Saturday, May 30, 2009

PUAN SITI ROGAYAH, TAHNIAH!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, BERJAYA juga sampai ke kenduri kak gayah dengan izin ALLAH. Syukur. Tapi, rasa macam tidak percaya kakak saya ini dah jadi milik orang... Maaf, kerana dengan tidak sengaja telah menumpahkan air mata petang tadi. Sebak kehilangan seorang lagi kakak dan gembira kerana kakak saya ini telah selamat bernikah... All the best ya kandaku untuk hidupmu yang baru!!! Semoga pintu-pintu bahagia sentiasa terbuka untukmu....

Thursday, May 28, 2009

TQ

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tepat 6.46petang 28.5.2009, akhirnya dengan izin ALLAH laporan Latihan Industri berjaya dihantar. Walaupun terpaksa letak kat bawah pintu bilik Dr. Nurul Huda sahaja sebab sampai ke Penang selepas waktu pejabat. Tetapi, puas. Amanah yang diberi telah selesai walaupun mungkin ada cacat celanya.


Dalam pembikinan laporan ini, teramatlah suka dan bahagia kerana ia memberikan satu semangat dan aura untuk kembali ke kampus setelah 1 semester ditinggalkan. Rasa tidak sabar untuk mendengar kuliah pensyarah-pensyarah yang sentiasa sempoi, nak belajar sama-sama dengan Ros, Haha. Berjumpa teman-teman yang baik hati. Hakikatnya, memang rindukan dunia kampus kerana lebih indah berbanding dunia pekerjaan...!!!


Sangat mengharapkan iltizam yang ada dalam diri mampu dikekalkan kerana ku pasti sidang hadapan adalah sidang yang paling mencabar.


Di kesempatan ini, ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sentiasa menolong dalam menyiapkan Laporan Latihan Industri memberi tunjur ajar dan cadangan yang sentiasa bernas!!!. Semoga ALLAH membalas jasamu...







Sunday, May 24, 2009

TAHNIAH & SELAMAT BERBAHAGIA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tahniah dan Selamat Berbahagia :

SITI ROGAYAH BAHARI & MOHD AFZAN AMIR HAMZAH
SITI MARIAM HUSSIN & MUHAMAD AMIR SHAHREZA ABDULLAH
FATARIAH ZAKARIA & ADI SYAHID MOHD ALI
RADIEAH MOHD NOR & SHAIKH MOHD HIZAMI SHAIKH ABD HADI

Kak Gayah (kakak ini selalu mengkritik penampilan diriku dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dia selalu ajar aku bab kecantikan atau lebih specific keperempuanan.. Haha.. Tapi aku selalu balas " Ana tak kisah kak, sebab tak dak sapa nak tengok!!". Bukan kakak ini sahaja, tapi hampir semua kakak yang ada dalam hidup aku dan tak terkecuali sahabat-sahabat yang ada kt RB pasti akan kritik soal penampilanku )

Bakal suami Kak Gayah (hanya kenal nama sahaja sebab dia abang kepada Kak Dayah)

Kak Yam (kakak ini selalu memberi motivasi, yang paling best semasa taalim kat RB mesti akan sentuh bab kelak kita akan menjadi IBU. Selalu memberi nasihat-nasihat berguna untuk masa hadapan)

Bakak suami Kak Yam (Ust Amir : insan ini banyak bertungkus lumus semasa aku menjadi calon MPP. Tabik spring!!!)

Kak Fata (kakak ini senior foodtech. banyak bagi aku nota-nota yang berguna sepanjang pengajian ini. & banyak sangat tolong dalam bidang akademikku. Kakak ini juga naqibahku yang pertama di USM. Ingat lagi usrah kami... hehe)

Bakal suami Kak Fata (Ust Adi : insan ini banyak ajar aku bab siasah... bab jemaah. Suka panggil aku tokei RFC sbb nak makan free....- Insyaallah,suatu hari nanti aku akan jadi tokei...)

Kak Radieah (kakak ini selalu sgt bagi nasihat terutama bab-bab Setiausaha & Akademik. Kakak ini sangat ambil berat dengan semua orang... dan pandai korek rahsia...)

