Sunday, December 6, 2009

HIMPUNAN SOKONG NIK AZIZ, SIGNAL RAKYAT KELANTAN BUAT UMNO


KOTA BHARU, 5 Dis: Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.

“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam.

Serentak dengan itu, beliau bersetuju dengan cadangan supaya Pakatan Rakyat Malaysia yang kini dalam proses pendaftaran diketuai Nik Aziz sebagai Pengerusinya.

“Menteri Besar Kelantan perlu menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Malaysia), dan jika perkara ini terbentuk, ia akan menjadi ketumbukan yang kuat bagi melawan BN yang kini sudah lemah.



“Jadi kalau dibentuk satu Pakatan Rakayat yang kuat di mana Tok Guru Menteri Besar menjadi Pengerusi atau pun ketuanya bersama sahabat yang lain dalam Pakatan, insya Allah satu pasukan yang kuat dapat dibentuk bagi mencapai kesejahteraan yang baik untuk rakyat Malaysia umumnya,” katanya.

Mengulas perhimpunan hari ini, beliau berkata ianya menggambarkan demontrasi yang begitu hebat.

“Saya selaku aktivis pemuda, belum lagi tengok satu demontrasi yang diadakan begitu hebat, yang mana kita sama-sama menyokong kepimpinan Tok Guru Menteri Besar.

“Dan kita mendoakan supaya Tok Guru Menteri Besar terus diberi kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk terus memerintah Kelantan,” katanya.

Mengulas gesaan Umno-BN supaya Menteri Besar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan, beliau berkata sepatutnya Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan.

“Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Najib dan bukan Tok Guru Menteri Besar.

“Ini memandangkan pengkhianatan yang dilakukan Najib terhadap pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

“Semenangnya Najib yang sepatutnya meletakkan jawatan. Ini kerana kita semua tahu bahawa perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah pun termeterai sejak 1974.

“Jadi oleh kerana perjanjian ini tidak dipenuhi, tidak dipatuhi mengikut saluran undang-undang, jadi dialah yang sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Tok Guru.

“Kita adalah rakyat Kelantan, royalti minyak itu hak rakyat Kelantan, kita patut menuntut hak kita. Islam pun menuntut (supaya) kita menuntut hak kita dan kita akan teruskan usaha ini sehingga kita dapat royalty, insya Allah,” tegasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Jadi kalau berlaku lagi gerakan meminta supaya Tok Guru meletakkan jawatan, insya Allah seluruh ‘massa’, setiap peringkat dari semua kaum akan bangun menentang gerakan ini, dan difahamkan bahawa gerakan ini akan diteruskan di seluruh negeri dan negara,” katanya.

Mengenai pengorbanannya meletakkan jawatan yang disandangnya (sebagai CEO PMBK) dianggap pengorbanan yang suci yang wajar dicontohi pegawai dan anggota kerajaan yang lain, beliau memberitahu bahawa beliau meletak jawatan itu adalah atas nasihat Tok Guru dan pimpinan PAS Pusat.

“Dan perletakan jawatan ini akan ‘memutihkan’ unsur-unsur yang membolehkan Umno-BN membuat tuduhan terhadap amalan kronisma. Pun perlantikan saya, saya melihat bahawa atas kepercayaan Tok Guru dan juga apa yang telah saya lakukan selama satu tahun setengah dan sepanjang saya berada di PMBK selama lapan tahun, bahawa saya fikir saya telah banyak menyumbang kepada Islam itu sendiri dan Kerajaan Negeri.

“Jadi pada hemat saya, perletakan jawatan saya merupakan satu pengorbanan, di atas nasihat pimpinan, dan saya kira dengan perletakan jawatan ini, saya harap dapat memadamkan unsur-unsur yang boleh memberi ruang melakukan fitnah oleh Umno-BN.

“Namun saya tidak akan berhenti di sini, saya akan terus menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Kelantan, parti PAS dan jamaah Islam,” katanya yang juga menantu Meneri Besar.

Isu Ariffahmi CEO PMBK menjadi kontoversi apabila ada dakwaan menjadikan imej PAS tercalar dan memburukkan imej mertuanya Mursyidul Am PAS yang juja Menteri Besar Kelantan.

