Sunday, April 26, 2009

MAAFKAN AKU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Sesungguhnya tiada satu musibah pun yang berlaku melainkan dengan izin ALLAH" meminjam word seorang sahabat...

Sesungguhnya hari ini bermula dengan tindakan seorang anak yang telah mengecilkan hati seorang abah dengan tidak mendengar cakapnya agar tidak pergi ke PENANG....

Tetapi sebagai orang yang menguruskan pertemuan usrah batch yang buat kali terakhirnya, ku gagahkan juga kaki ini melangkah...

Terniat juga untuk membatalkan sahaja pertemuan kerana beberapa masalah teknikal yang sukar di atasi. Permulaannya ingin kami bersantai di pantai batu feringgi membrainstorm perjalanan masa hadapan memandangkan ada beberapa orang sahabat yang akan bergraduasi @ lebih tepat meninggalkan kami di alam kampus dan menghadapi dunia realiti yang cukup mencabar tetapi saat-saat akhir lokasinya bertukar di Tasik Harapan yang memang sudah cukup sinonim dengan muka-muka kami..

Pertemuan yang dirancang sepatutnya bermula jam 9.15pagi terpaksa dianjakkan sehingga pukul 10.10pagi... Nampaknya masih belum berjaya dari sudut pengurusan masa.... Semoga sama-sama kita menjaga amanah dengan waktu....

Pengisian bermula dengan sedikit perkongsian tentang isu PPSMI oleh seorang ukhti yang baik hati dan rajin sekali kerana mengikuti bengkel SPAQ pada malam sebelumnya. Dan resolusi yang dibuat "Kami harus memperjuangkan pendidikan dalam bahasa Melayu kerana kepentingan memahami ilmu itu sendiri dalam masa yang sama tidak mengabaikan penguasaan bahasa inggeris".

Pengisian terus berjalan dengan pembentangan planning hidup kami dalam masa 5 tahun akan datang.... Semuanya memang menarik dan tersendiri....

Dan kami telah sepakat dengan 2 tindakan:

1 - Mengerjakan umrah pada tahun 2017 bersama-sama

2 - Memberi sumbangan RM 10 setiap bulan setelah mendapat pekerjaan ke dalam akaun batch (akn diberitahu kemudian). Impiannya agar kami dapat membeli asset yang bernilai untuk jemaah.

(Pemberitahuan secara tidak langsung kepada ahli-ahli usrah yang tidak dapat menghadirkan diri)

Dan yang terakhir sekali kami diminta untuk menyenaraikan kelebihan dan kekurangan sahabat.... Sama-sama koreksi diri...

Dan setiap pertemuan ada perpisahan..... Aktiviti wajib kami adalah makan bersama...

Selesai usrah, hajatku adalah untuk pulang seberapa segera ke Sungai Petani....

Melihat meter minyak yang hampir kosong terus ku lajak ke mobil Sungai Nibong untuk mengisi minyak. Usai dengan tugasan itu, aku sudah siap sedia untuk meredah bahang mentari yang membara.

Mengambil u-turn memerlukan aku untuk berhenti seketika... Di hadapanku, sebuah motor akan berlalu.... Mula sahaja hendak memecut, tiba-tiba terdengar seperti ada orang yang merempuh motor tarbiyahku... Dan semestinya motorku senget ke tepi... Tidaklah terlalu kuat sangat.... Aku alhamdulillah selamat... Cuma jantungku kencang menahan kejutan dan amarah yang tidak terhingga....

Boleh ka orang yang melanggar hanya duduk di dalam kereta dan berkata kepadaku... " kenapa tak duduk tepi sikit...." Apa dia buta ka??? Aku dah memang ambil side paling tepi.... Dasar manusia memang tak nak mengaku kesalahan diri sendiri... Alasan.... Bukan itu sahaja, pemuda tadi langsung tidak turun dari keretanya untuk menolongku... Lelaki yang tak dak hati perut apa.... Ada lagi yang lagi dahsyat dari itu.... Dia terus berlalu meninggalkan aku..... KEJAMNYA MANUSIA ITU.... Semoga ALLAH sahajalah yang membalas perbuatannya. Aku mohon Ya ALLAH sedarkanlah dia....

Alhamdulillah.....selepas itu ada sebuah kereta yang dipenuhi anak muda datang untuk u-turn juga... menolongku mengalihkan motor ke tepi lagi... Aku memang tak larat nak angkat motor tue... Motor tak boleh bergerak.... Sebab masih ada gear yang belum free.... I try my best untuk free kan gear... Then ada seorang pak cik datang... tanya apa yang berlaku... "Ada orang langgar saya pak cik... Tapi dia p macam tu saja..." balasku... Pak cik kata balik " Tak dak apa-apa kan??? Hati-hati ya dik"... "Baik pak cik. Terima kasih" akhir perkataanku....

