru mempertahankan Islam. Patutlah Tok Guru tersenarai 42 daripada 500 manusia yang berpengaruh. - zailah.

2. Assalamualaikum Tuan guru, saya berpandangan begini Tuan Nik Aziz jangan layang umno yang sedang gila kuasa tu, Orang mabut dengan kuasa ia tak akan sedar, apa yang mereka buat, atau janji,atau apa ajat mereka dan pandangan mereka itu mereka angap semuanya betul,. Saya setuju doa Nik Aziz itu, itu doa minta pada Allah kita minta pada dia kalau kita susah. Jadi sekarang ni Kelantan dlm kesusahan jadi menteri besarlah yang bertanggung jawabkan. ROYALTI itu hak Kerajaan Negeri jadi Pusat kena salurkan pada Negeri la bukanya pada kumpulan umno.dan main main dengan kata kata atau janji janji manis saja dengan madia masa dan akhbar mereka. itu lah perangai dajal. - wan muhammad.

3. Yang Mulia TGNA,

Teruskan memerintah dan kekal sebagai Menteri Besar. Kezaliman mereka akan hangus menjadi abu. Semuga Allah memberi kemenangan kepada TGNA kerana kesungguhan beliau hendak meletakkan agama ditempat yang tinggi. - zaini arshad.

4. Assalamua’laikum. Isu doa ini bukan isu sebenarnya. Tok Guru tidak perlu layan mainan politik olih UMNO dan medianya. UMNO hendak Tok Guru berundur daripada politik Pas kerana kekuatan Pas hari ini bergantong kepada Tok Guru. Tok Guru seorang ulama yang dihurmati dan disegani seluruh Malaysia berbanding dengan ulama2 dan ahli2 politik lain. Majoriti rakyat Malaysia faham kedudukan dan tindakan Tok Guru dalam isu minyak kerana isu ‘royalti’ minyak jelas dipermainkan olih UMNO untuk mematahkan semangat Kerajaan Pas Kelantan dan dahulunya semasa Pas memerintah Terengganu. ‘Royalti’ minyak dan bukan ‘wang ehsan’ hak Negeri Kelantan. Seterusnya wang tersebut mesti disalurkan melalui kerajaan negeri bukan kepada jabatan tertentu! Perkara ini tidak perlu diputarbelit olih UMNO lagi. UMNO kena serahkan hak Negeri Kelantan sebelum dimalukan didalam Mahkamah. - aman shah.

5. Salam,

Apa yg saya lihat dari serangan betubi-tubi terhadap TGNA ialah kerana BN terutama umno sangat takut dgn ketegasan TGNA.
Bagi mereka selagi TGNA ada maka selagi itulah agenda mereka banyak yg tergendala atau gagal. TGNA seorang yg berani dan lantang
menentang umno didalam menegakkan kebenanran, apatahlagi TGNA seoarang yg bijak didalam bepolitik. Bg saya TGNA adalah seorang
pejuang islam yg tulin dizaman ini. Oleh itu saya benar-benar bedoa agar Allah menghancurkan mereka-mereka yg berniat menjatuhkan
kepimpinan TGNA dan islam. - shafei kasdon.

6. Bagi orang yang waras pemikiranya apa yang ditakutkan kepada doa Tok Guru itu, Tok Guru berdoa dan doa itu ditujukan kepada orang yang melakukan kesalahan sahaja. Tapi sekiranya orang itu tidak melakukan sebarang kesalahan waima PM ke TPM ke atau siapa-siapa pun apa susahnya duduklah diam-diam, senyap sudahlah, apa nak dirisaukan biarlahTok Guru terus berdoa sampai bila-bila pun. Mungkin orang yang sibuk tentang doa itu mungkin orang itu ada buat kesalahan dan bila bersalah maka dia takut. Supaya tak perlu takut tak sah buat salah. - razak manaf.

7. Alhamdulillah,semangat juang terbukti di kalangan Pendukong dan Penyokong Pati Islam dan dari kalangan rakyat berbilang kaum yang mengenal benar-benar Pemimpin sejati.Semangat seperti ini diteruskan spyy lebh mantap lagi erti Jihad.Allahu Akbar-Allahu Akbar-Allahu Akbar. - m yusof.

8. Assalamu’alaikum wbk. Saya ingin menarik perhatian terhadap isu yang digembor-gemborkan yang ditembak khusus kepada Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Nik Aziz terutama oleh akhbar-akhbar perdana dan stesen tv milik UMNO jahanam. Saya amat bersimpati kepada beliau dan pada masa yang sama amat menyanjungi dan menyenangi beliau walaupun tidak pernah bersemuka empat mata.Biarkan UMNO dan juak-juaknya melolong menyalak gunung. - bunari gasiman.

KOmen Saya:

Mutakhir ini, kerap benar media menghentam Tok Guru Nik Aziz.... Setelah Perak, Selangor, Kedah kali ini berhasrat nak merampas Kelantan pula??? Perkara ini sama sekali tidak akan dibenarkan oleh rakyat Kelantan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa berdasarkan fakta perhimpunan lebih 10,000 orang sewaktu kuliah Tok Guru pada hari Jumaat yang 4/12/2009 di Pulau Melaka. Berbanding dengan hanya 100 lebih orang yang berhimpun di depan bangunan SUK mendesak Tok Guru meletak jawatan.... Inilah bukti suara rakyat!!!

Mesti Dato' Najib geleng kepala. Semua yang dirancang GAGAL. Kuasa ALLAH itu Maha Hebat.

Tak perlulah nk komen panjang-panjang orang Kelantan lagi arif dari saya..

"Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada kami menegakkan kebenaran"

p/s: Muak membaca akhbar tempatan pro-BN.




Wednesday, December 2, 2009

SOKONG : AKUI BELAJAR DALAM BAHASA IBUNDA LEBIH BAIK!!!






KUALA LUMPUR 2 Dis: Parlimen hari ini diberitahu bahawa punca pembelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) adalah lebih baik kerana mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan isu masalah beban buku teks yang terlalu banyak dibawa oleh pelajar sekolah.

Beliau sebelum itu menjawab soalan Datuk Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Kurau) bahawa buku teks sekolah yang dikatakan tidak meransang kefahaman pelajar dan sejauh mana buku komersial lebih baik berbanding buku teks sekolah.

Sebelum itu, Ismail mendedahkan bahawa terdapat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bahawa buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah kurang baik berbanding buku rujukan komersial yang ada di pasaran.

Menafikan kritikan itu, Puad Zarkashi berkata, buku rujukan komersial lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata berbanding buku teks yang dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

"Penyediaan buku teks juga disusun dengan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu.

"Hal ini juga untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, buku teks yang digunakan di sekolah lebih baik dari buku rujukan komersial,” katanya

Menjawab soalan tambahan Ismail, Mohd. Puad berkata untuk merangsang kefahaman pelajar ia bergantung kepada kaedah pengajaran guru dan sumber yang diperolehi oleh mereka.

Sumber : harakahdaily.net

Sebenarnya secara jujurnya, saya amat tertarik dengan tajuk berita ini dan saya sendiri sebagai mahasiswa ataupun orang yang menerima pembelajaran merasai semua ini...

Tidak perlu disangkah lagi, kebenaran itu nyata sekali. Tetapi sayangnya, mata yang celik itu hakikatnya buta!!! Belajar dalam bahasa ibunda sendiri lebih senang untuk lekat dalam dada, lebih mudah untuk tembus dalam hati. Hinggakan ada juga mahasiswa yang memprotes pembelajaran dalam bahasa inggeris dengan menjawab peperiksaan dengan bahasa melayu. Semua mesti faham yang ilmu itu bukan semata-mata hendak ditulis di atas kertas, bukan setakat dimuntahkan semasa peperiksaan. Lebih...lebih dari itu peranan ilmu. Semakin banyak ilmu didada semakin kita merasakan diri ini terlalu kerdil berbanding ilmu Allah. Semakin kita rasa dekatnya pada Allah. Mungkin, dengan menjauhkan anak-anak muda sekarang dari ilmu adalah agenda tersembunyi untuk menjauhkan manusia dari Allah. (Maaf saya tak mampu untuk tidak berprasangka).

Dan kerajaan UMNO sendirilah yang sebenarnya telah memusnahkan BANGSA MELAYU. Dan saya minta sebagai rakyat Malaysia Jangan sama sekali bicara soal mempertahankan HAK MELAYU!!!!. Saya jelik. Jika anda tidak sedar lagi, tolonglah buka mata luas-luas.


