Saturday, July 5, 2008

BULAN REJAB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Malam ini malam pertama bulan Rejab. Hatiku gembira sekali, maksudnya tidak lama lagi bulan yang di tunggu-tunggu sekian lama akan muncul lagi. Ramadhan yang mana semua umat Islam rindui. Mudah-mudahan Allah masih memberi peluang kepada diri ini dan makhluk lain untuk terus bernafas di bulan yang mulia itu. Semoga dapat lagi ku rasai ni’matnya. Sudah lama ku tercari-cari lailatulqadar yang mana harinya lebih hebat berbanding 1000tahun. Mampukah aku???? Semoga Allah berikan kekuatan itu pada hambanya yang lemah ini. Hanya padaMu ku harap pertolongan itu.

Malam ini juga merakamkan satu lagi sejarah kehidupan. Keluar bersahur dengan Jannah di restoren Khalel lebih kurang jam 2pagi. Esok 1 Rejab…sahabat-sahabat puasa sunat ya!! Mungkin ada sesetengah pendapat menyatakan apalah anak dara nie…???? Keluar tengah-tengah malam…. Ishk betul-betul tidak patut. Seharusnya dilaksanakan perintah berkurung!!! Tp, Allah sengaja detikkan dalam hati dan kuatkan kaki melangkah keluar juga di saat orang lain dah lena tidurnya. Dan pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya…..Mungkin pemikiranku agak fleksibel tentang hal ini… Yang penting tidak bertentangan dengan syariat Allah walaupun mungkin ada sesetengah melihat melanggar tatasusila anak gadis.

Tapi bagiku zaman ini menuntut satu lagi anjakan paradigma pemikiran. Cuba kita fikirkan dari sudut yang satu lagi, pandanglah jauh lagi ke hadapan. Ramai muda-mudi gemar dan tersangat suka keluar malam. Kenapa ya?? Persoalan demi persoalan membelenggu akal dan fikiran… Pernahkah kita sebagai daie mengkaji apakah faktor yang menyebabkan keluar malam menjadi rutin harian mereka…??? Yang kita tahu hanyalah menyalahkan mereka…mendakwa mereka golongan sosial dan pembuat maksiat. Tanpa kita sedari, selama ini mungkin kita terlalu banyak menunding jari ke arah orang lain…sedangkan hakikat sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa mereka ke arah jalan yang benar dan diredhai Allah.

Di tempat kejadian ditakdirkan oleh Pencipta Langit dan Bumi, kami bertemu dengan sekumpulan PPMS(Pembantu Pelajar Minggu Suai Kenal) yang baru nak menjamah makanan setelah penat ber”meeting”. Aku turut bersimpati dengan mereka, semoga Allah kuatkan mereka untuk membantu adik-adik baru untuk 1 hari lagi sempena minggu orientasi ini.. Mungkin “perang” yang dilancarkan sebelum ini membuatkan mereka agak gerun atau berhati-hati saat bertemu muka dengan kami. Nak senyum pun macam takut-takut. Sebelum balik merasa bertanggungjawab untuk bertegur sapa sebab mereka pun saudara seislamku jua… kawan-kawan seuniversiti pula…. Aku tidak ingin mereka melihat pembawa imej Islam ini kejam dan extrimis. Bagiku, biarlah mereka kenal kita dengan budi pekerti yang mulia dan sebenarnya kita bukan seperti yang mereka sangka. Kita boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja walaupun berbeza ideologi. Cuma perlu dijelaskan, kita akan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan.

Teman-teman, kalau kita imbau kembali sejarah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bagaimana beliau berusaha berdakwah dengan masyarakat yang kehidupannya berlegar-legar di kelab-kelab malam, aktif bergelumang dengan maksiat, minum arak dan sebagainya…sehingga kembali ke arah Islam yang sejati dan akhirnya juga menjadi aktivis yang komited dengan gerakan Islam. Pasti beliau juga “bekerja” di waktu malam
Juga. Segalanya menuntut pengorbanan dan inilah sebahagian dari qiamullail.. selain dari solat yang secara nyata.

Diharapkan sempena bulan yang baik ini, tamatlah segala permusuhan hamba-hamba Allah di bumi Minden ini. Tidak terfikirkah kita…. Semua itu hanyalah membuang masa, tenaga, wang dan bermacam-macam lagi. Sedang seharusnya kita berdamai dan mencari titik persamaan dan membuang jauh-jauh titik perbezaan. Kita adalah mahasiswa jadi seharusnya bertindak dengan kematangan akal fikiran bukanlah nafsu semata-mata. Dan ingatlah kita jugalah yang akan mencorakkan masa depan negara. Be prepare for the new Malaysia. Insya-Allah.

4.19 am
1 Rejab 1429
4 Julai 2008
Tempat tenang

1 comment: