Thursday, July 29, 2010

RESIPI TRIFFLE

Bismillah....

Saya sedang mencari resepi untuk pencuci mulut untuk jamuan tidak lama lagi... dan terjumpa blog yang menarik RESIPI IBU. Cuma, saya perlukan orang untuk membantu membuatnya.. Ada yang sudi tolong??? Senang sahaja nie, cuma nk kena rajin...

TRIFFLE

Bahan-bahannya

Sponge cake (potong ikut suka)
1 peket agar² (perasa ikut suka)
1 tin mixed fruit
Whipped cream
1 cawan custard
4 cawan air
2 sudu besar gula pasir

caranya

Untuk Custard

  • Campurkan tepung custard dan air.
  • Masak atas api perlahan²
  • Masukkan gula
  • Masak sehigga custard agak pekat

Untuk Agar-agar

  • Campurkan sepeket agar² dengan air yg panas.
  • Susun kek yg dah dipotong dalam mangkuk
  • renjiskan sedikit dengan air buah dalam tin
  • Tuangkan custard yang dah siap dimasak atas kek (ikut selera nak berapa banyak)
  • Bila custard dah hampir set, tuang agar² di atas custard
  • Last sekali, pancitkan whipped cream atas agar²
  • Kemudian, sumbat dalam peti sejuk.
Pencuci mulut yang saya kira menarik dan sedap kerana merangkumi puding + agar-agar + kek + buah....

Tuesday, July 27, 2010

-KESUKAAN SAYA-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ingin dikongsi kesukaan saya sekarang. Just boleh suka, sebab belum menjadi hobi... Seronok rupanya dunia perempuan ini. Dunia yang sebelum ini saya pandang sipi-sipi. Kesempatan yang ada saya cuba menjelajah dunia ini seberapa jauh yang boleh, rugi benar rasanya jika saya tidak memiliki seni kreativiti ini kerana boleh dijimatkan duit plus boleh menjana kewangan kerana jarang-jarang benar perempuan-perempuan dunia sekarang berminat dan tahu buat semua ini. Al-maklum dunia kerja memang sibuk...Selagi belum tutup mata.... kerja...kerja...kerja

Dibahagikan kepada tiga bidang utama:

1-MAKANAN
2-JAHITAN
3-PERTANIAN

MAKANAN
Ini memang dunia saya, kesukaan saya, kecintaan saya.. Haha.. Tetapi sayang saya memiliki ilmu teori tetapi masih kekurangan banyak dalam ilmu praktikal... Lauk cikai2 boleh la pejam mata masak..janji siap.. Cuma masih jauh ketinggalan terutamanya dalam pembuatan kek, roti. Itu belum masuk lagi makanan-makanan tradisonal- kuih koci, lepat pisang, tepung talam... Fail2. Hanya tahu makan... Tapi menarik untuk menjelajah resepi-resepi di dunia maya ini plus rancangan tv kerana ada gambar yang menarik sebagai menjamu mata.. Kuih2 moden pun masih tidak dapat dikuasai.. lebih tepat, saya tidak memiliki ilmu... Dunia ini saya belum terokai lagi... kerana minat saya lebih tertumpu pada dunia ke-dua ini sebab tak lama lagi raya.. Hehe.. My part in the family.

JAHITAN
Hmm, saya sudah tentu tidak reti nk potong kain untuk membuat baju. Zaman dikala muda untuk kursus kemahiran hidup, my mom yang tolong siapkan kerja kursus jahitan baju kedah... Jadi, saya memang tiada kemahiran. Sebelum ini byk juga tudung2 yang dipotong tidak menjadi, kerana memang tidak reti dan sebab memiliki emak yang pandai menjahit.. But, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menolong dia.. pasti pinggangnya sakit kalau menjahit utk kami 6 orang perempuan dirumah paling kurang 3 helai baju... Tetapi, dunia yang saya nak terokai ini bukan jahit baju... tetapi lebih kepada hiasan baju... Like-sulaman.. Menarik lantas terpegun seketika.. Cantik!!! Kalau hantar dikedai pasti mahal kn??? Maka, lebih seronok mencuba sendiri dan jimat.. Iya itu perlu...

Blog ini http://cheq-sue.com/blog/ sangat menarik kerana diajarkan juga teknik2 jahitan secara jelas untuk dicuba... Ilmu boleh didapati di mana-mana, hinggakan dihujung jari pun boleh....
Ada sulaman manik yang bermacam-macam.. Ada cara mengait.. Ruginya saya rasa jika tidak memiliki ilmu-ilmu ini.

PERTANIAN
Owh, satu dunia yang belum mahu dicuba. Lebih rela duduk didalam rumah dari berjemur diluar. Tetapi, alangkah tidak sihat kerana tidak mengeluarkan penuh...