Monday, November 30, 2009

Just sharing : Demam FYP!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Akhirnya....
Sem terakhir di USM akan ditempuh juga
Sungguh sekejap masa in
i berputar
Sedar ataupun tidak
Semakin hampir ke penghujung
Telah ramai sahabat-sah
abat seangkatan
meninggalkan alam kamp
us
Cuma aku masih setia di sini
Menghabiskan saki baki semester
yang masih ada
Sepi.... Sunyi....

Tetapi "Hidup mesti dite
ruskan!!!"
Kesabaran harus ditingkatkan
Prestasi mesti dinaik
kan
Kontroversi wajib dikurangkan
Semester terakhir ini wajar di
lakar dengan
warna warni kehidupan

agar bisa ku punya kenangan yang terindah
untuk masa hadapan

Sem ini bakal penentu
segala-galanya

posisi sama ada meneruskan pengajian
atau berhenti setakat ini
menerima ta
waran pekerjaan
atau memikul amanah yang lain
yang pasti semuanya harus digalas

dengan rasa tanggungjawab

-Penghujung tahun ini akan menyaksikan pengurungan diri di dalam LAB menyiapkan projek yang telah terbengkalai sekian lama kerana menghadapi peperiksaan. Ya Allah, mudahkanlah semuanya-

Kronologi FYP

BULAN 8 - Mempelajari teknik membuat sosej. 6 - 8 kali juga proses mencuba berlaku barulah dapat rupa bentuk sosej yang diingini (menepati standard). Menjalankan eksperimen untuk mendapatkan kadar kelembapan (moisture content) bagi setiap buah-buahan yang akan digunapakai.

Bahan-bahan yang diperlukan membuat sosej

Setelah dicampurkan semua bahan-bahan tadi. Perlukan lebih kurang 5-10minit untuk pastikan semuanya sebati ( Jika tidak, pada akhir sosej akan kelihatan warna yang tidak sekata. Bila kita buat color test xdapat hasil yang konsistan). Dan suhu ketika proses ini mesti dibawah 12 degree Celcius bagi memastikan daging tak "denatured" oleh haba. Perlu untuk "texture" yang baik.


Ini adalah proses memasukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam sarung sosej. Yang selalu menjadi pertikaian tentang sarung yang digunakan sama ada dari sumber khinzir atau apa. Tetapi jangan risau dalam lab ni, saya gunakan "cellulose casing". Ini adalah proses yang paling mencabar sepanjang menghasilkan sosej, sebab memerlukan ketelitian dalam memasukkan daging (pastikan betul-betul mampat) bagi mengelakkan udara-udara terperangkap. Jika tidak hasilnya akan ada gelembung pada sosej dan merosakkan texture. (Maaf gambar ketika masukkan dalam casing tidak tertangkap...)



Beginilah hasilnya jika tidak tekan betul-betul. Aiseyyy, ini waktu belum pro!! Sori..

BULAN 9
- Raya EidFitri. Sepatutnya telah selesai melaksanakan sensory test. But, tetap tidak berhasil.

Bulan 10 - Bertungkus lumus menyiapkan sampel-sampel sosej. But, setiap buah-buahan pula perlu diperah menggunakan kain kasa bagi mengasingkan hampas-hampas (sbb sy bland semua isi buah sekaligus. Akhirnya Dr. Nurul membelikan "juice processer". Tapi belum sempat guna).

Bulan 11 - EXAM + RAYA + PROGRAM

Bulan 12 - kembali semula ke LAB dengan azam baru.

p/s : kepada semua pembaca, 1 ja yang saya minta "doakan yang terbaik buat sy".
p/s/s : buat teman-teman sy, semoga antum diberi kekuatan di luar sana.. Insyaallah, all the best!!

Friday, November 13, 2009

AKU DAN SAHABAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabat,
Aku mencintaimu kerana ALLAH

Sahabat,
Aku juga menyayangimu kerana ALLAH

Tetapi
kasih sayang dan cintaku tidak setanding
kasih sayang dan cinta ALLAH padamu.

Semoga Allah pelihara hidupmu dengan rahmat dan redhaNYA.

- Semoga sinar tarbiyyah di M.O.T kembali subur dengan kembalinya kita kepada fitrah. Ayuh, perbaharui IMAN!!! -

SYUKUR PADA ALLAH.....

Monday, October 26, 2009

Friday, October 23, 2009

KONFIUS : PERASAAN @ PERASAN??

hmm....

1- Saya tidak suka perasaan ini!!!

2- Kenapa mesti ada perasaan ini???

3- Saya khuatir akan bertindak diluar kawalan... (Maka, beware!!)

Ya Allah bantulah hambaMU. Aku mengerti ini adalah ujian dariMU untuk menguji teguhkah keimananku, layakkah aku mendampingiMU.

Aku pasti tiada daya upayaku melainkan hanyalah kekuatan dariMU..

Thursday, October 22, 2009

MY USRAHTI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Taala.
Syukur yang tidak terhingga,
Akhirnya penantianku berjaya,
Memiliki sesuatu yang cukup berharga

Hmmm,
Agaknya ini perasaan "ibu dan bapa",
Mempunyai "anak-anak" sebagai penyejuk mata,
Alangkah bahagianya,
Emas dan permata juga bukan tukar gantinya!!!

Semoga Allah melindungi kalian
Dan
Senantiasa bersama kalian
Di mana sahaja
Tidak kira tempat dan masa
Langkahan kalian moga-moga Allah Redha

Doaku,
Kalian akan menjadi manusia berguna
bermanfaat untuk semua
Ingat pesananku,
Jangan sesekali meninggalkan Allah dan Rasul dibelakang jalan perjuanganmu

-Setiap kejayaan bermula dengan sebuah pengorbanan-

Buat puteri-puteriku, Aisyah, 'Atiqah, Aini, Raihanah, Raden, Maisarah, Iman & Kak Zu. Semoga kasih sayang antara kita kekal hingga ke syurga....

Buat "anak-anak usrah" yang "sedikit dewasa", Edayu, Joraiha, Ayuni, Mazni & Aliyah antum juga permata hati saya. Bahagianya antum bahagialah saya.....

Semoga dipermudahkan dalam Final Exam.

Wednesday, October 14, 2009

X ZONE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kekadang air nampak tenang di permukaan
Tetapi di bawahnya jangan disangka tiada buaya
Sama juga seperti diri manusia
Nampak saja semacam tiada apa-apa
Hakikatnya Allah saja yang tahu

Kekadang pohon tetiba sahaja bergoyang
Sedangkan tiada angin pun yang bertiup
Sama juga seperti diri manusia
Nampak saja macam biasa-biasa
Tapi Otak ligat mencari idea

Kekadang permukaan buah nampak cantik
Dalamnya, berulat dan busuk pula
Sama juga seperti diri manusia
Ramai yang luarannya memang penuh "class"
Tapi, jauh di lubuk hati penuh dengan perasaan keji

p/s : terlalu banyak perumpamaan yang bila kita menjalankan pengamatan semuanya seolah-olah berkait dengan diri kita

p/s/s : manusia memang tiada yang sempurna

p/s/s/s : maafkan sy andai kesalahan yang dilakukan bisa menguriskan perasaan kerana saya juga punya kelemahan

p/s/s/s/s : kekadang orang suruh kt memahami dia.... Tetapi pernahkah dia memahami kita???

Kesimpulannya , dalam kehidupan ini perlu ada memberi dan menerima.

- Sekadar luahan hati-
Yang faham mungkin faham.
Yang tak faham mungkin juga tidak akan faham.
Biarlah, asalkan sy tahu diri sy.
Kekadang air mata itu juga boleh jadi penawar.
Haha...
Dan,
Kekadang ketawa juga boleh jadi as-syifa'

BUAT SETIAUSAHA

“Apa tugas utama sebagai setiausaha (SU)?” saya bertanyakan seorang sahabat saya. Beliau telah ditawarkan untuk menjadi SU Dewan Muslimat PAS di sebuah negeri yang ingin saya rahsiakan.

Saya menggesa agar beliau menerima tawaran untuk mnejadi SU. Dalam masa yang sama, beliau turut ditawarkan untuk menjadi prime mover dalam tarbiah negeri. Namun sepenelahaan saya, saya lebih tertarik untuk sedikit memaksa beliau agar menerima jawatan sebagai SU.

