Tuesday, December 30, 2008

KEMBARA JEPUN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pengembaraan ke negara matahari terbit demi melengkapkan misi GLOBAL LEADERSHIP PROGRAM II satu kenangan yang cukup indah untuk dikongsi bersama. Dulu waktu di MRSM Pendang, memang dah memasang angan-angan untuk mengambil degree di oversea dalam bidang Doktor Sakit Puan target country United Kingdom akibat terpengaruh dengan sebuah novel yang dibaca. Tetapi perancangan ALLAH itu yang terbaik, hamba DIA ini sememangnya tak mampu nak jadi seorang doktor… Terima kasih ya ALLAH kerana memberikan bidang Teknologi Makanan yang lebih serasi dengan jiwaku…

Itu cerita dulu, kini peluang ke luar negara sudah tersedia di depan mata. Maka, untuk apa dilepaskan lagi. Mungkin ALLAH hendak memberi dan mendidik sesuatu untuk diriku bukan untuk orang lain.. Ya hambaMu ini menjadi insan yang terpilih untuk terima tarbiyyah di negara orang. Ku cuba ikhlaskan hati terbang ke Jepun walaupun dalam jiwa ada perasaan sedikit berserabut. Sebab itu kawan-kawan, saya lebih suka diamkan diri waktu disana saat anda semua suka bergurau senda.. Maaf ya!!!

Sebelum ke sana, kami dengan kekuatan 18orang mahasiswa diberikan amanah untuk menyiapkan sebuah presentation berkenaan SUSTAINABILITY DEVELOPMENT from student perspectives untuk dibentangkan di setiap University Tour. Isi kandungan lebih kepada program-program yang telah dilaksanakan sebagai contoh kempen “White Coffin”, “No plastic” dan “Tapau-Mania” yang dijalankan di USM. Dan juga program-program MPP yang menerapkan elemen-elemen pembangunan lestari seperti NRIC, CONVEX 08 dan MINGGU PENDIDIKAN BAGI PEMBANGUNAN LESTARI. Selain itu juga, kita cuba membawa ke sana budaya SUKARELAWAN terutama dalam tragedy bencana alam, kita cuba kenalkan pada mereka program BAKTISISWA supaya mahasiswa disana tahu apa yang mahasiswa Malaysia mampu buat.

The journey start from 3.00pm of 12 December 2008 berkumpul dan bertolak ke lapangan terbang Pulau Pinang. Flight banyak transit disebabkan menggunakan khidmat Thai Airways yang lebih murah kosnya. Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur memakan masa 55minit sahaja kemudian ke Bangkok, Thailand lebih kurang 1jam 45minit dan akhirnya sampai ke Narita,Jepun selama hampir 6-7jam dalam kapal terbang. The too long Journey. Ini pengalaman pertama waktu dah besar naik kapal terbang, dulu kecik-kecik naik flight dari Sarawak ke Semenanjung ja.. Kalau tak dak gambar pastinya dah tak ingat peristiwa tue. From my imagination, ingatkan best naik kapal terbang… rupa-rupanya sama ja dengan naik bus. Cuma kita di udara, tekanan yang tinggi bisa menyakitkan telinga. Alhamdulillah ALLAH memberi peluang itu. Saat ”take-off” dan ”landing” tak mampu nak pandang ke luar. Pening!!!

Sampai di Jepun lebih kurang pukul 0730pg waktu di sana, sekarang musim winter. Sejuk! Suhu lebih kurang 110C. Sementara menanti bas yang akan membawa ke hotel, masing-masing mencari toilet dahulu. Dr dah cakap toilet kat sini tak dak air. So, semua excited nak explore….

Nak masuk toilet pun kena tengok dulu. Test dulu, macam mana nak guna.. tekan-tekan, picit-picit punat yang disediakan. Siap ada volume lagi.. Haha.. Memang dahsyat kecanggihan toilet. Tapi, nak diungkapkan bersihnya!!!

