Friday, March 27, 2009

SEBUAH RENUNGAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Rasa kelakar membaca post di blog sahabat yang tercinta, ukhti Anisah bertajuk "mereka kawen"... Khabar angin sudah bertiup kencang, yang hanya ditunggu kini sebuah kad undangan yang mengesahkan segala-galanya.... Di doakan buat bakal-bakal pengantin "semoga dipermudahkan setiap urusan".

Alhamdulillah, kakak tersayang Nik Nur Baiti Mohd Badaruddin sudah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati.. "Semoga Bahagia Dunia dan Akhirat"

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN - "Memberi dan menerima seadanya"....

Perjanjian yang terpatri antara dua hati yang berkongsi rasa dan impian yang sama. Hidup untuk saling lengkap melengkapi dan meletakkan harapan yang tinggi agar terbinanya sebuah Baitul Muslim yang sejati. Serta harus diakui pasti pasang surutnya... Itu lumrah ber"rumah tangga".... Harus ada sabar dan redha....

Banyak yang dipelajari sepanjang menjalani proses Latihan Industri... Bukan sahaja training dari sudut akademik (teknologi makanan). Tetapi yang paling nyata.... disinilah aku mengenal kehidupan realiti. Ngeri tetapi indah. Cukup sekadar memerhati tapi rasa itu meresap ke dalam diri.....

Menyelami isi hati wanita (teman sekerja) yang bergelar isteri kepada seorang suami dan ibu kepada anak-anak... Cukup menyedihkan dan menyesakkan dada...Rela diherdik, dicerca, dipukul demi menyedarkan suami yang tercinta agar kesalahan tidak diulangi.... Susah ataupun senang sanggup menerima lelaki itu sebagai suami walaupun terpaksa mengorbankan jiwa dan perasaan....Hidup di rumah sendiri ibarat orang gaji yang tidak dibayar gaji.... Tiada lagi bahagia yang ada hanyalah sengsara... Pernah dia terfikir untuk membunuh diri lantaran masalah yang begitu berat... Syukurlah ALLAH masih sayangkan dia, menyedarkan itu bukan langkah yang bijak...Semuanya ditelan demi menyelamatkan sebuah ikatan dan memikirkan anak-anak yang sedang membesar....

Semua kisahnya membuatkan ku berfikir banyak kali.... Hebat ujian buat dirinya... Jika aku ditempatnya pasti aku tidak mampu bertahan lagi....

Pesanan buat semua dan diri sendiri:

Sebuah perkahwinan bahagia bilamana berpaksikan iman dan taqwa kepada ALLAH. Binalah dengan didikan agama secara keseluruhan... Kejujuran, kesetiaan, kepercayaan, kasih sayang harus sentiasa dicambah... Dan yang paling utama sabar dan redha menerima....

Semoga pintu-pintu bahagia senantiasa terbuka buat semua.....

1 comment: