Thursday, October 27, 2011

PESANAN PADA DIRIKU

assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim...

moga setiap kata yang tertulis ada nilaiannya di sisi Allah

pesanan untuk diri sendiri:

MENULISLAH DEMI ISLAM, JANGAN MENGALAH!!

Thursday, July 29, 2010

RESIPI TRIFFLE

Bismillah....

Saya sedang mencari resepi untuk pencuci mulut untuk jamuan tidak lama lagi... dan terjumpa blog yang menarik RESIPI IBU. Cuma, saya perlukan orang untuk membantu membuatnya.. Ada yang sudi tolong??? Senang sahaja nie, cuma nk kena rajin...

TRIFFLE

Bahan-bahannya

Sponge cake (potong ikut suka)
1 peket agar² (perasa ikut suka)
1 tin mixed fruit
Whipped cream
1 cawan custard
4 cawan air
2 sudu besar gula pasir

caranya

Untuk Custard

  • Campurkan tepung custard dan air.
  • Masak atas api perlahan²
  • Masukkan gula
  • Masak sehigga custard agak pekat

Untuk Agar-agar

  • Campurkan sepeket agar² dengan air yg panas.
  • Susun kek yg dah dipotong dalam mangkuk
  • renjiskan sedikit dengan air buah dalam tin
  • Tuangkan custard yang dah siap dimasak atas kek (ikut selera nak berapa banyak)
  • Bila custard dah hampir set, tuang agar² di atas custard
  • Last sekali, pancitkan whipped cream atas agar²
  • Kemudian, sumbat dalam peti sejuk.
Pencuci mulut yang saya kira menarik dan sedap kerana merangkumi puding + agar-agar + kek + buah....

Tuesday, July 27, 2010

-KESUKAAN SAYA-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ingin dikongsi kesukaan saya sekarang. Just boleh suka, sebab belum menjadi hobi... Seronok rupanya dunia perempuan ini. Dunia yang sebelum ini saya pandang sipi-sipi. Kesempatan yang ada saya cuba menjelajah dunia ini seberapa jauh yang boleh, rugi benar rasanya jika saya tidak memiliki seni kreativiti ini kerana boleh dijimatkan duit plus boleh menjana kewangan kerana jarang-jarang benar perempuan-perempuan dunia sekarang berminat dan tahu buat semua ini. Al-maklum dunia kerja memang sibuk...Selagi belum tutup mata.... kerja...kerja...kerja

Dibahagikan kepada tiga bidang utama:

1-MAKANAN
2-JAHITAN
3-PERTANIAN

MAKANAN
Ini memang dunia saya, kesukaan saya, kecintaan saya.. Haha.. Tetapi sayang saya memiliki ilmu teori tetapi masih kekurangan banyak dalam ilmu praktikal... Lauk cikai2 boleh la pejam mata masak..janji siap.. Cuma masih jauh ketinggalan terutamanya dalam pembuatan kek, roti. Itu belum masuk lagi makanan-makanan tradisonal- kuih koci, lepat pisang, tepung talam... Fail2. Hanya tahu makan... Tapi menarik untuk menjelajah resepi-resepi di dunia maya ini plus rancangan tv kerana ada gambar yang menarik sebagai menjamu mata.. Kuih2 moden pun masih tidak dapat dikuasai.. lebih tepat, saya tidak memiliki ilmu... Dunia ini saya belum terokai lagi... kerana minat saya lebih tertumpu pada dunia ke-dua ini sebab tak lama lagi raya.. Hehe.. My part in the family.

JAHITAN
Hmm, saya sudah tentu tidak reti nk potong kain untuk membuat baju. Zaman dikala muda untuk kursus kemahiran hidup, my mom yang tolong siapkan kerja kursus jahitan baju kedah... Jadi, saya memang tiada kemahiran. Sebelum ini byk juga tudung2 yang dipotong tidak menjadi, kerana memang tidak reti dan sebab memiliki emak yang pandai menjahit.. But, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menolong dia.. pasti pinggangnya sakit kalau menjahit utk kami 6 orang perempuan dirumah paling kurang 3 helai baju... Tetapi, dunia yang saya nak terokai ini bukan jahit baju... tetapi lebih kepada hiasan baju... Like-sulaman.. Menarik lantas terpegun seketika.. Cantik!!! Kalau hantar dikedai pasti mahal kn??? Maka, lebih seronok mencuba sendiri dan jimat.. Iya itu perlu...

Blog ini http://cheq-sue.com/blog/ sangat menarik kerana diajarkan juga teknik2 jahitan secara jelas untuk dicuba... Ilmu boleh didapati di mana-mana, hinggakan dihujung jari pun boleh....
Ada sulaman manik yang bermacam-macam.. Ada cara mengait.. Ruginya saya rasa jika tidak memiliki ilmu-ilmu ini.

PERTANIAN
Owh, satu dunia yang belum mahu dicuba. Lebih rela duduk didalam rumah dari berjemur diluar. Tetapi, alangkah tidak sihat kerana tidak mengeluarkan penuh...

Ayuh puan-puan kita terokai dunia yang semacam menarik ini =)

SYUKUR - TERTIPU!! - STRATEGI - TERINGIN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

SYUKUR
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Yang Memiliki Seluruh Alam ini atas rahmat dan kasih sayangnya kita masih bernafas dengan adanya Islam dan Iman.. Sungguh jika bukan ehsan dari Allah mungkin juga kita berada dalam keadaan kafir... Nauzubillah.. Jika difikirkan terlampau banyak nikmat yang Allah beri sehingga sepatutnya kita tidak mampu untuk bersedih kerana Allah tidak pernah putus-putus memujuk dan menyayangi kita.. Terasa seperti anak kecil dalam dakapan kedua orang tuanya sehinggakan seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap.. Dan kita yakin, kasih sayang Allah lebih ...lebih dan lebih dari itu. Alhamdulillah.

TERTIPU
Sedar ataupun tidak diri sudah meningkat dewasa hampir menjengah ke suku abad tidak lama lagi. Pantas sungguh masa berlari-lari meninggalkan kita yang masih terkedek-kedek akibat leka bermain dengan permainan dunia. Sungguh kita tertipu lagi!!!, dan untuk kesekian kalinya lagi... Haha... Arrghhhhhhhh.Pasti syaitan-syaitan laknatullah dan nafsu sedang ketawa berdekah-dekah.. Manusia terlalu mudah untuk diperbodohkan.. dan kita juga tidak terlepas menjadi mangsanya kecuali insan yang beriman dan bertaqwa.. Ya, diri kita ini terlalu lemah dan kerdil tiada berdaya kecuali dengan pertolongan Tuhan.

STRATEGI
4/8/2010 insyaallah akan tercatat sejarah diri ini akan bergraduasi. Suatu situasi yang dulunya pernah ku impikan memegang ijazah sarjana muda (first class) tetapi akhirnya diriku hampa... Jika mampu untuk ku ulang kepada 4tahun lalu nescaya akan ku usahakan sehabis daya.. Ternyata, menyesal sekarang tiada gunanya. Mungkin belum lagi terangkat hijab untuk ku melihat apakah hikmah disebalik percaturan Allah ini, dan yang pasti ia adalah yang terbaik buat diriku. Cuma pengajaran yang berguna untuk masa hadapan. Belajar mengikut acuan Malaysia memerlukan strategi yang terbaik untuk membolehkan kita menjawab menepati kehendak skema jawapan. Jika khatam 1 buku pun tetapi, tidak berjaya menguasai teknik memaham, mengingat dan menghafal, mengira dan sebagainya tiada guna juga kerana akan membuatkan kita terlopong di dalam dewan peperiksaan.. dan lagi jika tahap kesihatan dan fikiran kita terganggu dikala musim peperangan atas kertas ia sedikit sebanyak membantutkan usaha kita. Disamping itu, "study group" adalah formulasi terbaik untuk berjaya. Tidak dinafikan. Penting!! terutama buat orang-orang yang busy memanjang. Selebih 99% kita serahkan kepada yang berhak mengatur perjalanan hidup kita.. Tetapi, amat tidak bagus juga buat orang yang bertawakal lebih dan ciput usaha, kerana ia akan jadi sia-sia. Dan diriku sudah terkena! Haha.. Alhamdulillah syukur, sepanjang berada di Universiti tidak pernah memiliki paper yang sangkut sehingga terpaksa mengulang. Rezki dari Allah. Cuma buat pembaca yang pernah menerima nasib ini, jangan pernah putus asa. Insyaallah ini yang terbaik buat kamu. Satu muhasabah untuk kita melihat dan memperbaiki kekurangan diri kita berbanding orang yang tidak pernah gagal sebab dia tidak akan sedar siapa diri dia. =) Jika Allah kurniakan rezki sungguh teringin untuk sambung belajar, tetapi bukan saatnya sekarang.

TERINGIN
Teringin juga untuk menjengah dunia luar yang tidak pernah saya lewati, ingin untuk mengenali wajah sebenar manusia, ingin untuk memerhati kehidupan manusia, ingin memahami selok belok perniagaan, ingin mencurahkan dan mengaplikasikan ilmu "teknologi makanan", ingin merasa hasil titik penuh sendiri, ingin berdikari, ingin menikmati hidup yang berkualiti. Ternyata diriku selama ini masih bergantung harap kepada kedua orang tua yang sentiasa menyediakan tongkat saat jatuh dan bangun diriku.. Termalu sendiri. Sepanjang berada di teratak family, baru ku menyedari diri ini belum cukup ampuh untuk cubaan dunia luar, dunia pekerjaan dan dunia2 selain dari dunia yang ku miliki sekarang. Harus ku atur langkah perlahan-lahan, agar aku tidak goyah. Membina tapak yang kukuh, agar binaanku tidak mudah runtuh. Jika pembaca memiliki nasihat-nasihat yang berguna terutama tentang dunia di luar sana khabarkan padaku agar diriku senantiasa beringat... Terima kasih.

p/s: ambillah pengajaran yang berguna jika ada.. jika tiada maafkan saya kerana telah membazirkan masa anda.

Tuesday, June 15, 2010

CUKUPLAH HANYA DI SINI.....

Andai ini pengakhiran yang telah tercipta
Aku redhakan hati menghadapinya
Ya Allah, kau ubatilah hati yang lara
Ingin ku terbang merentasi samudera
Membawa diri menikmati kehidupan yang sementara

Cukup-cukuplah, aku sudah bosan dengan dunia!
Penuh dengan tipu helah dan sengketa
Aku seakan muak dengan pentas lakonan manusia
Pura-pura baik di depan kita
Belakang mengumpat + mengata!

Ya Allah, untuk hidup yang bakinya cuma beberapa
Aku mohon hidupku disibukkan dengan agama
Berikan kekuatan + kemampuan melalui semuanya
Yang ku dambakan keberkatan-Nya
Moga diperkenankan segalanya.

Wednesday, May 26, 2010

MY NEW LIFE

My new life will begin.....

Ya Allah semoga jalan yang ku pilih ini adalah yang terbaik buat diriku, agamaku, keluargaku... dan seantero dengannya.

Ya Allah aku mohon kekuatan dariMu kerana ku tahu aku amat lemah... Dunia ini dunia baru... dan cabarannya ku pasti bukan sedikit... kerana dunia bisnes sekarang penuh dengan "warna hitam".

Positifkan minda untuk apa sahaja yang akan berlaku... Insyaallah itu yang terbaik untuk kamu...