Tue pasal toilet, sekarang nak basuh tangan plak... Letak sahaja bawah pili, sensor akan detect tangan kita dan keluarkan air. Begitu juga untuk sabun. Letak ja tangan kat bawah tu. Jimat tenaga. Tapi, orang jepun xder laa gemuk walaupun banyak guna mesin sebagai alat bantuan.

Mungkin disebabkan budaya diorang yang jalan laju untuk tidak membuang masa. Tenaga banyak dialirkan ke situ. Kemudahan public transportation sangat lengkap di Jepun. For the whole country, lengkap. Di sana ada 32jenis train.Nak p mana-mana senang dan masa ketibaan train sangat tepat. Lambat sikit, tinggal. Sebab tu mereka sangat menepati masa. Berbeza dengan budaya di Malaysia, yang terkenal ”janji Melayu”... Biasalah kalau meeting start pukul 9, kadang-kadang pukul 9 baru nak gerak dari rumah. Ingatkan diri juga... Time to changes for better future.

Keluar dari airport naik bus… Lagi satu nak bagitau kat sana kena pakai seat belt dalam bus. Bagus betul diorg punya safety prevention. Kat sana susah nak jumpa sampah. Dr bagitau gaji tukang sapu sampah antara gaji yang mahal juga, 1jam 1000yen bersamaan RM40. Keadaan disana, orang yang kerja bawahan nie punya gaji yang tinggi sebab itu mereka sangat mencintai kerja mereka dan sangat bersungguh-sungguh.

Sepanjang perjalanan ke hotel, boleh dilihat lori-lori di Jepun nie sangat bersih sampai berkilat!! Dahsyatkan??? Tapi, itulah kenyataan... Sangat berbeza dengan Malaysia... Mungkin pimpinan negara lepas nie boleh fikirkan macam mana caranya nak jadikan Malaysia nie bersih, solid waste kurang, environment nyaman dan sebagainya.

Jepun baru sahaja lepas mengalami musim luruh, maka masih boleh dilihat daun-daun kekuningan dan banyak naked trees. Mesti keadaan tue sangat cantik. Subhanallah... Negara yang punya empat musim dan negara yang punya dua musim(hujan dan panas) mesti sangat berbeza. Keadaan environment akan sangat mempengaruhi teknik penjagaan alam ini.

Dah terlalu panjang..nantikan siri berikutnya...
Sori xdapat nak letakkan picture...

Saturday, December 27, 2008

AKU PERLUKAN CINTAMU

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi

Friday, December 26, 2008

LAPORAN LATIHAN PERINDUSTRIAN TEKNOLOGI MAKANAN

HARI : 26 DECEMBER 2008

For this morning, my father hantar pergi keje sebab xbrani nak bawa motor tanpa spek... (spek hilang di Jepun, dan balik Malaysia pun terus p jalan-jalan lagi maka, masih belum ada kesempatan). Waktu tiba dah 7.57pagi.. Terus naik atas pejabat..But, masih gelap. Orang tak datang lagi.. Pelik juga...tapi x apalah. Kat bawah dah ada pekerja... Dan tanpa membuang masa beramah mesra dengan mereka.

Pekerja-pekerja yang berada di sini dari operator, kerani, ketua setiap bahagian dan macam-macam lagi. Sempat jumpa dengan bos no 2 sahaja, Encik Rahim… Bos sebenar belum masuk lagi. Diorg semua baik-baik. Dan yang paling best, semua adalah muslim. Bukan bermaksud aku gemar mendiskriminasikan golongan bukan muslim. Tetapi, yang lebih penting untuk dinyatakan ialah aku sangat konfiden makanan yang dibuat halal dari tangan orang ISLAM!!!

Alhamdulillah….

