Tuesday, January 6, 2009

PRO-MAHASISWA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Derap-derap kebangkitan suara mahasiswa semakin ketara terutama di Bumi Minden, Universiti Sains Malaysia. Satu transformasi positif ke atas pendokong-pendokong dan penyokong-penyokong agen perubah negara. Sekalung TAHNIAH!!!!!

Anda semua adalah insan yang cukup hebat! Sangat hebat! Hebat sekali!!!

Jangan takut... jangan gentar... teruskan usaha, ingat peribahasa "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersikit-sikit dahulu, bersenang-senang kemudian". Jalan yang dipilih ini, sudah lumrah dihina, dikeji, dikasari. Anggaplah semua itu cabaran dalam mematangkan diri kita. Your mind should be always positive!! Sirah telah membuktikan, Rasulullah lebih dahsyat ujiannya ( dilempar najis, dibaling batu malah ada hingga tahap cubaan membunuh ). Ujian buat kita terlalu kecil... Yakinlah duhai sahabat.....

Mahasiswa yang PRO-MAHASISWA hari ini sudah mula menunjukkan taringnya, berusaha menjadi check and balance untuk negara bukan lagi terkongkong dalam universiti... Sesuai dengan tahap umur, bukan lagi boleh dididik seperti kanak-kanak. Jika menangis, diberi gula-gula ataupun aiskrim. Mengharapkan suapan sahaja. Tiada penjanaan minda kelas pertama.... Mahasiswa yang PRO-MAHASISWA kini lebih berdikari dan beridentiti sejajar dengan hasrat mendokong AGAMA,BANGSA dan NEGARA...

We are now in the right position...
Strategy is the most important
Be strong my friends
For the better days...

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BEBAS - PRO MAHASISWA USM

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BEBAS

TARIKH
6 JANUARI 2009

OLEH
PRO MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kepada:

Profesor Madya Omar Osman
Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 6 JANUARI 2009

Tuan,

MEMORANDUM MENUNTUT PILIHANRAYA KAMPUS YANG ADIL DAN BEBAS

Pendahuluan

Pilihan raya kampus merupakan proses pemilihan kepimpinan pelajar.Kepimpinan pelajar merupakan salah satu segmen penting di dalam pembangunan negara. Kepimpinan tersebut mampu mencorak dan menentukan arah negara melalui gerakan dari kegiatan positif yang di lakukan.
Beberapa rentetan sejarah perjuangan pelajar menunjukkan wujudnya sumbangan jelas para pimpinan pelajar dalam usaha membangunkan negara atau sebaliknya. Kepimpinan pelajar sememangnya mampu membuat sumbangan konkrit kepada pembangunan agama, bangsa dan negara sekiranya mereka mempunyai kesatuan tekad, semangat dan daya juang serta menghayati aspirasi negara. Adalah wajar kepimpinan pelajar masa kini dan di masa-masa akan datang perlu meletakkan keutamaan perjuangan mereka ke arah pembangunan negara dan bangsa yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terbatas kepada kepentingan segolongan kecil pelajar atau anggota masyarakat.
Pemahaman ke atas lipatan sejarah perjuangan kepimpinan pelajar sejak awal abad ke 20 hingga ke masa kini adalah penting kepada generasi kepimpinan pelapis. Pemahaman seperti itu akan menguatkan keazaman dan tekad untuk mewarisi kepimpinan pelajar yang berwawasan, berwibawa dan mampu membuat sumbangan yang konkrit kepada kejayaan pembangunan negara dan bangsa.
Oleh itu, kami amat mengambil berat terhadap perjalanan sepanjang pilihanraya kampus ini. Pihak kami mengharapkan pilihanraya kampus yang bersih serta adil.

Latar Belakang
Di Universiti Sains Malaysia, pilihanraya kampus ataupun pemilihan majlis perwakilan mahasiswa diadakan setiap tahun. Proses pemilihan ini adalah sebagai melaksanakan peruntukan seksyen 48 (1) dan (2) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 (pindaan 1975) yang menyebut:

48 (1) : Pelajar-pelajar berdaftar Universiti, lain daripada pelajar-pelajar luar, hendaklah pada kesemuanya menjadi suatu badan yang dinamakan Kesatuan Pelajar-pelajar Universiti (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “Kesatuan”).

(2) : Kesatuan hendaklah memilih suatu Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “MPP”)

(a) Pelajar berdaftar bagi setiap Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut, mengikut mana yang berkenaan, beberapa orang pelajar yang sama bilangannya, sebagaimana yang ditentukan oleh Naib-canselor, masing-masing dari Fakulti, Sekolah, Pusat, akademi dan institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP ; dan
(b) Keseluruhan pelajar-pelajar berdaftar hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh Pendaftar Universiti beberapa orang pelajar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib-Canselor, untuk menjadi wakil-wakil dalam MPP dan bilangan pelajar-pelajar itu hendaklah dalam apa jua keadaan tidak lebih daripada bilangan wakil-wakil yang dipilih di bawah perenggan (a )

Dalam melaksanakan peruntukan di atas, Universiti Sains Malaysia telah menubuhkan Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar MPP Universiti Sains Malaysia. Secara Umumnya, Perlantikan Ahli suruhanjaya yang memantau perjalanan Pilihanraya Kampus adalah tidak adil dan bebas. Suruhanjaya ini merupakan badan yang menjadi teras kepada perjalanan pemilihan MPP sesi 2009/2010. Walaubagaimanapun penglibatan pegawai-pegawai HEP dalam suruhanjaya ini memperlihatkan ketidaktelusan dalam pemilihan. Di tambah dengan status Majlis Perwakilan Pelajar USM yang turut nmenjadi satu persoalan yang mana MPP USM sepatutnya dibubarkan pada semester yang lepas. Ini menunjukkkan berlaku ketidaktelusan dalam melaksanakan sistem.
Tuntutan – Tuntutan

Kami , mahasiswa menuntut agar ;
1. Mansuhkan AUKU yang zalim untuk mengembalikan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa.
2. Menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya Kampus yang bersih, bebas, dan adil.
3. Mewujudkan pihak pemantau dari luar universiti untuk memantau dan menjadi “check and balance” untuk pilihanraya kampus.
4. Mewujudkan parlimen mahasiswa untuk mengembalikan kuasa autonomi mahasiswa.
5. Mengumumkan tarikh pilihanraya kampus 15 hari sebelum borang penamaan di keluarkan.
6. Mengadakan hari berkempen selama 5 hari berkerja
7. Memastikan tiada ugutan dan ancaman terhadap pengundi dan juga calon-calon pilihanraya kampus.



Penutup:

Kami mengharapkan agar tuntutan ini diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. Kami berharap agar tuan memandang pilihanraya kampus sebagai proses memilih wakil pelajar yang amat penting bagi seluruh warga kampus kita. Hanya pilihanraya yang mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar, tanpa gangguan luar, adil dan bersih yang layak menggambarkan Universiti Sains Malaysia yang baru sahaja terpilih sebagai universiti APEX.


Sekian, terima kasih.

Memorandum ini di sokong oleh:

1. Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia
2. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia
3. Student Progresif Front Universiti Sains Malaysia
4. Kelab Rakan Islah Malaysia Universiti Sains Malaysia
5. Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia


KEKUATAN KESATUAN ITU PENTING!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Teman,
aku tahu kamu letih
aku tahu kamu sengsara
aku tahu kamu derita

Teman,
aku tahu semua itu
cuma secebis perasaan sahaja
kerana
dalam jiwamu
ada satu kekuatan yang luar biasa
bisa menggegarkan dunia

Teman,
setiap dari kamu punya satu cita-cita
inginkan kembali nur ISLAM dilaksana
agar ketenangan milik semua
agar dunia ini tidak dibala
agar pengakhiran kita ke syurga

Teman,
ayuh!! dekatkan diri dengan pencipta
mengadulah sepuas-puasnya
memang DIA adalah penentunya
sedangkan kita hanya mampu berusaha

- ALL THE BEST-