Friday, May 7, 2010

OH ALLAH, "AGAKNYA MEMANG DUNIA HAMPIR KIAMAT???" ;

1. tidak faham apa yang sedang dan akan berlaku pada dunia sekarang, MAJLIS PERTUNANGAN semacamnya MAJLIS PERKAHWINAN....??? perlukah pakai baju ala2 "pengantin", hantaran, dan lebih dahsyat dihebahkan dengan kenduri.... Hikmah pertunangan semacam di"cabul". Jika begitu, adalah lebih baik buat AKAD NIKAH terus... SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.


2. tidak faham apa yang sedang dan akan berlaku pada dunia sekarang, perlukah LELAKI DAN PEREMPUAN hatta berTUNANG sekalipun untuk BERGAMBAR JARAK DEKAT-DEKAT, BERLAGA PIPI MAHUPUN BERPELUKAN dan paling memalukan meng"upload" pada FB ini untuk disaksikan seluruh dunia bahawa "SAYA SEDANG MEMBUAT MAKSIAT". Sedarilah apa yang kamu ada HANYA untuk YANG HALAL BAGIMU.


Semoga aku dan kamu bebas dari ujian ini...

Soalan tentang kemaksiatan pernah dilontarkan kepada Syaikhul Islam ibnu Taimiyah, "Apakah maksiat itu baik bagi seorang hamba?" Beliau menjawab, "Ya, tetapi dengan syarat dia menyesali, bertaubat, beristigfar dan merasa sgt bersalah"


Ya Allah, sesungguhnya kami LEMAH TANPAMU

Saturday, May 1, 2010

SAYA SAYANG KAMU... SERIOUSLY!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mode~~ sedih, terharu, gembira, hoho semuanya ada.... Bila membaca blog sahabat2 kesayangan saya...Murni, farah, ina...

Ya, akhirnya sudah tiba masa dan saatnya kita berpisah dan membawa haluan masing2. Tidak sempat mencatatkan sesuatu setelah usrah yang terakhir, akibat membekukan otak untuk menulis di blog sendiri.

Hakikatnya; SAYA SAYANG KAMU LEBIH DARI DIRI SAYA!!

Buat mama usrah~~ kak ain akib, haha jangan marah ek kitorang said "mama"! Kenangan separuh sem lebih dari segala-galanya... Maaf terkadang terlupa time usrah sebab terlalu bertapa di dalam lab....

Buat Nurul Farah~~ kamu memang penghibur di kala duka saya... Tq sebab banyak bagi semangat terutama sekali saat saya di tahun akhir ini. Belajar2 makan nasi ya!

Buat Sri Murni~~ kamu memang kelakar!!! heheh... Yosh!! Semoga kita thabat dalam perjuangan ini... Menjawab statement kamu di blog kamu... Haha, saya suka tersengih kot....

Buat Ina~~ maaf sih, tidak mampu menjadi sahabat buat kamu... Teringat lagi saat di tahun 1, selalu bertapa bersama2.. Termasuklah murni n shaq... Saat kt dengan kak hanim n kak nor... Baju yang sama... heheh.. tapi kain itu mak saya buat baju untuk adik bongsu saya....

Buat Siti Nor Jannah~~ Selamat menjadi cikgu!! kui222, saya sayang kamu.. Tq, saat saya bersedih kamu bawa ke tepi pantai... ( padang kota ).. Merempit dengan kamu best!!!

Buat Cik Rohana~~ peneman saya di RB... hehe, jangan sedih keseorang bila kami tiada... Jaga adik2 baik2 ya...

Buat Kak Zie~~ hoho... smile2 always...

Buat Masyi~~ alhamdulillah akhir2 ini Allah temukan kita

Buat Cik Shaq~~ tq bilik kamu.... Ada masa saya lepak lagi.... Jaga mak kamu baik2!

Buat Kak Azhani n Eddayu~~ sem last saya kamu tiada di sisi, huhu sedih jika tidak pasti bilik kamu juga jadi tepat saya melepaskan lelah... Rindu sama kamu...... SERIOUSLY

Buat sahabat2 saya yang jauh di mata tetapi dekat di hati

Buat Aminah~~ bila lagi dapat ketemu kamu...