Sebab bos xsampai lagi akak2 kat sini bagi laa diriku membuat kerja-kerja kerani.. Rasa macam kelakar sebab bukan bidang aku. Tapi aku buat sahajalah lagipun diorg mintak tolong… sedekahkan sedikit tenaga… Aku mula tulis nama setiap pekerja dekat punch card pastu siap salin data-data pembekal.. Hmm..banyak juga.. Pembekal tepung, ayam, daging, rempah ratus dan macam-macam lagi… Bestnya berniaga.. Xsabar rasanya nak ada kilang sendiri..produk sendiri… Dah mula berangan-angan la… But, kna kumpul duit banyak-banyak. Tapi yang pentingnya berniaga ikot sunnah nabi dan lagi2 penting kita kna jadi pembekal makanan halal.

Aku diberi sebuah meja.. Ada computer, sebab tu boleh menulis. Kalau x jangan harap. Ada wireless, but aku xreti linkkan. Segan nak Tanya.. Hehe…( sebenarnya ada problem skit, xdak orang mai repair lagi). Dah boleh menulis nie lebih daripada cukup. Sempat juga aku masuk bahagian production kat bawah.. Bersihnya!!! That’s are the first impression… Ada 2 bahagian. Production A dan Production B. Bahagian A untuk buat produk-produk roti. Hari ini ada dua jenis roti, roti canai dengan roti capati. Menurut Kak Yati- ketua bahagian production diorg(pekerja2) dah memang mahir..Setiap pekerja harus buat 1 guni produk sehari.. Hmmm, banyak tu. Kalau aku hehe pasti xmampu. Pagi aku masuk diorg dah mula adunkan tepung dengan planta, telur… Nampak macam senang..but aku perhatikan ja. Tolong sikit2 yang mana ptot.

Di bahagian A ramai pekerja muda-muda lagi. Di bahagian B pula banyak makcik2 sebab bahagian B lebih kepada bahan basah. Di bahagian ini buat inti untuk roti kebab. Hari ni buat 3 jenis ini 1-rempah ratus digaul dengan daging mentah 2-rempah ratus digaul dengan ayam mentah 3-sambal sardine… Hmmm, aku dapat tengok mesin kisar, blander yang agak besar berbanding dekat lab TI. Tapi, satu masalahnya ialah packaging masih lagi secara manual….

Kilang nie masih ditahap IKS… so, need time to become a stronger company…

Dalam pukul 11pagi, baru bos masuk… Huhu.. Dia jumpa aku dan kak yati.. Dia Tanya…kalau aku di hantar ke restoren nak tak?? Hehe..mesti la nak!!! Aku pun dapat rasa bosan kalau aku duduk tanpa membuat apa-apa(boleh buat apa-apa contohnya tolong operator-operator tapi kalau hari2 benda sama…jenuh. Latihan Industri ini untuk belajar sebanyak mungkin. Sebenarnya kilang ini join venture dengan E & W. Aku pun kurang tahu apa sebenarnya…. Produk-produk syarikat ini ada juga yang dieksport. Tapi, kuantiti masih sedikit. Dan yang pastinya produk kilang nie boleh didapati di seluruh rangkaian R & R lebuh raya utara selatan sampai ke Tapah… Syarikat ni nama AZLA. Haha…jangan lupa p rasa!!! Kemungkinan besar after this aku juga tidak terlepas dari rotate setiap cawangan kilang nie...

1st day my work, aku diberi task R&D. Masya-ALLAH rasa macam xlayak ja. Kna buat research untuk rendang daging untuk masukkan dalam roti pita. Hmm, agak mencabar.. untuk kekalkan rasa rendang dalam masa yang sama cuba untuk masukkan bahan yang lain juga. Now, I am start thinking what to do?? Macam kna tanya lecturer ja… Dr. tolong saya…

For the whole day, alhamdulillah banyak benda baru yang aku belajar. Dan aku mula merasai susah juga untuk buat semua kerja nie. Hari pertama biasa-biasa lagi. Lepas-lepas nie belum pasti aku akan dapat balik pukul 5petang lagi... Aku akan selalu bersama Kak Yati... Dia dah bagitau kadang-kadang pukul 8malam baru boleh balik... Jeng-jeng... Aku mula berfikir, apakah keadaan aku jika bekerja begini after grad... after ada keluarga... Hmm, senang lagi kalau belajar ja...