SU bukan bertugas untuk menulis minit mesyuarat dan membuat laporan. SU juga bukan bekerja untuk menulis artikel untuk dihantar ke mana-mana akhbar. Itu bukan tugasan utama sebagai SU. Tugas SU adalah jauh lebih besar dan berat.

“SU adalah orang yang akan menentukan apakah hala tuju perjalanan jamaah atau organisasi sudah tercapai atau tidak. Dalam tugasan ini, SU akan sentiasa follow up ketua lajnah untuk memastikan mereka sudah berusaha untuk mencapai misi yang telah ditetapkan atau tidak,” tegas saya dalam telefon pada hari tersebut.

SU juga yang akan sentiasa memperingatkan semua penggerak agar sentiasa bergerak menuju ke matlamat yang telah ditetapkan.

Tugasan kedua SU, SU bertindak untuk memastikan sama ada lajnah telah menjalankan operasi atau belum. Segala laporan, data dan maklumat berada dalam tangan SU. Ini kuasa SU. Apabila SU mengetahui segala data dan perkembangan semasa, maka secara tidak langsung seorang SU telah melengkapkan dirinya menjadi seorang yang sangat bermaklumat dan memudahkannya untuk mengatur strategi secara lebih teliti.

Ketiga, SU akan mengepalai mesyuarat setiap kali ia diadakan. Atau jika bukan ia sekalipun, ia tetap bertugas untuk membantu Ketua atau Pengerusi dalam mengendalikan mesyuarat. Bahkan perjalanan mesyuarat adalah diaturkan oleh SU dan sebaiknya dibincnagkan terlebih dahulu dengan ketua.

Keempat, sebagai tambahan untuk sahabat baik saya itu, saya turut mencadangkan beberapa perkara yang harus beliau laksanakan secara berperingkat sekiranya beliau memegang portfolio tersebut.

1- Saya cadangkan agar beliau mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam Jamaah. Budaya kerja cemerlang ini akan menjadi satu ‘doktrin’ yang akan mengimejkan sesebuah organisasi. Sebagai contoh, mungkin boleh beliau letakkan antara budaya kerja yang perlu ada ialah MESRA.
2- Beliau boleh wujudkan Key Performance Indicator (KPI) untuk memastikan segala strategi dan perancangan menjadi lebih tajam dan terfokus. Sebagai contoh, target Dewan Muslimat dalam tempoh setahun adalah untuk menambahkan keahlian sebanyak 30 peratus.
3- Adakan sasaran fokus untuk mencapai target. Kalau saya boleh buat contoh untuk Terengganu; maka saya cadangkan agar beliau menumpukan kepada tiga kawasan utama terlebih dahulu dalam tempoh enam bulan yang pertama. Sekiranya ada peningkatan yang bagus, maka kawasan fokus mesti bertambah dari semasa ke semasa berdasarkan kemampuan. Pemilihan tmpat juga sangat penting dengan mengutamakan kawasan yang memapu memberikan kesan yang lebih positif kepada jamaah.
4- Latih dan training beberapa tenaga muda. jika boleh, beliau seharusnya meletakkan target untuk melatih 20 tenaga muda dalam tempoh enam bulan yang pertama. Latihan mesti sistematik berdasarkan modul. Sama ada mereka akan dilatih menjadi pendakwah kreatif atau pemimpin atau pentadbir, itu bergantung kepada keperluan semasa dan kehendak jamaah.

Saya doakan agar sahabat saya berjaya dalam perjuangan beliau.

Sumber : http://dzulkhairi.blogspot.com/

- Tiada daya upayaku melainkan kekuatan hanya datang dari Allah -
- Allah tunjukkanlah jalan yang Engkau redhai -
- Moga pimpinan akan datang akan lebih baik dari sekarang-

Ameen

RINDU



SaYA RiNDu DeKAt RUmAH

Tuesday, September 29, 2009

APA DAH JADI???

BANTAH: Kira-kira 40 ekor lembu, kambing dan kerbau dibawa lebih 70 penternak yang tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan Selangor yang didakwa tidak mempedulikan nasib dua penternak yang mengalami kerugian selepas ban di tapak pelupusan di Sungai Tua, Batu Caves, pecah, Khamis lalu. Perbuatan ahli Persatuan Ruminan Selangor itu menyebabkan jalan menghala ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sesak berikutan penternak meletakkan lori berisi ternakan di tepi jalan. - Foto Roslin Mat Tahir ( foto xberjaya diupload lg)

Akhir-akhir ini sungguh makin pening dengan keadaan politik di Selangor, dulu kepala lembu... kini benar-benar lembu & kambing hidup. Apakah bakal berlaku kejadian pahit sperti di Perak. Benarlah, telaan PM kali ini lebih kuku besi. Hebat strategi yg diatur. Serangan yang bertubi-tubi. Adakah pihak pembangkang akan terus bertahan dan cool selalu. Strategi melancarkan serangan tanpa henti juga bisa memerangkap diri. Tetapi, terlalu bertahan juga boleh menjadikan kita menggigit jari. Mungkin perlu sesekali serangan hendap yang kritikal bagi mencipta peperangan yang menarik....

Satu yang dapat dilihat pada warga Malaysia abad kini sudah berani membuat demonstrasi jalanan. Adakah keadaan ini tidak lestari pada Malaysia kerana dikatakan bukanlah budaya Malaysia???? Tetapi, sunnatullah manusia bila tak puas hati mulalah nak tunjuk perasaan. Mungkin ini yang lebih lestari...

Saturday, September 26, 2009

GUSAR YANG BERTANDANG


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Detik-detik waktu

Terlalu pantas berlalu

Sedar ataupun tidak

Usia kita semakin bertambah

Dan kematian semakin menjengah


Dulu kita masih kanak-kanak

Sekarang sudah dewasa

Mula hendak meninggalkan alam kampus

Memasuki alam kerjaya

Fuhhhhhhhhh...

Bermakna bebanan semakin memberat di kepala!!!


Alangkah seronoknya

Jika dapat kembali ke zaman muda

Bermain dan terus bermain

Dengan gembira....

Yahoooooooooooo!!!

Tanpa memikirkan apa-apa....


Tapi,

Diri ini harus sedar

Ini sunnah alam

Sudah tiba giliran generasi kalian

Jangan lari, jangan gusar

Allah ada bersama mengharungi ujian...


Ya, diri harus kuat!!!

Diri harus laju melangkah ke hadapan

Perlu untuk menoleh sesekali ke belakang

Merenung kesilapan silam

Dan pastikan tiada yang tercicir dalam perjuangan

Kerana itu pentingnya sebuah persahabatan


Wahai diri yang senantiasa lemah,

Wahai diri yang senantiasa dikuasai nafsu,

Wahai diri yang senantiasa hina,

Wahai diri yang cepat benar mengalah,

Wahai diri sedarlah,

Masa mudamu umpama "lombongan emas"

Galilah sebanyak mungkin

Jadikan dirimu bermanfaat untuk orang lain..


Ya Allah, ikatlah hati-hati ini dengan cinta dan kasihMU

Ya Allah, dekatkan hati-hati ini dengan jalan perjuanganMU

Ya Allah, kami impikan syahid membela agamaMU

Ya Allah, kami impikan kemenangan agamaMU

Ya Allah, satukan hati-hati kami mencari redhaMU


Istiqamahkan kami mencari rahmat dan redhaMU..



Monday, September 21, 2009

SYAWAL INI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syawal ini merupakan satu hadiah atau pemberian Allah pada umat Islam tanda kemenangan setelah melalui bulan "Tarbiyah". Indah dan damai... tenang tiada gelora, semua bermaaf-maafan, melupakan salah dan silap. Sungguh jiwa mudah terusik dengan kedatangan Syawal. Sanak saudara yang dekat yang jauh berkumpul meraikan Syawal ini bersama. Tahun ini genap 22tahun meraikan bersama ayah dan bonda serta adik2. Mungkinkah akan ada Syawal lagi untukku tahun hadapan???

Syawal ini seiring dengan kedewasaan, aku semakin mengerti nilai kehidupan... Janjiku di Syawal ini sempena ulang tahun kelahiran ke-22, Ya Allah perkenankanlah aku menjadi anak yang solehah, kakak yang baik, sahabat yang penyayang, mahasiswa yang berguna dan...Semua yang terbaik untuk diriku....