Aku teruskan perjalanan sehinggalah sampai di rumah lebih kurang pukul 3.18petang... Alhamdulillah...

Motif of the story... berhati-hatilah di jalan raya.... dan jangan kecilkan hati ibu bapa.... balasannya ALLAH dah bayar cash.... Huhu....

PENANG mungkin sukar untuk bertemu denganku lagi...

For my dad n mom.... please forgive me!

Saturday, April 25, 2009

I'M WAITING....

30th of April

- The end of my journey for Industrial Training
- 1st meeting PMI with Islamic Center of USM
- Complete my mission!!!


Please pray for my success...

Thursday, April 23, 2009

MANUSIA PELUPA

Apalah yang kena dengan diriku seminggu dua ini???
Asyik2 lupa... Asyik2 lupa....
Apalah yang ada dalam ingatanku ini?
Angkara makan banyak asamkah?

Ya ALLAH....
Semuanya salah diriku sendiri...
Ampunkan hambamu yang lemah ini....

TQ

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Di saat sahabat-sahabat sedang bertungkus lumus menelaah pelajaran, aku yang tidak menduduki sebarang kertas peperiksaan untuk semester ini adalah sasaran utama untuk melaksanakan amanah.....

Jauh sekali hendak mengeluh.... Tetapi yang lebih utama adalah ingin menyatakan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat pemberi amanah utusan Ilahi. Sungguh aku sedar yang tidak semua perkara mampu kita lakukan dalam satu masa. Apa yang lebih penting adalah PEMFOKUSAN kerja agar hasilnya adalah yang TERBAIK dan CEMERLANG!!!!!

Buat sahabat sahabiah yang masih ada baki kertas peperiksaan, teruskan berusaha....

7 PRINSIP KEJAYAAN UNIVERSITI APEX

7 PRINSIP KEJAYAAN UNIVERSITI APEX

Rujukan dari laman web rasmi USM


Masa Hadapan
Menerokai masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok melalui penggemblengan pelbagai sumber dalam satu pasukan yang ingin mendaulatkan ilmu pengetahuan dan nilai intelektual untuk kesejahteraan masyarakat

Kelainan
Berfikir dan bertindak secara berbeza dari orang lain atau berani melahirkan kelainan dalam pemikiran dan tindakan

Kelestarian
Mahasiswa dan warga universiti perlu menghayati nilai-nilai kelestarian yang menjadi fokus universiti sekarang ini

Kemanusiaan
Hubungan akrab yang terjalin antara nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan hidup kita pada masa hadapan yang sebenarnya bergantung kepada apa yang kita lakukan pada masa ini, bukan sekadar tentang teknologi, tetapi memastikan manusia sentiasa menjadi keutamaan

Kesejagatan
Kesejagatan yang menekankan kepada keupayaan untuk menerapkan nilai-nilai sejagat di kalangan warga USM yang tidak harus terpencil dalam apa jua tindakan yang diambil

Perubahan
Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menerima perubahan yang dilakukan oleh universiti

Pengorbanan
Setiap perubahan harus diiringi oleh kesanggupan untuk berkorban apa sahaja bagi mencapai hasrat yang ditetapkan

Thursday, April 16, 2009

DUNIA KERJA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dunia realiti tidak sama dengan dunia kampus.... Ya, mahasiswa harus sedar semua itu dan melakukan persiapan sebaik mungkin sebelum benar-benar terjun ke dunia pekerjaan. Semuanya memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.

Selama menjalani Latihan Industri aku rasakan seolah-olah tewas dengan diri sendiri... Mungkin ini baru permulaan,dan Allah nak hadiahkan pengalaman ini untuk kehidupanku akan datang. I must think positively. Kerja yang diberi tidaklah terlalu banyak kaitannya dengan bidang akademikku. Tetapi banyak yang dipelajari tentang menguruskan sebuah "company". Harus diakui mengurusi manusia dan mesin adalah dua benda yang berbeza.

Manusia punya pelbagai ragam... Dan paling susah adalah untuk memuaskan hati semua pihak.

Tuntutan kerja bolehku katakan 100% lagi dahsyat dari tuntutan belajar. Oleh itu selagi ada peluang untuk belajar...belajarlah... Buatlah yang terbaik...