Buat Anisah~~ rindu nisah

Buat Wana~~ cepat2 la belajar bawak motor. Boleh rempit skali Pulau n Seberang tu xjauh pun.

Buat cik Farah~~ semoga berbahagia di Kelantan.... huhu nak jalan-jalan dengan kamu...

Saya pasti segala kenangan di bumi Minden ini selama 4 tahun dengan kamu akan ku abadikan disuatu sudut paling istimewa di dalam hati.

Maaf andai diri ini tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik buat kamu semua..... Sedih!! Andai waktu mampu ku ulang, pasti akan ku laksanakan amanah sebaik mungkin

Kamu sebahagian dalam hidup saya....

Semoga ukhwah ini hingga ke syurga... Semoga kita terus istiqamah. Ameen...

p/s: saya akan stay di Penang saja buat masa sekarang... Bekerjaya dalam dunia Industri Makanan.. Huhu... Masuk kilang... Nampaknya jubah dan baju kurung saya akan jadi part-time sahaja.. Doakan saya kuat!!! Menyediakan makanan halal untuk umat lagi important berbanding baju kurung dan jubah... Yang penting tutup aurat........

Sekali lagi ingin dinyatakan

SAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH
sAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH
SAYA SAYANG KAMU KERANA ALLAH

Andai ditakdirkan diriku pergi dulu maafkan aku!!

Tidak dilupakan sahabat2 muslimin sebatch saya, membesar bersama2, semoga kamu semua semakin matang dalam menempuh kehidupan... Minta maaf banyak2 pada yang pernah jadi patner saya dalam gerak kerja... Terlebih membebel ka?

Moga-moga kita mampu gegarkan Malaysia... Masa kt pula bekerja untuk PRU ke-13..

Tuesday, April 20, 2010

SAAT INI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sungguh terlalu lama tidak menulis, sibuk menulis untuk thesis, muktamar dan bermacam-macam lagi. Sungguh pantas masa ini berputar-putar dan meninggalkan diriku terus ke belakang. (semacam alasan yang kurang boleh diterimakn??)

Selama 4 tahun di Universiti terlampau banyak pengalaman dan pedoman yang dikutip untuk bekalan masa hadapan. Bermula dari sekolah menengah lagi cita-citaku melanjutkan pelajaran di USM alasan paling kuat sebab dekat dengan rumah... Ternyata Allah kabulkan permintaan yang satu ini. Hasrat besarku, ingin menamatkan pengajian dengan memperoleh 1st class degree sekalipun gagal aku tetap bersyukur kerana Allah hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna; Aku mula mengenal hakikat kehidupan sebenar... Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan Alhamdulillah.

Sungguh cabaran dunia sebenar semakin lama semakin mendekati diriku sekalipun ada juga cobaan ingin melarikan diri... Hakikat yang pasti aku perlu tempuh semua itu. Beban dibahu tidak juga pernah berkurang sekalipun amanah yang lalu telah aku lepaskan, Allah telah menghadirkan lagi amanah yang semakin besar. Ya Allah, kuatkanlah aku.....

Ternyata dalam medan ini tidak pernah ada masa untuk beristerehat, amanah datang silih berganti... pagi..petang..siang dan malam... Oleh itu, sila jangan bertangguh wahai diri... (Sila sedar diri). Apa yang aku dapati kini, perlu betul2 bersedia sebelum melangkah keluar.. counting day by days....

