Thursday, September 10, 2009

'MEETING VS USRAH'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Menjadi seorang pendokong gerakan islam, tuntutannya hebat.. Seperti kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna "tanggungjawab yang harus kita laksanakan melebihi masa yang kita ada". Saya amat pasti semua mengakui benda ini. Kekadang kita tidak tidur malam, kekadang tidak sempat pun menjamah makanan, mandi belakang cerita la.. Amanah yang tergantung dibahu kita semakin hari semakin memberat sesuai dengan tahap keimanan dan pergantungan kita pada Ilahi.

Cuma, kebelakangan ini saya perhatikan kita semakin tidak mengambil berat tentang usrah. Kekadang bila tiba hari pembentangan bedah buku, malam sebelumnya baru terkejar-kejar nak buat usrah. Mungkin lebih baik daripada tidak buat langsung. Usrah itu bukan terletak pada naqib/ahnya sahaja untuk menguruskan semua tetapi semua pihak harus memainkan peranan sama besarnya. Saya suka frasa "memberi dan menerima". Jika semua pihak hanya ingin menjadi penerima tanpa memberi, maka kerugian amat besar sekali.
Pada diri naqib/ah itu tidak semuanya sempurna. Naqib/ah juga banyak belajar dari anak-anak usrah.

Satu lagi penyakit yang saya sedar sedang berlaku, meeting tidak pernah tertinggal, tetapi usrah kerap sungguh tidak dapat hadirkan diri. Ya, mungkin ada masyaqah yang tersendiri. Cuma saya semakin pelik, kenapa tidak mengaulakan usrah seaula meeting. Kita tahu meeting itu tidak dapat berjalan tanpa kita, sama juga seperti usrah walaupun dapat dijalankan tetapi kuranglah serinya tanpa diri kita. Kekadang kita terlalu-lalu pentingkan gerak kerja (sesungguhnya memang perkara yang dituntut) tetapi kita tidak cuba untuk topup kembali dengan usrah. Bilamana dalaman lemah, luaran akan menzahirkannya....

Sama-sama muhasabah, adakah diri kita ini selamanya akan terus begini??
"Lemahnya sesuatu gerakan itu bila ia tidak dapat menghasilkan pewarisnya"

p/s : peringatan buat diri yang sering alpa dan lalai. Mengharapkan sahabat-sahabat seperjuangan untuk menegur.

Mohon maaf!!

3 comments:

  1. usrahnya bagaimana smpai kurang org..?
    kena ambil kira juga point ini.jangan salahkan anak usrah shj..

    ReplyDelete
  2. mungkin org bertanya tidak jelas maksud sy...
    sy tidak menyentuh usrah dengan mad'u, tetapi lebih tertarik dgn usrah dalaman.

    sy pasti semua orang sedar tentang kepentingan usrah. Maka, tiada sebab untuk lari. Sedarilah frasa "memberi dan menerima". usrah tidak akan menarik jika naqib/ahnya sahaja berusaha memberi. Tetapi, jika sama-sama memberi itu lebih baik.

    tentang usrah luaran....
    sampai kurang orang..? boleh muhasabah kembali. Mungkin kita buat usrah berdasarkan masa kt tanpa memikirkan masa anak-anak usrah. Mungkin juga kt kekurangan idea dalam memberi pada mereka. Sesakali berkorbanlah dengan belanja mereka.

    tips mengeratkan ukhwah : makan bersama, musafir bersama n tido bersama.

    insya-allah...

    maaf diri ini masih lemah n masih belajar

    ReplyDelete
  3. salam,

    Ya, sama2 muhasabah..
    insaf2...
    ak ni banyak sangat menerima..
    terima kasih

    =)
    salam

    ReplyDelete