Sunday, April 12, 2009

KAU SAHABAT KAU TEMAN

Kau sahabat Kau teman
Masa terus berlegar menjalani putaran
Dulu masih hingusan
Sekarang dah semakin matang menempuh kehidupan

Sekejap sungguh masa berlalu
Dah 3 tahun kita bersama di Taman Ilmu
Mana mungkin dilupakan semua kenangan lalu
Antara Kau dan Aku

Namun,
Hakikat kehidupan
Setiap pertemuan pasti ada titik perpisahan
Itu yang harus kita berdepan

Ku doakan buatmu teman,
Agar tabah lalui kehidupan,
Melangkah ke alam pekerjaan,
Memikul tanggungjawab dan bebanan.

All The Best buat sahabat yang dikasihi

SECEBIS HARAPAN,SEGUNUNG IMPIAN


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Secebis Harapan
Segunung Impian
Ku gantungkan pada Mu Tuhan
Pemilik diri dan sekalian alam

Ku mohon keteguhan iman
Agar ku bisa bertahan
Ku mohon dijauhkan dari hasutan syaitan
Agar ku mampu teruskan perjuangan
Ku mohon diberikan kekuatan
Agar ku bisa menangkis setiap cabaran

Tuhan
Penuhkan dadaku ini dengan ilmuMu
Suci bersihkan hati ini dari pengaruh hawa nafsu
Agar hidupku sentiasa mentaatiMu
Mematahui segala perintah dan meninggalkan laranganMu

Ilahi
Jadikan aku menjadi pencinta yang sejati
Jadikan aku perindu yang abadi
Jadikan hamba yang mengabdi
Jadikan aku umat yang tinggi sahsiah peribadi

Ya Rabbi
Matikan aku dalam Islam
Matikan aku dalam Iman
Matikan aku dalam keadaan kebaikan
Jauhi aku dari sebarang kemaksiatan

Perjalanan hidup ini ku harapkan redhaMu Tuhan......

ALL THE BEST!!!


Selamat berjuang duhai sahabat!!!
Kuatkan semangat...
Engkau seorang pejuang yang hebat
Puncak kejayaan itu bisa kau dapat

ALL THE BEST IN FINAL EXAM

Saturday, April 4, 2009

BERITA GEMBIRA DAN BERITA SEDIH

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Malam itu dua buah berita yang diterima.....

BERITA GEMBIRA
Alhamdulillah seorang sahabat baik di KMPk dah selamat menjadi tunangan orang.... Tapi yang lebih gembiranya kerana sudah terlalu lama tidak berjaya menghubunginya angkara penukaran no telefon.... Tetapi malam itu Allah anugerahkan satu pertemuan. Biarpun cuma di alam maya..., impian kami semoga "sebuah pertemuan" lagi terjadi di alam realiti.

BERITA SEDIH
Seorang sahabat dari UPM, Ukhti Hazirah (mantan Majlis Perwakilan Pelajar) telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika menemani sahabatnya menemui ayahanda tercinta angkara dilanggar oleh sebuah kerta yang terbabas dari arah bertentang kerana pemandunya MABUK!!!! Mendapat khabar dirinya agak teruk patah tulang kaki, rahang, dan kehilangan banyak gigi. Sungguh ajal tidak mengenal siapa dan bila masanya. Ini satu ujian buat dirinya, tanda cinta Allah yang tiada tandingannya. Didoakan buat kakak yang comel semoga cepat sembuh, semoga kuat dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan seorang pejuang. Biarpun terpaksa menangguhkan pengajian buat seketika.... ana yakin banyak hikmahnya buat dirimu dan sahabat-sahabat sekeliling.

p/s: kurangkan meeting waktu malam, langkah berhati-hati.
: terima kasih jua buat pemberitahu berita
: sahabat-sahabat doakan kak zi diberikan kekuatan dariNYA

MANFAAT AIR

Air terdiri daripada 3/4 dunia,
2/3 daripada tubuh manusia,
Air menjadi sumber kehidupan yang paling utama,
Tanpanya siapalah "kita"

Tapi,
Satu lagi kategori air yang amat bermakna
iaitu air mata
yang boleh menjadi pengubat duka
yang boleh membersihkan jiwa
yang boleh menjadi bukti menangis kerna cinta-NYA
yang boleh menjadi senjata buat kaum wanita

p/s : baru sahaja menerima msg kembalinya ibu kepada kak Siti Habshah ke rahmatullah. AL-FATEHAH. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan diampunkan dosanya.

Air mata mengalir lagi.....