Hari nie sengaja aku pakai baju kurung dengan tudung labuh... Soalan yang bos tanya after berjumpa, awak boleh pakai seluar ke x?... Aku senyum ja… Memang keadaan kilang agak kurang sesuai untukku pakaian yang berkain nie.. Perlu masuk dalam freeze,perlu masuk kat tempat pemprosesan...aktiviti agak lasak.. Apa-apa pun yang penting harus menutup aurat... Ku kira cabaran makin mencabar... Ya ALLAH bantulah hambaMU...

Wednesday, December 24, 2008

SEKADAR CORETAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terlalu banyak benda yang harus disettlekan dalam jangka waktu terdekat... Masih belum mampu untuk updatekan berita dari Jepun... kertas keje pun masih terbengkalai. The too long journey for this semester break. KL-JEPUN-TERENGGANU. Amanah semakin berat. But, hidup mesti diteruskan. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada di bawah. Dan selagi nyawa masih dikandung badan jangan pernah putus asa dari rahmat ALLAH....

Lusa akan start "kerja". Debaran makin terasa. New friends, 1st boss, new environment, new experience.... Semoga ALLAH mudahkan semuanya...

Wednesday, December 10, 2008

MAAF

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Insya-allah 12-19december ini saya pergi mengembara sebentar di negara matahari terbit. Maka, maafkan diri ini andai pernah menyinggung perasaan atau apa2 sahaja kesalahan yang dilakukan sama ada sedar ataupun tidak sedar. Sesungguhnya, saya manusia biasa!!! Doakan saya selamat pergi dan kembali.. Andai kata ini coretanku yang terakhir, maaf sekali lagi....

Monday, December 8, 2008

ERTI KORBAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Salam aidiladha buat semua"... Ataupun lebih senang jika kita ucapkan "Selamat Hari Raya Korban". Tetapi, Hari Raya Aidiladha ini sambutannya berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri.. Mungkin di negeri Pantai Timur sambutannya lebih meriah berbanding dengan Pantai Barat.. Walau apa-apa pun semoga kita dapat menghayati erti sebenar sebuah "pengorbanan". Masing-masing pasti ada tafsiran sendiri tentang apa itu "pengorbanan".

Saya pasti sudah banyak di blog sahabat-sahabat ada menceritakan bagaimana kisahnya terjadi peristiwa hari bersejarah ini. Maka saya sama sekali tidak akan menyentuh bab tersebut. Tetapi, saya lebih tersentuh dengan "korban nyawa" yang berlaku dalam negara Malaysia akhir-akhir ini. Ini mungkin adalah peringatan buat kita manusia biasa yang sering lupa...

KISAH 1: KEJADIAN TANAH RUNTUH




Kematian itu sesuatu yang pasti!! Setiap yang hidup pasti akan mati... Cuma yang kita tidak tahu ialah bila waktunya ajal akan menjemput kita.. Selagi ada hayat dikandung badan sama-samalah meningkatkan amal ibadat agar makin dekat dengan Sang Khalik Yang Agung.