Syawal ini, aku bersyukur padaMU kerana kau tunjukkan segala2nya di hadapanku sebagai pedoman pada masa hadapan. Bertemu dengan insan yang sangat telah tua, pendek kata nyayuk... dengan memakai "pampers". Melihat seorang anak kecil yang terpaksa duduk dengan ayahnya seminggu dan baki 3minggu pula dengan maknya setelah penceraian berlaku. Menyaksikan sebuah rumah tangga yang umpana "telur di hujung tanduk". Anak-anak terabai. Hampir air mata ini ingin tumpah... "Apalah ertinya Syawal pada mereka??"

Sungguh Ya Allah, hambaMu ini bersyukur.....

p/s : Sayangilah kedua ibu bapamu
p/s/s : Bersedialah menempuh kehidupan yang lebih mencabar

Friday, September 18, 2009

Thursday, September 10, 2009

'MEETING VS USRAH'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Menjadi seorang pendokong gerakan islam, tuntutannya hebat.. Seperti kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna "tanggungjawab yang harus kita laksanakan melebihi masa yang kita ada". Saya amat pasti semua mengakui benda ini. Kekadang kita tidak tidur malam, kekadang tidak sempat pun menjamah makanan, mandi belakang cerita la.. Amanah yang tergantung dibahu kita semakin hari semakin memberat sesuai dengan tahap keimanan dan pergantungan kita pada Ilahi.

Cuma, kebelakangan ini saya perhatikan kita semakin tidak mengambil berat tentang usrah. Kekadang bila tiba hari pembentangan bedah buku, malam sebelumnya baru terkejar-kejar nak buat usrah. Mungkin lebih baik daripada tidak buat langsung. Usrah itu bukan terletak pada naqib/ahnya sahaja untuk menguruskan semua tetapi semua pihak harus memainkan peranan sama besarnya. Saya suka frasa "memberi dan menerima". Jika semua pihak hanya ingin menjadi penerima tanpa memberi, maka kerugian amat besar sekali.
Pada diri naqib/ah itu tidak semuanya sempurna. Naqib/ah juga banyak belajar dari anak-anak usrah.

Satu lagi penyakit yang saya sedar sedang berlaku, meeting tidak pernah tertinggal, tetapi usrah kerap sungguh tidak dapat hadirkan diri. Ya, mungkin ada masyaqah yang tersendiri. Cuma saya semakin pelik, kenapa tidak mengaulakan usrah seaula meeting. Kita tahu meeting itu tidak dapat berjalan tanpa kita, sama juga seperti usrah walaupun dapat dijalankan tetapi kuranglah serinya tanpa diri kita. Kekadang kita terlalu-lalu pentingkan gerak kerja (sesungguhnya memang perkara yang dituntut) tetapi kita tidak cuba untuk topup kembali dengan usrah. Bilamana dalaman lemah, luaran akan menzahirkannya....

Sama-sama muhasabah, adakah diri kita ini selamanya akan terus begini??
"Lemahnya sesuatu gerakan itu bila ia tidak dapat menghasilkan pewarisnya"

p/s : peringatan buat diri yang sering alpa dan lalai. Mengharapkan sahabat-sahabat seperjuangan untuk menegur.

Mohon maaf!!

"Kami telah beriman" - BENARKAH??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Apakah manusia itu dikira mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi??

Al-Ankabuut : 2

Saturday, August 29, 2009

"ISU HUKUMAN SEBAT KE ATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK”

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

sumber : http://presiden.pas.org.my/

Wednesday, August 26, 2009

MARI IMBAU SEJARAH!!

Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Ku tuntut erti kemerdekaan yang sebenar.... Semoga syiar Islam akan menyala dengan terang benderang di bumi Malaysia menumpaskan musuh-musuh Allah.... Allahuakbar!!!

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

Selamat Menjalani Ibadah Puasa,
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan terbaik berbanding sebelumnya,
Maaf atas segala salah dan silap,
Mohon dihalalkan segala-galanya...
Ayuh, dambakan cintaNYA...

Saturday, July 18, 2009

FINAL YEAR PROJECT

Alhamdulillah...

Tajuk yang dipilih setelah menerima signal dari Allah

"DEVELOPMENT OF HEALTHY FRANKFURTER BY INCORPORATING FRUITS AS A SOURCE OF FIBER, COLORING AGENT AND NATURAL ANTIOXIDANT" di bawah seliaan Dr. Nurulhuda.

Semoga apa yang allah bagi ini membawa sesuatu yang bermakna...

Semoga segalanya mudah dan lancar....

Tuesday, June 30, 2009

GERAKAN MAHASISWI

Definisi gerakan melalui pengamatan akal logik saya adalah sebuah kumpulan @ pasukan yang benar-benar bergerak, bukan setakat mempunyai organisasi malah segala tindak tanduknya teratur dan tersusun kemas.....

Dan makna mahasiswi pula ada sekelompok manusia yang berjantina perempuan...

Jika digabungkan maka jadilah sekelompok manusia yang berjantina perempuan yang bergerak dalam satu organisasi yang teratur dan tersusun rapi. Matlamat perjuangannya sama sekali bukan hendak menyamaratakan antara lelaki dan perempuan kerana adil itu sebenarnya "meletakkan sesuatu pada tempatnya".

Saya ambil analogi yang melekat di hati saya setelah menonton drama "nur kasih". Cuba kita bandingkan antara pokok kaktus dengan pokok cili. Satu memerlukan air yang banyak untuk hidup... satu lagi memerlukan air yang sedikit untuk kehidupannya. Adilkah kita memberi air yg sama banyak untuk kedua-dua pokok tersebut... Pasti jawapannya TIDAK kan...

Gerakan mahasiswi ISLAM yang lebih tepatnya membawa satu gagasan yang cukup besar... Melindungi semua mahasiswi dibawah sayapnya. Menjadikan ianya tempat berpaut insan yang lemah dan sering ditindas. Gerakan mahasiswi ISLAM ini juga melatih mahasiswi supaya menjadi lebih berdikari, progresif dan dinamik dalam setiap keadaan. Bukan gerakan biasa-biasa.

Besar impian saya untuk melihat gerakan mahasiswi ISLAM ini lebih maju kehadapan. Tetapi harus di"sterress" kn, setiap perubahan harus bermula dari kita. Ya ALLAH, tiada kekuatan melainkan dariMU...maka berikanlah kami secebis kekuatan itu.

TA'ALIM TOKOH GERAKAN ISLAM - ZAINAB AL-GHAZALI

Satu nama besar yang cukup-cukup tersemat di hati. Jika gerakan Ikhwanul Muslimin menjadikan Hassan Al Banna sebagai Bapa.... Dan muslimah perubahan ini dijadikan sebagai ikon Ibu dalam gerakan ISLAM. Sungguh besar pengorbanan mereka... Jika handak dibandingkan dengan diri ini.... jauh sekali. Bak kata seorang sahabat rasanya "ibarat langit dan bawah bumi hingga ke mental barangkali" Dia diuji dengan hidup dalam penjara, ada org yang diupah untuk mencabul kehormatannya, ada anjing-anjing yang kelaparan ingin meratah tubuhnya... Tetapi, kuasa ALLAH itu lagi besar dari segala-galanya. Semuanya tunduk menyerah pada arahan ALLAH. Hebat.

Dijemput untuk menemui kekasih yang abadi pada tahun 2005 setelah 88tahun hidup di dunia.... Kepulangan seorang muslimah ahli gerakan. Tetapi sehingga kini roh perjuangan beliau mengalir deras dalam setiap batang tubuh anak haraki.... Contoh yang bagus untuk diteladani...

Menyingkap tirai taalim di Madrasah Of Tarbiyyah (MOT), satu sesi perkongsian yang sangat efektif lg efisyen....

Semua sahabat sangat teruja dengan kisah Zainab Al-Ghazali bermula dari zaman mudanya seawal usia 18tahun sudah menjadi ketua kepada gerakan muslimat di tempatnya. Masing-masing mengkoreksi diri sedangkan usia kami sudah menginjak ke awal 20-an... Apakah sumbangan kami pada Islam.... Masih terlalu jauh...

Seterusnya pengambungan dengan gerakan Ikhwanul Muslimin bermulalah era perjuangan yang sebenar... berdepan dengan Jamal Abdel Nassir penguasa berkuku besi yang telah memeringkukkan tokoh-tokoh gerakan Islam dalam penjara. Satu kezaliman yang nyata....
Kami hanya terpenjara dengan akta AUKU...

Ingin berkongsi sedikit cerita tentang penjara... Usai membaca surah Yusuf. ALLAH menceritakan kepada kita kisah hidup Nabi Yusuf yang memilih penjara sebagai tempat untuk dia menetap daripada harus berdepan dengan godaan dari isteri Al- Aziz. Ya, besar kemungkinan penjara adalah tempat yang terbaik... Dalam penjara juga banyak kisah-kisah yang telah tercatat. Ada antara mereka menghabiskan masa dengan menulis buku-buku, xlupa juga gerakan dakwah islamiyyah tetap berjalan dengan mengislamkan orang-orang di dalam penjara.. Sangat hebat... tetapi sayalah yang lemah, kerana gagal mengingat siapakah tokoh-tokoh yang telah melakukan semua itu.....

Seterusnya kepada bab, Zainab Al -Ghazali meletakkan kontrak perkahwinan sebagai syarat menikahinya....

"If that day comes [when] a clash is apparent between your personal interests and economic activities on the one hand, and my Islamic work on the other, and that I find my married life is standing in the way of Da'wah and the establishment of an Islamic state, then, each of us should go our own way. I cannot ask you today to share with me this struggle, but it is my right on you not to stop me from jihad in the way of Allah. Moreover, you should not ask me about my activities with other Mujahideen, and let trust be full between us. A full trust between a man and a woman, a woman who, at he age of 18, gave her full life to Allah and Da'wah. In the event of any clash between the marriage contract's interest and that of Da'wah, our marriage will end, but Da'wah will always remain rooted in me." (al Ghazali 2006)

Sangat tersentuh dengan kontrak pernikahan ini.... Mungkin semua muslimat juga harus bersedia dengan kontrak perkahwinan masing-masing. Moga semua thabat dalam perjuangan...

Apa-apa pun semua mahasiswi/muslimat harus bersedia untuk kehidupan yang akan datang. Bersedia itu sangat perlu, dan untuk bersedia perlukan latihan/didikan @ tarbiyyah agar bila ujian itu datang bisa kita berdepan dengan tenang.... Kita sering diingatkan agar sediakan diri untuk terus menjadi pendokong gerakan ini, untuk menjadi sayap kiri dan ummi kepada penyambung mata-mata rantai perjuangan rasulullah s.a.w.... Besar amanah yang terbeban di bahu...

BAIT MUSLIM

Satu bab yang cukup optimis untuk semua mengeluarkan pendapat... Ya, masing-masing sudah faham kenapa perlunya bait muslim dan masing-masing sememangnya teruja.... Bukan apa, mengimpikan membina satu generasi baru.... Ulul Albab. Tidak lagi malu-malu membicarakan semuanya kerana sebuah kefahaman. Melihat ada yang kecundang setelah berkahwin, sedikit mandom... satu fenomena yang harus diubah.... Bersatu atas aqad yang suci, seharusnya melahirkan jiwa-jiwa yang lebih segar untuk terlibat dalam jalan ini....

Seperti yang diutarakan tadi, sebelum bernikahnya seorang lelaki dan perempuan. Eloklah mempunyai hitam putih perjanjian untuk sama-sama istaqamah. Berkesempatan mengikuti usrah nisa', banyak yang dapat saya belajar. Ya, berada bersama-sama insan yang terlebih dahulu makan garam...Banyak tips yang dikongsi...

Dan saya sangat terkesan dengan kata-kata seorang adik ini...

"Dalam dunia akhir zaman ini, punya jumlah wanita yang melebihi bilangan lelaki. Selain bersedia untuk kita menjadi sayap kiri seorang muslimin kita juga harus bersedia untuk bermadu... kerana ramai lagi muslimah-muslimah yang harus diselamatkan" dalam versi yang telah diolah sebab saya kurang ingat susun katanya tapi saya ingat maknanya- tak dapat nak jadi perawi hadis sebab sering xingat... hmmm, macam mana saya nak jadi sehebat Aisyah isteri Nabi Muhammad s.a.w

Hmmm, otak saya cuba menganalisis perkataan yang dilafazkan... Ya, saya terlupa bersedia ke arah yang satu itu.... Apalah sangat pengorbanan berkongsi kasih... Walaupun saya tahu amat sukar untuk diri saya. Janganlah uji dengan apa yang aku tidak mampu Ya ALLAH.

Perkongsian idea yang sangat bernas dengan ahli-ahli gerakan muslimat yang ku lihat semakin hari semakin berkembang baik. Satu titik perubahan yang ketara... Semoga ALLAH satukan hati-hati kami.....

Zainab al Ghazali

From Wikipedia, the free encyclopedia

Zaynab Al-Ghazali (January 2, 1917 – August 8, 2005) was a prominent Egyptian Islamist and arguably the most famous woman Islamist internationally. She was the founder of the Muslim Women's Association (Jamaa'at al-Sayyidaat al-Muslimaat), and was closely associated with the Muslim Brotherhood.

Her father was an Al-Azhar-educated independent religious teacher and cotton merchant. He encouraged her to become an Islamic leader citing the example of Nusaybah bint Ka'ab al-Maziniyah, a woman fought alongside Muhammad in the Battle of Uhud. For a short time during her teens, she joined the Egyptian Feminist Union only to conclude that "Islam gave women rights in the family granted by no other society. Women may talk of liberation in Christian society, Jewish society, or pagan society, but in Islamic society it is a grave error to speak of the liberation of women" (Hoffman 1985: 235). At the age of eighteen, she founded the Jamaa'at al-Sayyidaat al-Muslimaat (Muslim Women's Association), which she claimed had a membership of three million throughout the country by the time it was dissolved by government order in 1964.

Hassan Al Banna the founder of the Ikhwan (Muslim Brotherhood), invited al-Ghazali to merge her organisation with his, an invitation she refused as she wished to retain automony. However, she did eventually take an oath of personal loyalty to al Banna. (Mahmood 2005: 68) The fact that her organisation was not formally affiliated with the Ikhwan was to prove useful after the Ikhwan was banned, as for a time al Ghazali was able to continue to distribute their literature and host their meetings in her home.

Her weekly lectures to women at the Ibn Tulun Mosque drew a crowd of three thousand, which grew to five thousand during holy months of the year. Besides offering lessons for women, the association published a magazine, maintained an orphanage, offered assistance to poor families, and mediated family disputes. The association also took a political stance, demanding that Egypt be ruled by the "Qur'an"

Al Ghazali's own life stands in contradiction to some of her professed beliefs. (Ahmed 1992: 199) Although she wrote that it was a "crime" for a woman to seek a divorce, she made no secret of the fact that she had divorced her first husband because of his discomfort at her public career. Her memoir describes how she told her husband that her oath of loyalty to Hassan al Banna meant that her devotion to the Islamist cause would always come before her marriage, and if ever the two should conflict, the marriage would end:

"If that day comes [when] a clash is apparent between your personal interests and economic activities on the one hand, and my Islamic work on the other, and that I find my married life is standing in the way of Da'wah and the establishment of an Islamic state, then, each of us should go our own way. I cannot ask you today to share with me this struggle, but it is my right on you not to stop me from jihad in the way of Allah. Moreover, you should not ask me about my activities with other Mujahideen, and let trust be full between us. A full trust between a man and a woman, a woman who, at he age of 18, gave her full life to Allah and Da'wah. In the event of any clash between the marriage contract's interest and that of Da'wah, our marriage will end, but Da'wah will always remain rooted in me." (al Ghazali 2006)

In justifying her own exceptionality to her stated belief in a woman's rightful role, al Ghazali described her own childlessness as a "blessing" that would not usually be seen as such, because it freed her to participate in public life.(Hoffman 1988). Her second husband died while she was in prison, having divorced her after government threats to confiscate his property. al Ghazali's family were angered at this perceived disloyalty, but al Ghazali herself remained loyal to him, writing in her memoir that she asked for his photograph to be reinstated in their home when told that it had been removed.

After the assassination of "Hasan al-Banna" in 1949, Al-Ghazali was instrumental in regrouping the Muslim Brotherhood in the early 1960s. Imprisoned for her activities in 1965, she was sentenced to twenty-five year of hard labor but was released under "Anwar Sadat's Presidency in 1971. She describes her prison's experience, which included sufferings of many heinous forms of torture, in a book entitled Ayyam min hayyati (Days from my life), published in English under the title "Return of the Pharaoh". The "Pharaoh" referred to is President Nasser. al Ghazali depicts herself as enduring torture with strength beyond that of most men, and she attests to both miracles and visions that strengthened her and enabled her to survive.

After her release from prison, al-Ghazali resumed teaching and writing for the revival of Muslim Brotherhood's magazine, Al-Dawah. She was editor of a women's and children's section in Al-Dawah, in which she encouraged women to become educated, but to be obedient to their husbands and stay at home while rearing their children.

Zaynab al-Ghazali was also a prolific writer, contributing regularly to major Islamic journals and magazines on Islamic and women's issues. Although the Islamic movement throughout the Muslim world today has attracted large number of young women, especially since 1970s, Zaynab al-Ghazali stands out thus for as the only woman to distinguish herself as one of its major leaders

Friday, June 19, 2009

DIA JANTUNG HATIKU

Dia jantung hatiku


"Kenapa jantung?? Kenapa hati??"


Jantung adalah organ yang paling penting sebab bila mana ia terhenti bermakna berakhirlah sebuah kehidupan. Dan hati pula sumber kasih sayang....


Dia pula siapa??


Insan ini sangat sangat sangat penting dalam kehidupanku selama hampir 22tahun mengembara dibumi Ilahi. Tanpanya, sepilah hidupku. Tanpanya, siapalah aku.


Dia adalah abahku


Dedikasi ini ditujukan khas buat insan yang tersayang sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-51 pada 1 Julai ini. Terpaksa menulis n3 ini terlebih awal kerana aku tidak pasti adakah akan ada masa terluang selepas hari ini.


Dia sumber inspirasiku


Tidakku sangka usia abah sudah menjangkau lebih separuh abad. Dah memasuki usia emas... Cepat sungguh masa berlalu. Abah sangat hebat! Mampu membela anak-anaknya seramai 8 org ini tapi mestilah dengan bantuan mama disisi. 4 perempuan 4 lelaki. Masing-masing punya kerenah yang tersendiri. Tapi, abah tetap layan juga.. Ingat lagi masa kecik2, dengan perbezaan umur yang tidak langsung ketara, pasti yang kerap terjadi antara kami adik beradik "pergaduhan dan pertengkaran" perkara yang remeh2. Dan apa lagi, pasti abah cepat naik angin dengan bantuan darah tinggi yang dimiliki akan meninggikan sedikit suara... dan kami tetap tidak berhenti (sebab tahu abah sangat baik) akan teruskan sengketa sehinggalah abah mula menggunakan kekuatan fizikal yang ada barulah diam seketika. Heheh.. Degilkan anak-anak abah??


Anak-anak abah ramai, dan pernah ada orang minta nak tolong bela. Tapi abah tetap akan bela anak-anak dia sampai semua berjaya. Biar susah janji anak-anak abah ada depan mata kn??

Tapi anak-anak abah nie selalu menyusahkan abah. Tak pernah nak bagi hati abah tenang. Ada-ada saja, lepas sorang, sorang.... Selalunya anak-anak lelaki abah yang buat perangai, anak-anak perempuan ok ja kn bah?? Apa-apa pun kami mintak maaf ya....


Saat ini, anak-anak abah dah besar-besar. Tapi, semua masih belajar. Dan tentu abah sangat sesak memikirkan kos pengajian kami, duit belanja kami...dan segala keperluan kami. Hinggalah nak beli baju baru pun abah akan fikir dua tiga kali. Semuanya untuk kami... Tapi, kami tetap degilkan?? Abah juga tak henti-henti doakan kami supaya berjaya dunia dan akhirat, dengar cakap mama dan abah. Dan memang abah akan usahakan yang terbaik buat anak-anaknya. Buka mulut sahaja apa yang nak diminta, pasti abah akan cari jalan ikhtiar untuk penuhi apa yang anak-anak hajati.. Tapi kami selalu tak sedar dek untung kn???


Hampir setiap dari kami, anak-anak abah stay dekat asrama... Abah akan usaha jemput dan hantar setiap kali pulang ke rumah. Sebab abah tak nak anak-anak abah susah. Walaupun penat baru pulang mengajar dari sekolah... abah tetap akan laksanakan tugas abah.... Naik bas ada juga, tapi jarang-jarang sangat kn bah.... Masa masuk di MRSM dulu, beria-ia anak abah nie nak balik rumah sebab 1st time dok kat asrama... Xsesuai dengan jiwa.. Tetapi abah tetap pujuk dan buatkan air penawar.. Alih2, anak abah sekarang nie kadang-kadang jarang lekat dekat rumah....

hehe


Ingat lagi masa,keputusan UPSR.. Anak abah gagal bg yg terbaik... Abah, xmarah.. tapi ada sedikit rasa kecewa sebenarnya..Tapi, abah cool ja... Masa amik result PMR.. alhamdulillah rezeki allah nak bagi masa tue.. walaupun ada 'D' untuk subjek arab (padan muka kn sapa suruh malas study) abah sangat gembira dan terus peluk anak ini... (1st time rasa dapat membahagiakan abah) Masa result SPM...hmmm sekali lagi saya kecewakan abah dan mama. Dan sebagai tebusan, saya gantikan balik dengan result di matrik.... Tapi di USM ini, saya masih gagal dapatkan yang terbaik.... Mesti abah n mama sangat kecewa dengan prestasi saya ini. Dengan baki dua sem lagi, anak abah janji akan buat yang terbaik.. Insyaallah


Saya tahu, jauh disudut hati mama dan abah nak sangat ada salah seorang anaknya ikut jejak langkah mereka jadi cikgu... Tapi buat masa sekarang seorang pun tak menampakkan tanda-tanda ke arah situ... Hmmm, mungkin anak abah ini akan buat sesuatu... Mungkin... segalanya masih belum pasti...


Dia segalanya buatku...


Anak lelaki mungkin selalu rapat dengan mak, tapi anak perempuan selalu rapat dengan ayahnya. Mungkin teori itu betul... "Kuasa tarikan berlainan jantina sama macam magnet" Saya senang berkongsi dengan abah apa-apa saja...


Dikesempatan ini, doaku semoga abah menjadi insan yang bertaqwa pada ALLAH... panjang umur, dimurahkan rezeki.....


Terima kasih untuk semuanya...


Monday, June 15, 2009

TIPS UNTUK SUKSES BUAT AHLI JEMAAH @ PERSATUAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1) Niat dan matlamat yang jelas untuk berjaya dalam akademik khususnya (set di dalam minda dan hati anda)

2) Set milestone yang jelas dan reasonable (nak capai berapa pointer, at least 3.0)

3) Pengurusan masa yang efisien (yang ni, ramai yang fail), akan dibcg lain kali, insyaAllah.

4) Disiplin diri yang ketat

5) Tabah hati dan kuatkan semangat

6) Cabar diri sendiri (kenapa orang lain boleh, kenapa tidak kita)

7) Jangan sekali-kali tinggal kuliah (walaupun berjaga malam sebab meeting, lbh baik pegi kelas walaupun akan tertidur. Sebab ada barakahnya)

8) Tunjukkan semangat anda ingin belajar (duk depan sekali dalam kuliah. Akak selalu cuba dok depan dan mmg pernah tertidur dpn lecturer)

9) Jgn lewat dtg kuliah dan jgn sekali2 missed first lecture setiap modul)

10) Study group, klu blh dgn bukan jemaah dan jemaah

11) pengurusan nota yang efisien, faham betul2 the whole concept yg nak bljr

12) Selalu berjumpa dan berbincang dengan lecture. Jangan malu bertanya

13) Banyak dapatkan soalan2 last year dan banyak latihan terutama utk yg study last minute

14) Restu ibu dan ayah (kalau boleh, setiap exam, call minta diorang tolong doakan)

15) lain2; solat hajat, tahajjud, baca al-Quran cuba amalkan sebanyak yang mungkin


Selain itu...

Panduan buat adik-adik dan kawan-kawan yang ingin sambung belajar.

Alhamdulillah, banyak sungguh ni’mat yang Allah berikan kepada ku. Tak tergambar betapa Maha Pemurahnya Allah yang Maha Pengasih itu. Walau macamanapun, hatiku masih lagi bimbang. Memikirkan syukurku masih lagi tidak seberapa. Ujian yang dihadapi, kekadang melemahkan semangat juangku. Menghilangkan rasa syukurku. Walhal, ujian itu hanya kecil cuma berbanding ni’matnya yang menggunung besarnya.

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada mereka yang terpilih untuk diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hargailah peluang itu dengan sepenuhnya. Jangan sia-siakannya walaupun seketika.