Ayuh puan-puan kita terokai dunia yang semacam menarik ini =)

SYUKUR - TERTIPU!! - STRATEGI - TERINGIN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

SYUKUR
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Yang Memiliki Seluruh Alam ini atas rahmat dan kasih sayangnya kita masih bernafas dengan adanya Islam dan Iman.. Sungguh jika bukan ehsan dari Allah mungkin juga kita berada dalam keadaan kafir... Nauzubillah.. Jika difikirkan terlampau banyak nikmat yang Allah beri sehingga sepatutnya kita tidak mampu untuk bersedih kerana Allah tidak pernah putus-putus memujuk dan menyayangi kita.. Terasa seperti anak kecil dalam dakapan kedua orang tuanya sehinggakan seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap.. Dan kita yakin, kasih sayang Allah lebih ...lebih dan lebih dari itu. Alhamdulillah.

TERTIPU
Sedar ataupun tidak diri sudah meningkat dewasa hampir menjengah ke suku abad tidak lama lagi. Pantas sungguh masa berlari-lari meninggalkan kita yang masih terkedek-kedek akibat leka bermain dengan permainan dunia. Sungguh kita tertipu lagi!!!, dan untuk kesekian kalinya lagi... Haha... Arrghhhhhhhh.Pasti syaitan-syaitan laknatullah dan nafsu sedang ketawa berdekah-dekah.. Manusia terlalu mudah untuk diperbodohkan.. dan kita juga tidak terlepas menjadi mangsanya kecuali insan yang beriman dan bertaqwa.. Ya, diri kita ini terlalu lemah dan kerdil tiada berdaya kecuali dengan pertolongan Tuhan.

STRATEGI
4/8/2010 insyaallah akan tercatat sejarah diri ini akan bergraduasi. Suatu situasi yang dulunya pernah ku impikan memegang ijazah sarjana muda (first class) tetapi akhirnya diriku hampa... Jika mampu untuk ku ulang kepada 4tahun lalu nescaya akan ku usahakan sehabis daya.. Ternyata, menyesal sekarang tiada gunanya. Mungkin belum lagi terangkat hijab untuk ku melihat apakah hikmah disebalik percaturan Allah ini, dan yang pasti ia adalah yang terbaik buat diriku. Cuma pengajaran yang berguna untuk masa hadapan. Belajar mengikut acuan Malaysia memerlukan strategi yang terbaik untuk membolehkan kita menjawab menepati kehendak skema jawapan. Jika khatam 1 buku pun tetapi, tidak berjaya menguasai teknik memaham, mengingat dan menghafal, mengira dan sebagainya tiada guna juga kerana akan membuatkan kita terlopong di dalam dewan peperiksaan.. dan lagi jika tahap kesihatan dan fikiran kita terganggu dikala musim peperangan atas kertas ia sedikit sebanyak membantutkan usaha kita. Disamping itu, "study group" adalah formulasi terbaik untuk berjaya. Tidak dinafikan. Penting!! terutama buat orang-orang yang busy memanjang. Selebih 99% kita serahkan kepada yang berhak mengatur perjalanan hidup kita.. Tetapi, amat tidak bagus juga buat orang yang bertawakal lebih dan ciput usaha, kerana ia akan jadi sia-sia. Dan diriku sudah terkena! Haha.. Alhamdulillah syukur, sepanjang berada di Universiti tidak pernah memiliki paper yang sangkut sehingga terpaksa mengulang. Rezki dari Allah. Cuma buat pembaca yang pernah menerima nasib ini, jangan pernah putus asa. Insyaallah ini yang terbaik buat kamu. Satu muhasabah untuk kita melihat dan memperbaiki kekurangan diri kita berbanding orang yang tidak pernah gagal sebab dia tidak akan sedar siapa diri dia. =) Jika Allah kurniakan rezki sungguh teringin untuk sambung belajar, tetapi bukan saatnya sekarang.

TERINGIN
Teringin juga untuk menjengah dunia luar yang tidak pernah saya lewati, ingin untuk mengenali wajah sebenar manusia, ingin untuk memerhati kehidupan manusia, ingin memahami selok belok perniagaan, ingin mencurahkan dan mengaplikasikan ilmu "teknologi makanan", ingin merasa hasil titik penuh sendiri, ingin berdikari, ingin menikmati hidup yang berkualiti. Ternyata diriku selama ini masih bergantung harap kepada kedua orang tua yang sentiasa menyediakan tongkat saat jatuh dan bangun diriku.. Termalu sendiri. Sepanjang berada di teratak family, baru ku menyedari diri ini belum cukup ampuh untuk cubaan dunia luar, dunia pekerjaan dan dunia2 selain dari dunia yang ku miliki sekarang. Harus ku atur langkah perlahan-lahan, agar aku tidak goyah. Membina tapak yang kukuh, agar binaanku tidak mudah runtuh. Jika pembaca memiliki nasihat-nasihat yang berguna terutama tentang dunia di luar sana khabarkan padaku agar diriku senantiasa beringat... Terima kasih.

p/s: ambillah pengajaran yang berguna jika ada.. jika tiada maafkan saya kerana telah membazirkan masa anda.