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).[29.57]

Kejadian tanah runtuh di Malaysia kerap berlaku dikawasan berbukit. Dan hasil analisis rambang hamba yang dhaif ini, kebanyakkan penduduk di kawasan terbabit adalah ORANG KAYA... Kejadian yang berlaku baru-baru ini semuanya membabitkan RUMAH BANGLO. Pendapat saya, mungkin ALLAH TAALA ingin memberitahu sesuatu pada manusia-manusia ini selalulah mengingati ALLAH, beramal kerana ALLAH, bukan sahaja sibuk mengejar dunia. Dunia ini hanya senda gurau sahaja. Tidak lebih. Sedangkan hakikatnya, negeri akhirat adalah negeri yang abadi dan hakiki.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). [29.64]

Selama ini kita sibuk mencari dan mengejar harta benda dunia, tetapi kita lupa ada golongan yang memerlukan bantuan kita. Kita lupa hendak bersedekah. Mungkin kita memberi sedekah tetapi dihati penuh dengan perasaan riak. Mungkin kita sibuk mendapatkan tender sana-sini untuk keuntungan syarikat, mencantas orang di sana-sini, menyogok "habuan" pada orang-orang tertentu tetapi kita lupa hati dan perasaan orang yang dizalimi itu. Mungkin dalam kesibukan kita mengumpul kekayaan kita lupa mengeluarkan wang zakat yang menjadi kewajipan. Segala-galanya mungkin kerana kita manusia biasa dan harus senantiasa diperingatkan.

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. [22.77-22.78]

Pada pendapatku, bumi kita ini sudah terlalu tua. Sudah tak larat nak menampung kehidupan manusia yang senantiasa ingin merosakannya. Pencemaran sudah tidak dapat dibendung lagi. udara yang kita gunakan untuk pernafasan hari-hari juga semakin dinodai. Air paip dirumah kita boleh dilihat penuh dengan kelodak. Sejauh mana kecanggihan teknologi pun, kita dah tidak mampu untuk mengatasi semua ini. Akibatnya, manusia sendiri yang akan menanggung atas segala tindakannya. ALLAH dah sebut semua itu dalam AL-QURAN tetapi kita tak nak dengar baik-baik. DEGILLLLLLL...

KISAH 2: BAS TERBALIK

Pagi tadi, saat membelek akhbar harian... Hatiku tersentuh lagi!! Kali ini sebuah bas terbalik dan mengorbankan 10 nyawa..dan 18 lagi cedera. Ya ALLAH, begitu banyaknya kecelakaan menimpa.. bertubi-tubi. ALLAH seolah-olah memberi amaran keras pada manusia.. tetapi, kita masih sambil lewa..



KISAH 3: KORBAN NYAWA DI PALESTIN TIDAK PERNAH BERHENTI???? KITA BAHAGIA DI SINI??
Saya kira buku ini umpama hadiah yang ALLAH berikan untuk menyedarkan diri ini.. supaya tahu erti syukur. Buku yang membuka mindaku satu persatu tentang PALESTIN. Sebelum ini saya bukan tidak kisah tetapi mungkin kurangnya sensitiviti... Terlalu banyak penderitaan yang terjadi terhadap mereka.. Belum pun separuh ku habiskan buku ini.. sesak nafas memikirkan sengsaranya hidup mereka hidup dalam pelarian di tanah air sendiri.. Sedangkan kita bahagia...mewah tanpa sengsara... Alangkah tidak adilnya???
Di sana setiap hari memikirkan tentang kematian... Anak muda di Malaysia buka mata sahaja terbentang luas jalan buatnya memilih masa depan.. tetapi di sana mereka kecil-kecil lagi dah disediakan jalan peperangan.. tiada pilihan dan mereka harus tempuh... Seluruh umat manusia hanya memandang sebelah mata... Sedangkan musuh-musuh ISLAM terus menindas mereka... "Wahai saudaraku, maafkan hamba yang lemah ini"
Di palestin pasti ada nyawa yang terkorban setiap hari... hidup mereka tidak pernah sunyi dengan bunyi bom, tembakan rambang, dentuman bangunan yang dirobohkan... Semuanya telah lali.. "Ya ALLAH kau kuatkanlah saudara-saudara ku disana. Mereka terlalu rindukan kedamaian dan ketenangan"

Terlalu hebat pengorbanan yang mereka lakukan.. Semoga mereka senantiasa dalam redha ILAHI...