Betapa beruntung orang yang diberi kelebihan itu sedangkan ramai yang amat mengharapkan peluang itu. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui siapa dan apa yang paling layak buat diri kita. Bukan bererti hidup kita berserah kepada takdir semata, usaha kena tetap ada, doa dan tawakkal jangan putus. Tetapi pengharapan yang terakhir, letaklah kepada Dia. Tanpa rasa menyesal dengan ketetapan yang akhir. Jika ia bukan seperti yang kita harapkan.

Allah berfirman, mafhumnya, Allah mengangkat orang yang berilmu dan bertaqwa itu satu darjat. Menunjukkan betapa Allah sendiri mengiktiraf orang yang berilmu ini. Bukan sekadar berilmu tetapi bertaqwa!

Hadith Nabi ada menyebut bahawa, barangsiapa bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan lapangkan jalannya untuk masuk ke syurga.

Menuntut ilmu ini susah. Kecuali orang yang suka mengambil mudah. Ana sedih sebenarnya melihat, tidak ramai yang faham agama ingin atau ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yang ada pula tak sebarapa. Dengan auratnya tak terjaga, bahkan ada yang lebihkan masa untuk bermain2 dari betul2 belajar. Mengambil masa seketika untuk berehat, bercuti bersama keluarga, tidak salah. Tetapi ramai yang Melayu Islam ini, tidak menghargai peluang ini dengan sepenuhnya.

Berada di negeri orang, di bawah biayaan biasiswa lagi, sepatutnya, optimumkan usaha anda untuk menuntut ilmu sepenuhnya.

Biarpun bukan segulung ijarah atau gelaran yang dikejar, tetapi pengiktiran itu perlu untuk memartabatkan kemegahan Islam. Tetapi, berapa ramai yang mampu dan diberi peluang seumpama itu?

Jadi, adik2 dan kawan2 semua, gunakanlah sepenuhnya peluang untuk menuntut ilmu.

Walau bagaiamanapun, tanggungan da’wah jangan diabaikan. Bukan bererti anda sibuk belajar maka anda boleh berlepas tangan dengan apa yang berlaku di sekitar. Kita bukan ingin melahirkan bijak ilmu tetapi buta realiti. Anda kena bijak memainkan peranan dan memahami aulawiyat sebagai seorang mu’min yang sebenar. Bagaimana? Belajarlah untuk mengetahui dan memahaminya macamana? Jangan sekadar mengharap suapan dari orang lain tapi ada usaha sendiri!

Setiap orang diberi kelebihan dan kekurangan. Kelebihan itu, gunakanlah ia sepenuhnya. Kekurangan pula bukan untuk ditangisi tetapi peluang untuk memperbaiki. Jangan pula ia dihina tetapi sama2lah kita saling menampung. Kerana kita satu bangunan.

Alhamdulillah, ana bersyukur sangat atas anugerah Allah ini. Ana memang suka belajar. Ana nampak ini adalah jalan ana untuk berbakti kepada Islam. Banyak sebenarnya yang ana nak buat, insyaAllah. Kerana kecintaanku kepada ilmu buat Islam yang tercinta.

Ana mengambil contoh, kuatnya semangat Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Ana pegang kukuh nasihat beliau. Antara satu cara untuk betul2 menuntut ilmu adalah jangan kerap balik rumah. Juga sependapat dengan Ustaz Zaharuddin dan Saifulislam dalam hal ini. Banyak sebabnya…

Belajar dari susah lebih baik dari belajar dari kesenangan. Memang betul, banyak yang ana belajar. Bahkan kita akan lebih menghargai kesenangan yang diperolehi melalui jalan yang susah.

Ana datang ke Cape Town ini dalam keadaan sarat 6 bulan pregnant. Datang sorang diri tanpa mengenal sesiapa di sini. Bahkan ana satu2nya pelajar Malaysia di sana . Betapa banyak cabarannya.

Datang2 sini, ana adalah pelajar PhD pertama di Lab Proteomics itu. Tiada senior mahupun junior. Kerana supervisor ana itu baru pindah dari UK ke Cape Town . Kena set up lab sorang, order barang dan belajar semua sendiri. Setahun lps tu, baru dapat first results. Kena pula bentang ke seminar yang banyak. Sehingga ke saat ini hampir 12 seminar dalam South Africa dan luar negara ana kena bentang dalam tempoh 2 tahun setengah. Di beri kepercayaan untuk supervise student honours dan student master lain dan juga medical doctor yang nak buat specialist. Sekarang kena supervise juga 2 orang PhD students yang lain. Di samping kena publish paper dan siapkan thesis sendiri, keluarga kena ambil tahu. Dua orang permata hati kena ambil berat. Suami tercinta pun kena diberi perhatian. Tanggungjawab da’wah yang lain, tidak boleh buat2 tak nampak.

Sehingga, ayahanda tercinta menyahut panggilan Illahi, tak sempat ku lihat. Pusaranya juga tak pernah ku ziarahi. Kerana memegang amanat ayahanda dan bonda yang tercinta untuk melihat anakandanya berjaya. Kerana mereka juga sangat menyintai ilmu.

Yang menjadi peneman kepada suami atau isteri yang sambung belajar, bukan bererti anda banyak masa. Tetapi manfaat sepenuhnya masa juga dengan ilmu. Ilmu itu banyak, pelbagai dan ada di mana2. Tiada alasan untuk mengata ana ini tidak cukup ilmu atau kurang ilmu. Kini zaman internet bukan zaman tok kadok. Ilmu di hujung jari anda. Manfaatkan semua untuk Islam.

Buat yang ingin sambung belajar, ambillah apa yang baik dan buang mana yang tak perlu. Hanya perkongsian dari insan yang dhoif, wallahu’alam.

Sumber : Wan Iryani Wan Ismail...(Senior PMI) Sekarang menyambung phD di Cape Town


Sunday, June 14, 2009

DIRIKU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

KURSUS TERAS

IMK 421/2 - TEKNOLOGI PRODUK PRIMER
IMG 405/3 - PEMBUNGKUSAN MAKANAN
IMG 411/4 - PENGURUSAN KUALITI INDUSTRI DAN PENILAIAN DERIA
IMA 410/6 - PROJEK PENYELIDIKAN MAKANAN TAHUN AKHIR

KURSUS ELEKTIF

IMK 404/3 - PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN
IMK 212/2 - PENGURUSAN MAKANAN HALAL
IUK 303/3 - PENGURUSAN SISA INDUSTRI

Cadangan kursus yang akan diambil semester hadapan.... Paper yang sangat-sangat menarik. Sangat teruja untuk kembali ke kampus... Dan masa yang sama gusar, paper yang diambil bukan calang-calang. Ada DUA lab.... bermakna akan bergelumang dengan "lab report" yang sangat banyak....Semoga mampu dilaksanakan dengan sebaiknya. Dan pastinya ada projek menghasilkan produk baru untuk paper IMK 404, maka tumpuan yang besar juga perlu diberikan... dan yang paling-paling men'gembira'kan FYP. Seram sejuk tengok pengalaman sahabat-sahabat.... Ya ALLAH, hanya kekuatan yang ku harapkan....

6paper dan 1 FYP....

"Ya ALLAH, jika kejayaan semakin mendekatkan diriku padaMU.. kurniakanlah.... Jika kejayaan semakin menjauhkan aku daripadaMU, aku rela berdepan dengan kegagalan dan begitu juga sebaliknya"

Amanah semakin memberat dibahu
Kekadang terasa ku tidak mampu
Kupujuk jua hati
Syurga ALLAH yang kucari

Walaupun berat,aku harus kuat

Biarlah iman yang sekelumit ini
Yakin dengan janji Ilahi
Rela aku tanggung beban ini
Demi kejayaan yang hakiki

Harapanku, mengertilah setiap daripada kita memang sgt2 busy... Masing-masing ada bebanan... tolak ke kanan xboleh, tolak ke kiri pun xboleh... memang tetap jatuh atas kita jua... Mengertilah sahabat sejauh mana kau berlari... dirimu xkan pernah sunyi yang pasti dan terus pasti kau tetap memikul amanah itu sampai mati.... Janji ALLAH itu pasti!!!

p/s : mungkin luahan, mungkin juga sedikit keluhan (kerana aku jua manusia biasa yang sangat lemah)

Monday, June 1, 2009

KECEKALAN SEORANG WANITA!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

KEZALIMAN ISA sebenarnya tidak perlu diceritakan lagi. Ia bukan sekadar kisah tahanan borong tanpa bicara, tidak hanya gumpalan hikayat lama tentang penyeksaan zahir batin.Ia turut mampu memisahkan suami dengan isteri, ayah dan putera-puterinya, juga anak dari ibu Imagebapa. Ada keluarga berantakan, cerai-berai dek racun berbisa penahanan tanpa bicara yang perlu terus dikutuk dan ditentang ini.

Ada anak jatuh nazak secara tiba-tiba, seperti kes Aina Mardhiah Shahrial, 17, setahun lalu, dan si ayah, tahanan ISA tujuh tahun, sengaja dilewat-lewatkan kepulangannya. Shahrial hanya sempat menatap wajah jernih jasad kaku puteri sulungnya tanpa sebarang salam perpisahan.

Melakar kisah duka

ImageDan hening pagi Rabu, 27 Mei lalu, ISA sekali lagi melakar kisah duka. Tahanan ISA sejak dikurung 18 April 2002, Mat Sah Mohd Satray, 46 tahun, kehilangan bonda tercinta, Saoda Abdul.

ISA yang menjarakkan mereka sejak 2,600 hari lalu rupanya bertindak lebih kejam apabila menghalang Mat Sah untuk bersama ibu di waktu tua, sakit dan saat-saat yang amat memerlukan kehadirannya.

Saoda, 71, sebelum itu selama tiga minggu terlantar di HUKM. Selain kencing manis, dia menderita sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Dua hari sebelum Saoda meninggal, Mat Sah, anak ketujuh daripada 12 adik beradik dibenarkan pulang ziarah oleh pihak Kem Kamunting, dengan kawalan keselamatan peringkat tinggi. Hanya sejam Mat Sah dibenarkan menyantuni ibu tersayang.

ImageWalaupun terbaring lemah, Saoda bingkas bangun bila mengetahui Mat Sah balik. Tampak segar sekali. Saoda minta duduk di sebelah dan makan bersama Mat Sah yang begitu sabar menyuapkan makanan ke mulutnya. Mata yang memerhati cukup terharu. Kasih ibu tiada penghujungnya, tulus dan kudus.

Dan itulah pertemuan terakhir mereka. Bayangkan, ketika episod tujuh tahun malam memanjang gelap gelita buat Mat Sah dan keluarganya masih tamat, beliau kehilangan ibu dalam suasana tragis.

Norlaila penggerak kempen mansuh ISA

Mungkin tidak ramai yang biasa dengan nama Mat Sah, tetapi jika disebut isterinya, Norlaila Othman, penggerak kempen mansuhkan ISA di medan depan, saya yakin hampir semuamengenali wanita berhati waja dan berjiwa kental itu.

Dia bukan sekadar berusaha keras membebaskan suami, tetapi padu tekadnya bagi membangkitkan kesedaran rakyat di segenap pelosok negara untuk merobek paksi-paksi kezaliman itu.

ImageTernyata Cikgu Laila merupakan ikon baru, simbol penentangan secara terbuka ke atas ISA yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Walaupun dimaklum kepada polis Cawangan Khas (SB) sejak subuh tentang kematian Saoda, Mat Sah hanya tiba jam 3.15 petang, 45 minit selepas jenazah ibu disembahyangkan. Dan beliau tetap dikawal bagai seorang penjenayah paling berbahaya ketika menziarahi jasad kaku ibunya!

Laila dalam blognya, lailagmi.blogspot, mencatatkan: "Ketika Abah (Mat Sah) menjejakkan kaki ke ruang tamu di mana jenazah nenek (Saoda) diletakkan, suasana senyap seketika. Semua memberi ruang untuk Abah mendekati nenek yang ditutupi kain batik hijau.

"Abah duduk berteleku di sebelah jenazah, perlahan-lahan tunduk dan mencium pipi sejuk nenek. Abah mencium pipi kiri dan kanan, itulah ciuman terakhir Abah untuk nenek. Kuperhatikan Abah agak lama melekapkan hidungnya di pipi itu.

"Mungkin Abah tidak pernah terfikir, penahanan ISA akan menyebabkannya dan ibu kandung kesayangan terus menerus terpisah hingga ke akhir nyawa. Terlalu zalim ISA ini."

Tidak sempat bersalam

Image"... Abah tidak lama berada di sisi jenazah nenek. Sebaik mayat dimasukkan ke dalam keranda untuk dibawa ke kereta jenazah, sepantas kilat, sekumpulan polis berpakaian biasa mengepung Abah untuk dibawa ke dalam kenderaan khas dan terus bertolak ke tanah perkuburan di Segambut.

'Aku sendiri tidak sempat untuk bersalam ataupun bertanya khabar. Abah begitu cepat hilang dari pandangan."

Seterusnya Laila mencatatkan: "Aku memandu sendiri ditemani Suhaib (anak)ke Segambut. Abah lama tiba di sana dan dibenarkan keluar dari van untuk membantu pengkebumian itu. Semua polis brpakaian biasa turut berada di sekitar lahad.

Image"... Sebaik siap siraman air mawar terakhir, Abah diberi masa beberapa minit bersalaman dengan adik-beradik dan saudara-mara, termasuk aku dan Suhaib. Aku tidak sempat bercakap dengan Abah. Aku hanya sempat mencium tangannya.

"Pegangan itu terlepas dan bila kepala kuangkat, Abah berada beberapa meter jaraknya dariku, berjalan pantas di kerumuni sekumpulan lelaki menuju sebuah van bercermin hitam pekat yang diparkir betul-betul di hadapan kawasan perkuburan.

"Selepas itu, aku tidak tahu di mana Abah dibawa pergi, bermalam di salah satu balai polis di Kuala Lumpur, atau terus dibawa pulang ke Kamunting."

Kepiluan yang menghiris

Bagi Laila pastinya kepedihan dan kepiluan yang menghiris itu sudah sebati dengannya. Tujuh tahun menanggung derita tidak pernah mematahkan semangatnya untuk tetap bersuara.

SB cukup mengerti komitmen tingginya itu hinggakan ramai beranggapan Mat Sah sukar dibebaskan selagi Laila aktif berkempen mendedahkan kebusukan dan kehodohan ISA.

ImageMalah ketika Laila sibuk menelefon pihak polis untuk mengetahui di mana suaminya berada selepas hilang dari kawasan perkuburan, panggilannya langsung tidak dijawab.

Ia seperti mahu memanjangkan lagi deraan yang sudah cukup lama itu. Tidak cukup dengan tulisannya dalam blog, Laila giat rencana dan menghadiri program menentang ISA.

Sepanjang berurusan dengannya, termasuk ketika mengagihkan sumbangan pembaca Harakah kepada keluarga tahanan ISA, saya sering kali terlupa bahawa Laila juga sebahagian dari mereka yang teraniaya.

Laila lebih banyak bercerita tentang kesengsaraan orang lain, mengatur ziarah ke seluruh Semenanjung, juga hingga ke Sandakan dan Tawau, dan dirinya sendiri bagai terabai ....

NOTA: Harakah sedang mengemaskinikan agihan sumbangan kepada keluarga tahanan ISA, termasuk mereka yang baru dibebaskan tetapi masih memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disampaikan terus kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

Sekadar mengambil satu potong artikel tentang kekejaman ISA. Hati ini sakit dan pasti hati wanita waja ini lebih sakit.... Dia menjadi sumber inspirasi buat semua kaum hawa bukan mudah berada di jalan perjuangan. Dia perlu berdiri sendiri tanpa suami disisi dalam membesarkan anak-anak, berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba. Ku kira cabaran yang maha besar. Tetapi, dia mampu!!! Semua itu kekuatan dari ALLAH.

Hawa yang tersayang

Kau punya dunia yang harus dicorakkan

Maka usah lagi terlena keasyikkan

Kerana kita hendak membetulkan

Dunia yang penuh dengan kezaliman

Kita punya misi membanteras kejahatan

Serta menegakkan keadilan

Persiapkan diri dengan segala kekuatan

sama ada luar dan dalam

Dekatkan diri dengan pencipta sekalian alam

Lazimi ayat-ayat al-Quran

Sunnah jadikan panduan

sebagai pegangan sepanjang zaman

ALL THE BEST HAWA!!!! Jangan putus asa, kerana setiap kejadian punya hikmahnya....

p/s : BERSAMA MEMACU GERAKAN MUSLIMAT UNGGUL....