Bakal suami Kak Radieah ( Ust Shaikh : Bekas YDP PMIUSM, sempat kenal 1 tahun saja.)

Apa-apa pun, terima kasih untuk semua yang banyak nasihat diri ini. Semoga thabat dengan perjuangan dengan terbinanya Bait Muslim.... Semoga kalian menjadi contoh teladan buat yang lain....

Semoga bertambahlah pejuang-pejuang agama ALLAH di muka bumi ini....

Saturday, May 23, 2009

Pesanan untuk diriku dan dirimu

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pesanan untuk diriku dan dirimu :

"Setiap dari kita punya potensi diri, cuma terkadang kita belum menemui apa kehebatan yang tersimpan dalam diri..... Yang kita nampak hanyalah kelemahan semata-mata!!! Tetapi yang menjadikan kita lebih teruk apabila setiap kelemahan itu kita tak cuba memperbaiki ataupun mengatasi"

Ayuh BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK!!!!

Semoga ALLAH merahmati hidupmu.....

1 TAHUN LAGI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Dah habis belajar ka???" soalan yang acap kali di tanya diriku kini...

"Belum, ada lagi one year to go" jawapan yang selalunya berbalas...

1 TAHUN LAGI

Satu tahun lagi aku di kampus
Satu tahun lagi aku akan bergelar mahasiswa
Satu tahun lagi aku akan dapat segulung ijazah

Terlalu pantas masa berlalu

Harapanku
untuk masa yang masih berbaki
dapat aku taburkan lagi budi
dapat aku mengutip sebanyak mungkin ilmu sebagai pedoman diri
dapat aku alirkan pengalaman ini
dapat aku (terlalu banyak ingin dilakukan....xmampu nak diungkapkan)

Semoga ALLAH mudahkan setiap urusan....

ALASAN??

Aku sudah bosan dengan ALASAN!!!!

Maka,berhati-hatilah memberi ALASAN!!!!

----- FIRST & LAST WARNING -----

Sunday, May 3, 2009

"Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi??"

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehidupan sebuah keluarga......

Malam itu kami berbincang tentang hal-hal keluarga.... Perihal tok yang akan pergi ke Korea bulan hadapan dan macam-macam lagi...

dan antara sence yang penting

Abah : "Nanti 31Mei boleh laa abah pinjam motor"

Kak Long : "Abah nak pergi mana???"

Mama : "Kan 31mei pilihan raya Penanti"

Kak Long : "Wah.... nak ikut!!!"

Abah : "Ish...mana boleh!!.. Awak tu kan belajar lagi"

Kak Long : "hmmmmmm" (sekadar bermonolog dalam hati)

Dan dengan tidak disangka-sangka

Mama : " Hmmm, mama dulu kecik-kecik..tak habis belajar lagi dah pi jadi peraih undi untuk Pak Lah kat Kepala Batas tu"

Wow, ini peluang keemasan untuk memasang perangkap...

Kak Long : "Ooooo mama, maka tak salah laa apa yang akak buat selama ini... sebab mama dulu pun dah buat... Haeheh"

Yes...yes!!!!

Akhirnya, terbongkar juga sebuah kisah....

Moral of the story, "ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi".

Hebat-hebat, benar-benar tidak tercapai akalku... Mama dulu pun buat kerja apa yang aku buat... tapi, dulu-dulu side UMNO laa.

Memang patut anak dia jadi macam nie...

Abah pun pernah jadi Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar semasa di Maktab Perguruan dulu.. Maka anak dia pun jadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan Setiausaha"

Cuma yang menjadi kerisauan sekarang ni... Abah & Mama dua-dua jadi CIKGU.....

Adakah anaknya ini akan jadi CIKGU juga????

-Karier yang dari dulu aku cuba mengelak..... Huhu-

Cuma untuk masa hadapan...anak-anakku hanya boleh ikut perangai yang baik2 saja ya!!!

Friday, May 1, 2009

Siapakah Tuhan semesta alam dan bagaimanakah bermohon kepadaNYA?

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya".
(Al-'Araaf: 54-56)