Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Detik-detik waktu
Terlalu pantas berlalu
Sedar ataupun tidak
Usia kita semakin bertambah
Dan kematian semakin menjengah
Dulu kita masih kanak-kanak
Sekarang sudah dewasa
Mula hendak meninggalkan alam kampus
Memasuki alam kerjaya
Fuhhhhhhhhh...
Bermakna bebanan semakin memberat di kepala!!!
Alangkah seronoknya
Jika dapat kembali ke zaman muda
Bermain dan terus bermain
Dengan gembira....
Yahoooooooooooo!!!
Tanpa memikirkan apa-apa....
Tapi,
Diri ini harus sedar
Ini sunnah alam
Sudah tiba giliran generasi kalian
Jangan lari, jangan gusar
Allah ada bersama mengharungi ujian...
Ya, diri harus kuat!!!
Diri harus laju melangkah ke hadapan
Perlu untuk menoleh sesekali ke belakang
Merenung kesilapan silam
Dan pastikan tiada yang tercicir dalam perjuangan
Kerana itu pentingnya sebuah persahabatan
Wahai diri yang senantiasa lemah,
Wahai diri yang senantiasa dikuasai nafsu,
Wahai diri yang senantiasa hina,
Wahai diri yang cepat benar mengalah,
Wahai diri sedarlah,
Masa mudamu umpama "lombongan emas"
Galilah sebanyak mungkin
Jadikan dirimu bermanfaat untuk orang lain..
Ya Allah, ikatlah hati-hati ini dengan cinta dan kasihMU
Ya Allah, dekatkan hati-hati ini dengan jalan perjuanganMU
Ya Allah, kami impikan syahid membela agamaMU
Ya Allah, kami impikan kemenangan agamaMU
Ya Allah, satukan hati-hati kami mencari redhaMU
Istiqamahkan kami mencari rahmat dan redhaMU..
ujian Allah sntiasa hadir brsama RahmatNya..harga syurga bukannya murah..tabahkan hati,kuatkan kesabaran ya sahabtku...semoga Allah mrerahmati dirimu sntiasa..rindu zati...uhibbuki fillah...:)
ReplyDeletesalam..kak zati,terasa pedih bila ana baca post nie...melihat kpd diri yang semakin hari semakin hanyut dengan kehidupan dunia yg penuh mehnah...ana takut ana meninggalkan jalan da'wah nie...mohon memberi peringatan dan sedikit nasihat kp ana..
ReplyDeletesalam... siapalah akak nak bg peringatan sebab diri ini juga lemah.... tp akak jg suka berpegang "sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat". Adik yang baik, fikir n renunglah apa matlamat akhirmu... Ciptalah jalan mencapainya. Bg akak,kehidupan dunia itu memang allah dah kata hanyalah permainan n senda gurau... Apa yg penting redha ALLah... Semoga Allah senantiasa merahmati kita...
ReplyDeleteSemoga istiqamah
Usaha,doa n tawakal