Tuesday, July 27, 2010

-KESUKAAN SAYA-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ingin dikongsi kesukaan saya sekarang. Just boleh suka, sebab belum menjadi hobi... Seronok rupanya dunia perempuan ini. Dunia yang sebelum ini saya pandang sipi-sipi. Kesempatan yang ada saya cuba menjelajah dunia ini seberapa jauh yang boleh, rugi benar rasanya jika saya tidak memiliki seni kreativiti ini kerana boleh dijimatkan duit plus boleh menjana kewangan kerana jarang-jarang benar perempuan-perempuan dunia sekarang berminat dan tahu buat semua ini. Al-maklum dunia kerja memang sibuk...Selagi belum tutup mata.... kerja...kerja...kerja

Dibahagikan kepada tiga bidang utama:

1-MAKANAN
2-JAHITAN
3-PERTANIAN

MAKANAN
Ini memang dunia saya, kesukaan saya, kecintaan saya.. Haha.. Tetapi sayang saya memiliki ilmu teori tetapi masih kekurangan banyak dalam ilmu praktikal... Lauk cikai2 boleh la pejam mata masak..janji siap.. Cuma masih jauh ketinggalan terutamanya dalam pembuatan kek, roti. Itu belum masuk lagi makanan-makanan tradisonal- kuih koci, lepat pisang, tepung talam... Fail2. Hanya tahu makan... Tapi menarik untuk menjelajah resepi-resepi di dunia maya ini plus rancangan tv kerana ada gambar yang menarik sebagai menjamu mata.. Kuih2 moden pun masih tidak dapat dikuasai.. lebih tepat, saya tidak memiliki ilmu... Dunia ini saya belum terokai lagi... kerana minat saya lebih tertumpu pada dunia ke-dua ini sebab tak lama lagi raya.. Hehe.. My part in the family.

JAHITAN
Hmm, saya sudah tentu tidak reti nk potong kain untuk membuat baju. Zaman dikala muda untuk kursus kemahiran hidup, my mom yang tolong siapkan kerja kursus jahitan baju kedah... Jadi, saya memang tiada kemahiran. Sebelum ini byk juga tudung2 yang dipotong tidak menjadi, kerana memang tidak reti dan sebab memiliki emak yang pandai menjahit.. But, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menolong dia.. pasti pinggangnya sakit kalau menjahit utk kami 6 orang perempuan dirumah paling kurang 3 helai baju... Tetapi, dunia yang saya nak terokai ini bukan jahit baju... tetapi lebih kepada hiasan baju... Like-sulaman.. Menarik lantas terpegun seketika.. Cantik!!! Kalau hantar dikedai pasti mahal kn??? Maka, lebih seronok mencuba sendiri dan jimat.. Iya itu perlu...

Blog ini http://cheq-sue.com/blog/ sangat menarik kerana diajarkan juga teknik2 jahitan secara jelas untuk dicuba... Ilmu boleh didapati di mana-mana, hinggakan dihujung jari pun boleh....
Ada sulaman manik yang bermacam-macam.. Ada cara mengait.. Ruginya saya rasa jika tidak memiliki ilmu-ilmu ini.

PERTANIAN
Owh, satu dunia yang belum mahu dicuba. Lebih rela duduk didalam rumah dari berjemur diluar. Tetapi, alangkah tidak sihat kerana tidak mengeluarkan penuh...

Ayuh puan-puan kita terokai dunia yang semacam menarik ini =)

4 comments:

  1. hurm... nak bertani pon x sihat mana dah sekarang ni.... disebabkan sinaran UV yg semakin lama semakin tinggi...=,=

    ReplyDelete
  2. ini alasan org malas selalu guna pakai.. =)betul x?
    dah terre bab nie

    ReplyDelete
  3. Setujuuu.. gardening itu satu terapi gak kan.. Err tukang buat kuih raya ya? Kongsi la resepi tuhh..

    ReplyDelete
  4. tukang buat kuih raya??? hoho ... silap tu, tukang makan... heheh... resepi??? ok2, sy kongsikan kuih2 yg sy suka ek.. boleh??

    ReplyDelete