Aku pasti akan terus merindui segala kenangan yang tercipta di sini.... Pada sahabat2, adik2, kakak2, teman2 sekuliah, lecturer... Dan aku mula menyedari aku harus mencari medium baru untuk percambahan diri... Sudah tiba masa dan ketikanya aku perlu pergi sedikit jauh dari USM yang tercinta tetapi bukanlah bermakna aku akan terus meninggalkan. Suatu ketika nanti, aku akan pulang.. Insyaallah

Sebelum ku tinggalkan kampus ini, gelaran mahasiswi ini... dan apa2 lg... ternyata aku belum lagi
1) menghabiskan lesen motor
2) mengambil kursus kahwin
3) membuat pembetulan thesis
4) hoho... 3 paper lagi menungguh nih...

Sila-silalah membaca buku!!

Saturday, January 30, 2010

MUHASABAH PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus telah berakhir dengan tenang. Keputusan yang diterima dengan hati yang terbuka di kedua-dua belah pihak. Mungkin di Kem Aspirasi melonjak kegembiraan kerana menguasai hampir keseluruhan kerusi. Mungkin juga ada yang berpendapat Kem Mahasiswa bersedih atau berduka dengan kekalahan. Tetapi apa yang dapat disimpulkan "Alhamdulillah, keputusan itu adalah yang terbaik dari Allah untuk kami, untuk agama kami".

Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas percaturan ini, sungguh ketenangan yang nyata sewaktu mendengar keputusan. Allah tidak menangkan kita secara zahir tetapi itu sudah cukup bagi kita. Dan sememangnya penyertaan kali ini bukan disasarkan untuk mencapai kemenangan tetapi lebih kepada membuka kesedaran masyarakat kampus terutamanya agar cakna dengan persekitaran. Sudah mampu membeza antara haq dan bathil. .

Alhamdulillah

Buat adikku yang menang, tabahkanlah hatimu... tegakkanlah kebenaran tumpaskanlah kemungkaran. Letakkanlah Allah dan Rasul dihadapan setiap tindakanmu. Insyaallah kau xpernah akan berseorangan.

Buat adikku yang tewas tipis, yakinlah ramai yang menyokong kita dibelakang. Jangan di sia-siakan. Allah telah menyelamatkan antum dari memikul amanah sebagai MPP. Tetapi, insyaallah amanah yang lain menanti. Persiapkanlah dirimu menempuh satu zaman kebangkitan. Kita hanya akan mulia dengan Islam.

Buat semua penggerak yang telah bertungkus lumus, alhamdulillah semoga usaha kita yang sedikit itu Allah menilai.

Analisa peribadi Pilihan Raya Kampus

= Masih ramai warga kampus yang tidak mengetahui kewujudan pilihan raya kampus. Maka perlu dipromosikan lebih awal dan ditingkatkan kesedaran warga kampus tentang kepentingan memilih pemimpin yang terbaik.

= Rapat umum perlu kembali diadakan di desasiswa, kerana tidak semua warga kampus sudi untuk mencemar duli di padang kawad. Rapat umum merupakan salah satu cara warga kampus mampu membuat penilaian.

= Poster calon beramai-ramai perlu dihentikan kerana kekerapan sabotaj tinggi. Dan sebenarnya kita dapat menilai usaha calon itu dengan banyaknya poster beliau.

= Warga kampus perlu diberikan kesedaran tentang demokrasi kampus walaupun USM ini Universiti yang memperjuangkan kelestarian.

= Tempoh berkempen perlu dipanjangkan agar, calon mempunyai masa yang cukup untuk mempromosikan diri serta warga kampus dapat mengenal dengan lebih dekat pemimpin-pemimpin mereka.

= Penyokong kedua-dua kumpulan perlulah diasingkan agar tidak berlaku lagi sebarang kejadian yang tidak diingini.

Perjuangan untuk sidang kali ini adalah mendapatkan pilihan raya kampus yang telus dan adil telah berjaya. Sesi pengiraan undi sangat menyakinkan kita.

Alhamdulillah....

Perjuangan ini tidak akan terhenti di sini. Nantikanlah kebangkitan Islam....

p/s : terima kasih kerana memberikan pengalaman yang cukup manis buat diriku sepanjang 4tahun berada di Bumi Minden....