Namun kini beliau berkorban untuk parti PAS dan jamaah Islam dengan melepaskan jawatannya setelah dikatikan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam PMBK, manakala Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri menunjukkan sikap tegas apabila berdepan dengan isu Ariffahmi menantunya demi menjaga survival Islam dan PAS khususnya.

Dalam menghadapi isunya yang kontroversi itu, Ariffahmi pada 23 November lalu pada sidang medianya menegaskan bahawa beliau akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat Menteri Besar.

Dan menerusi siaran medianya semalam, beliau setelah berbincang dengan Menteri Besar dan pengurusan PMBK memaklumkan bahawa beliau memberi notis perletakan jawatan pada 24 Disember 2009.

“Saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010,” katanya.

Komen pembaca:

1.Assalamualaikum Tok Guru,

Teruskan perjuangan menegakkan Islam. Sebenarnya apa saja perkara yang baik dilakukan oleh para pejuang Islam akan dipandang tidak baik oleh golongan yang assabiyah dan sekular. Memang pelik bagi golongan yang tidak mengenal erti perkara yang perlu diberi keutamaan dengan yang sampingan. Keutamaannya ialah Isu Bayaran Hasil Minyak Kelantan yang diputarbelit oleh golongan itu dijadikan pula wang ihsan. Persoalannya mengapa tidak ada golongan prihatin kononnya membantah dan buat demontrasi untuk suruh golongan itu letak jawatan ( itu yang sepatutnya ) ni pergi sibuk suruh Tok Guru pulak letak jawatan. Kan dah terbalik tindakan golongan prihatin tu. Kita ni dah tua-tua ni sepatutnya berfikirlah yang mana keutamaannya. Tok Guru yang mempertahankan hak rakyat Kelantan pula dimarah sedangkan orang yang jelas putarbelit, menipu, menganiaya, memperbodohkan diri itu pula disanjung. Kan pelik bin ajaib golongan-golongan seperti itu. Nilah akibat kalau hati tu dah pekat hitam dan keras, dah tak nampak mana yang baik dan buruk. Dah masuk era globalisasi masih ada yang berada di bawah tempurung kelapa yang ditutup dengan guni penipuan dan pembohongan. Teruskan perjuangan Tok Guru. Semoga Allah sahaja yang membalas segala pengorbanan Tok Guru mempertahankan Islam. Patutlah Tok Guru tersenarai 42 daripada 500 manusia yang berpengaruh. - zailah.

2. Assalamualaikum Tuan guru, saya berpandangan begini Tuan Nik Aziz jangan layang umno yang sedang gila kuasa tu, Orang mabut dengan kuasa ia tak akan sedar, apa yang mereka buat, atau janji,atau apa ajat mereka dan pandangan mereka itu mereka angap semuanya betul,. Saya setuju doa Nik Aziz itu, itu doa minta pada Allah kita minta pada dia kalau kita susah. Jadi sekarang ni Kelantan dlm kesusahan jadi menteri besarlah yang bertanggung jawabkan. ROYALTI itu hak Kerajaan Negeri jadi Pusat kena salurkan pada Negeri la bukanya pada kumpulan umno.dan main main dengan kata kata atau janji janji manis saja dengan madia masa dan akhbar mereka. itu lah perangai dajal. - wan muhammad.

3. Yang Mulia TGNA,

Teruskan memerintah dan kekal sebagai Menteri Besar. Kezaliman mereka akan hangus menjadi abu. Semuga Allah memberi kemenangan kepada TGNA kerana kesungguhan beliau hendak meletakkan agama ditempat yang tinggi. - zaini arshad.

