Saturday, January 30, 2010

MUHASABAH PILIHAN RAYA KAMPUS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus telah berakhir dengan tenang. Keputusan yang diterima dengan hati yang terbuka di kedua-dua belah pihak. Mungkin di Kem Aspirasi melonjak kegembiraan kerana menguasai hampir keseluruhan kerusi. Mungkin juga ada yang berpendapat Kem Mahasiswa bersedih atau berduka dengan kekalahan. Tetapi apa yang dapat disimpulkan "Alhamdulillah, keputusan itu adalah yang terbaik dari Allah untuk kami, untuk agama kami".

Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas percaturan ini, sungguh ketenangan yang nyata sewaktu mendengar keputusan. Allah tidak menangkan kita secara zahir tetapi itu sudah cukup bagi kita. Dan sememangnya penyertaan kali ini bukan disasarkan untuk mencapai kemenangan tetapi lebih kepada membuka kesedaran masyarakat kampus terutamanya agar cakna dengan persekitaran. Sudah mampu membeza antara haq dan bathil. .

Alhamdulillah

Buat adikku yang menang, tabahkanlah hatimu... tegakkanlah kebenaran tumpaskanlah kemungkaran. Letakkanlah Allah dan Rasul dihadapan setiap tindakanmu. Insyaallah kau xpernah akan berseorangan.

Buat adikku yang tewas tipis, yakinlah ramai yang menyokong kita dibelakang. Jangan di sia-siakan. Allah telah menyelamatkan antum dari memikul amanah sebagai MPP. Tetapi, insyaallah amanah yang lain menanti. Persiapkanlah dirimu menempuh satu zaman kebangkitan. Kita hanya akan mulia dengan Islam.

Buat semua penggerak yang telah bertungkus lumus, alhamdulillah semoga usaha kita yang sedikit itu Allah menilai.

Analisa peribadi Pilihan Raya Kampus

= Masih ramai warga kampus yang tidak mengetahui kewujudan pilihan raya kampus. Maka perlu dipromosikan lebih awal dan ditingkatkan kesedaran warga kampus tentang kepentingan memilih pemimpin yang terbaik.

= Rapat umum perlu kembali diadakan di desasiswa, kerana tidak semua warga kampus sudi untuk mencemar duli di padang kawad. Rapat umum merupakan salah satu cara warga kampus mampu membuat penilaian.

= Poster calon beramai-ramai perlu dihentikan kerana kekerapan sabotaj tinggi. Dan sebenarnya kita dapat menilai usaha calon itu dengan banyaknya poster beliau.

= Warga kampus perlu diberikan kesedaran tentang demokrasi kampus walaupun USM ini Universiti yang memperjuangkan kelestarian.

= Tempoh berkempen perlu dipanjangkan agar, calon mempunyai masa yang cukup untuk mempromosikan diri serta warga kampus dapat mengenal dengan lebih dekat pemimpin-pemimpin mereka.

= Penyokong kedua-dua kumpulan perlulah diasingkan agar tidak berlaku lagi sebarang kejadian yang tidak diingini.

Perjuangan untuk sidang kali ini adalah mendapatkan pilihan raya kampus yang telus dan adil telah berjaya. Sesi pengiraan undi sangat menyakinkan kita.

Alhamdulillah....

Perjuangan ini tidak akan terhenti di sini. Nantikanlah kebangkitan Islam....

p/s : terima kasih kerana memberikan pengalaman yang cukup manis buat diriku sepanjang 4tahun berada di Bumi Minden....

1 comment:

  1. salam..ana mewakili tentera oren mengucapkan tahniah buat mereka yg mnjadi calon dan mereka yg menjadikan calon itu ter'promote'..hee

    *Alhamdulillah*

    ReplyDelete