Monday, September 21, 2009

SYAWAL INI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syawal ini merupakan satu hadiah atau pemberian Allah pada umat Islam tanda kemenangan setelah melalui bulan "Tarbiyah". Indah dan damai... tenang tiada gelora, semua bermaaf-maafan, melupakan salah dan silap. Sungguh jiwa mudah terusik dengan kedatangan Syawal. Sanak saudara yang dekat yang jauh berkumpul meraikan Syawal ini bersama. Tahun ini genap 22tahun meraikan bersama ayah dan bonda serta adik2. Mungkinkah akan ada Syawal lagi untukku tahun hadapan???

Syawal ini seiring dengan kedewasaan, aku semakin mengerti nilai kehidupan... Janjiku di Syawal ini sempena ulang tahun kelahiran ke-22, Ya Allah perkenankanlah aku menjadi anak yang solehah, kakak yang baik, sahabat yang penyayang, mahasiswa yang berguna dan...Semua yang terbaik untuk diriku....

Syawal ini, aku bersyukur padaMU kerana kau tunjukkan segala2nya di hadapanku sebagai pedoman pada masa hadapan. Bertemu dengan insan yang sangat telah tua, pendek kata nyayuk... dengan memakai "pampers". Melihat seorang anak kecil yang terpaksa duduk dengan ayahnya seminggu dan baki 3minggu pula dengan maknya setelah penceraian berlaku. Menyaksikan sebuah rumah tangga yang umpana "telur di hujung tanduk". Anak-anak terabai. Hampir air mata ini ingin tumpah... "Apalah ertinya Syawal pada mereka??"

Sungguh Ya Allah, hambaMu ini bersyukur.....

p/s : Sayangilah kedua ibu bapamu
p/s/s : Bersedialah menempuh kehidupan yang lebih mencabar

4 comments:

  1. Salam eidulfitri maaf zahir &batin..

    bila baca post nie tringin ana b'kngsi pgalaman hidup ini...syawal tahun ini merupakkn sywal pling suram bg ana dan kluarga.Penglamn pertama syawl tnpa ibu amat memeritkan mnyntuh jiwa...btul apa yg akak ckp bersedialah menempuh khidupan yg lebih mencbar...krana seblum ini ana tidak pernah mmkirkan keadaan yg sperti ini ana akan lalui...skdar meluahkan praan yg terbuku...

    ReplyDelete
  2. semuanya ujian kann?

    aku pun diuji...

    alhamdulillaah


    salaam..

    For halal's task, nak buat produk apa?

    ReplyDelete
  3. salam

    ros, kt ada cr skit pasal gelatin....
    cane?
    ok ka?

    ReplyDelete
  4. salam

    buat adik nasaie...

    semoga allah berikan kepada nta n family satu ketabahan dan kecekalan yang amat kuat..
    doakan ibumu bahagia di sana
    setiap yang hidup pasti akan mati
    itu sunnatullah

    be strong... "bahagiakanlah mereka yg masih ada"

    ReplyDelete