Terima kasih pada pemberi buku.. Impian Palestin ini banyak mendidikku...

Pada yang belum membaca, bacalah...




Mungkin kita sebagai manusia yang telah diberi hidayah oleh ALLAH perlu sedar hakikat yang kita ini punya banyak lagi tanggungjawab menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kemungkaran. Kita tiada masa untuk berpangku tangan. ALLAH dah janjikan sesuatu yang pasti buat kita. Balasannya ialah syurga ALLAH. Jangan ada ragu-ragu dihati. Sama-sama persiapkan diri dengan segala yang diperlukan. Tingkatkan diri dengan segala bentuk ilmu dan amal yang mendekatkan diri pada CINTA-NYA.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya, Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka; (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.[44.51-44.57]

Sedangkan orang yang tidak mengakui ALLAH dan RASUL-NYA dan ingkar terhadap perintah ALLAH, azab siksa yang amat pedih pasti tidak akan terlepas walaupun dia menyorok ke lubang cacing...

(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka."Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak". (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)" (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!" [44.43-44.50]

Membaca dan menghayati makna-makna firman ALLAH sudah cukup membuatkan hati kita bergetar.. Siksanya azab yang menanti.. Maka, jangan sesekali menyekutukan ALLAH!!!

Semoga semua orang dapat menghayati erti sebenar pengorbanan... Jangan takut korbankan segala yang ada di jalan ALLAH!!!
ALLAHUAKHBAR!!!!

Wednesday, December 3, 2008

SENTUHAN KASIH

Di medan ini kita bertemu mesra
Mengalun langkah maju bersama-sama
Meniti jalan yang penuh dengan luka
Mengajar kita erti derita.....

Di medan ini kita sering teruji
Allah dan Rasul penyejuk hati
Al-Quran dijadikan penunjuk hakiki
Sunnah sebagai panduan diri...

Perjalanan ini tak pernah sunyi
Sarat dengan mehnah serta tribulasi
Sebagai rintangan seorang daie
Mendidik diri takutkan Ilahi

Bersyukurku pada yang ESA
Kerna dikurniakan sahabat sejati
Pembakar semangat dikala sepi
Bangkit meneruskan
perjuangan yang tiada henti....

Andai ditakdirkan ku tiada lagi
teruskan sahabat tabahkan hati
semoga kita bertemu
di taman firdausi....
merasai kebahagiaan yang sejati

Ku coretkan lukisan hati ini
Agar kau mengerti segala isi hati
Sayangku padamu semata-mata kerna Ilahi
semoga ukhwah yang terbina kekal abadi......

Buat saudara seislam yang dikasihi, andai diriku pergi dahulu tinggalkanmu.. maafkan segala salah dan silapku.. halalkan segala makan minumku, jangan kau simpan bicara yang bisa mengguris hatimu, abadikan saja kenangan kita di kotak memorimu.

Teruskan perjalanan dalam jalan juang ini, jangan pernah berhenti berharap. Yakinlah dengan janji ALLAH, jangan sesekali kau ragu...

Doakan aku senantiasa dalam redha yang ESA..

KEMATIAN ITU SESUATU YANG PASTI

Monday, December 1, 2008

HARI KEBANGSAAN TANPA KONSERT!!

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu sambutan Hari Kebangsaan tahun depan tidak membabitkan penganjuran konsert kerana tidak mahu mencemarkan kemuliaan Ramadan.

Katanya, konsert menyebabkan gejala negatif terutama di kalangan remaja yang sudah tentu mencemar kemuliaan Ramadan.

"Lebih baik jika kegiatan berkenaan, khususnya konsert besar-besaran di tempat terbuka tidak dianjurkan pada Ramadan atau tidak dianjurkan terus kerana kegiatan itu menyebabkan gejala negatif.

"Kita mahu penganjur menitikberatkan soal kemuliaan Ramadan dengan menganjurkan aktiviti sesuai.

"Kita juga mewujudkan jawatan kuasa induk di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk rujukan dan panduan kepada pihak yang mahu menganjurkan aktiviti kemerdekaan supaya tidak tersasar dan menjejaskan Ramadan," katanya.

Katanya, kerajaan juga membenarkan sambutan diadakan lebih awal atau lewat atas nama hari kemerdekaan bagi mengelak menjejaskan ibadat puasa, selain kemuliaan bulan itu.

"Tidak semestinya pada 31 Ogos tetapi boleh diadakan pada tarikh lain sebelum atau selepas Ramadan dan ini cara sesuai menghormati bulan puasa.

"Kita juga mencadangkan aktiviti sambutan kemerdekaan dianjurkan pada waktu malam," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berhubung aktiviti sambutan kemerdekaan negara.

"Perbincangan ini akan diadakan dari semasa ke semasa atas komitmen untuk memelihara kemuliaan bulan suci Islam itu," katanya.

Komen dari insan biasa:
Alhamdulillah, jika perkara ini disedari lebih awal alangkah beruntungnya kita bebas dari dosa-dosa yang bertimbun antaranya pembaziran wang rakyat untuk siapkan kereta berhias, custom untuk penari-penari, baju untuk pelajar-pelajar berkawad, belum lagi alatan-alatan yang diperlukan untuk persembahan. Tidak termasuk bayaran penyanyi undangan(kalau menggunakan khidmat penyanyi popular tentu lagi mahal). Pembaziran masa untuk berlatih dan melihat konsert sedangkan hakikatnya lebih banyak perkara yang perlu diuruskan. As-syahid Imam Hassan Al-Banna kan dah cakap "kewajipan kita melebihi masa yang ada". Kalau kita fikirkan umur kita dah semakin singkat adalah lebih elok kalau kita terus banyakkan mencari ilmu dan beramal selagi nyawa dikandung badan. Dan yang pasti memang KONSERT itu melalaikan dan punca maksiat. Kalau ditakdirkan mati disitu belum pasti ALLAH terima atau tidak. Ampunkan Ya ALLAH seluruh anggota badan yang mengkhianati janji denganMU.

Memang sudah terang lagi bersuluh, konsert merupakan antara penyebab kejatuhan akhlak dan moral remaja sekarang. Tindakan tradisi memeriahkan HARI KEBANGSAAN dengan konsert menampakkan ketidak intelektualnya manusia abad ini.. Sedangkan dicanang di sana sini yang kita berada di era moden,era teknologi seharusnya pemikiran lebih-lebih kehadapan. Mungkin terlalu terpengaruh dengan budaya barat dan mengagongkan penjajah kita terus jadi begini. Wahai manusia, sedarlah. Islam dah ajar cara yang terbaik. HARI KEMERDEKAAN tue wajar kita sambut dengan penuh rasa kesyukuran hanya pada ALLAH.. pada ALLAH.. Dan dengan rasa syukur itu diharapkan akan mendekatkan diri kita lebih pada ALLAH. Seterusnya bila pergantungan hanya pada ALLAH, hati kita lebih tenang dan senang, maka produktiviti pekerjaan akan meningkat dan pencapaian lebih memberansangkan. Negara akan maju dengan penuhnya manusia yang tinggi keimanan dan ketaqwaan pada ALLAH.. (teringin nak lihat, insya-allah akan terjadi suatu hari nanti)

Seharusnya semua manusia yang bergelar muslim sedar KONSERT YANG MELALAIKAN MEMANG HARAM tidak perlu tunggu bulan RAMADHAN baru nak minta tidak adakan KONSERT untuk menghormati bulan suci. Tapi, di sini saya amat berbesar hati dengan adanya tindakan tersebut.

Semoga ISLAM akan terus tertegak. Dan ISLAM hanya akan tertegak atas keruntuhan KEJAHILAN...