4. Assalamua’laikum. Isu doa ini bukan isu sebenarnya. Tok Guru tidak perlu layan mainan politik olih UMNO dan medianya. UMNO hendak Tok Guru berundur daripada politik Pas kerana kekuatan Pas hari ini bergantong kepada Tok Guru. Tok Guru seorang ulama yang dihurmati dan disegani seluruh Malaysia berbanding dengan ulama2 dan ahli2 politik lain. Majoriti rakyat Malaysia faham kedudukan dan tindakan Tok Guru dalam isu minyak kerana isu ‘royalti’ minyak jelas dipermainkan olih UMNO untuk mematahkan semangat Kerajaan Pas Kelantan dan dahulunya semasa Pas memerintah Terengganu. ‘Royalti’ minyak dan bukan ‘wang ehsan’ hak Negeri Kelantan. Seterusnya wang tersebut mesti disalurkan melalui kerajaan negeri bukan kepada jabatan tertentu! Perkara ini tidak perlu diputarbelit olih UMNO lagi. UMNO kena serahkan hak Negeri Kelantan sebelum dimalukan didalam Mahkamah. - aman shah.

5. Salam,

Apa yg saya lihat dari serangan betubi-tubi terhadap TGNA ialah kerana BN terutama umno sangat takut dgn ketegasan TGNA.
Bagi mereka selagi TGNA ada maka selagi itulah agenda mereka banyak yg tergendala atau gagal. TGNA seorang yg berani dan lantang
menentang umno didalam menegakkan kebenanran, apatahlagi TGNA seoarang yg bijak didalam bepolitik. Bg saya TGNA adalah seorang
pejuang islam yg tulin dizaman ini. Oleh itu saya benar-benar bedoa agar Allah menghancurkan mereka-mereka yg berniat menjatuhkan
kepimpinan TGNA dan islam. - shafei kasdon.

6. Bagi orang yang waras pemikiranya apa yang ditakutkan kepada doa Tok Guru itu, Tok Guru berdoa dan doa itu ditujukan kepada orang yang melakukan kesalahan sahaja. Tapi sekiranya orang itu tidak melakukan sebarang kesalahan waima PM ke TPM ke atau siapa-siapa pun apa susahnya duduklah diam-diam, senyap sudahlah, apa nak dirisaukan biarlahTok Guru terus berdoa sampai bila-bila pun. Mungkin orang yang sibuk tentang doa itu mungkin orang itu ada buat kesalahan dan bila bersalah maka dia takut. Supaya tak perlu takut tak sah buat salah. - razak manaf.

7. Alhamdulillah,semangat juang terbukti di kalangan Pendukong dan Penyokong Pati Islam dan dari kalangan rakyat berbilang kaum yang mengenal benar-benar Pemimpin sejati.Semangat seperti ini diteruskan spyy lebh mantap lagi erti Jihad.Allahu Akbar-Allahu Akbar-Allahu Akbar. - m yusof.

8. Assalamu’alaikum wbk. Saya ingin menarik perhatian terhadap isu yang digembor-gemborkan yang ditembak khusus kepada Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Nik Aziz terutama oleh akhbar-akhbar perdana dan stesen tv milik UMNO jahanam. Saya amat bersimpati kepada beliau dan pada masa yang sama amat menyanjungi dan menyenangi beliau walaupun tidak pernah bersemuka empat mata.Biarkan UMNO dan juak-juaknya melolong menyalak gunung. - bunari gasiman.

KOmen Saya:

Mutakhir ini, kerap benar media menghentam Tok Guru Nik Aziz.... Setelah Perak, Selangor, Kedah kali ini berhasrat nak merampas Kelantan pula??? Perkara ini sama sekali tidak akan dibenarkan oleh rakyat Kelantan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa berdasarkan fakta perhimpunan lebih 10,000 orang sewaktu kuliah Tok Guru pada hari Jumaat yang 4/12/2009 di Pulau Melaka. Berbanding dengan hanya 100 lebih orang yang berhimpun di depan bangunan SUK mendesak Tok Guru meletak jawatan.... Inilah bukti suara rakyat!!!

Mesti Dato' Najib geleng kepala. Semua yang dirancang GAGAL. Kuasa ALLAH itu Maha Hebat.

Tak perlulah nk komen panjang-panjang orang Kelantan lagi arif dari saya..

"Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada kami menegakkan kebenaran"

p/s: Muak membaca akhbar tempatan pro-BN.




2 comments: