Sunday, July 20, 2008

MAKANAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehidupan adalah satu persinggahan..... diumpamakan seseorang yang dalam perjalanan dan berhenti berehat di bawah sebatang pohon dan kembali meneruskan perjalanannya.. begitulah singkatnya!!!

Kehidupan ini memang mencabar dan penuh dengan dugaan. Terasa kadang-kadang nak beruzlah jauh dari kehidupan manusia. Dah fed up untuk berhadapan dengan kerenah manusia. Dah tak tahan dengan sikap bermuka-muka.... Arghhhhhhh penat dengan kehidupan ini. tetapi hidup mesti diteruskan. perjalanan masih jauh... kehidupan ini tidak akan berhenti melainkan saat roh terpisah dari jasad.

Aku rindukan kehidupan yang aman dan tanpa sengketa.... hidup yang mengagongkan dan membesarkan ALLAH!!!! Hidupnya semata-mata kerana Ilahi. Kehidupan yang terlalu ideal dan sukar nak dikecapi. Tetapi tidak mustahil......

Aku mula belajar semula mencintai ilmu...belajar beramal dengan ilmu.... Aku ingin serius dalam bidang teknologi makanan...aku ingin generasi akan datang adalah generasi yang darah dagingnya terisi makanan yang halal bebas dari syubhah... dan aku terasa diri ini susah nak memasukkan ilmu kerana gaya pemakananku dah kurang terjaga.... terasa ilmu macam tersekat-sekat. Ya ALLAH kau ampunkanlah diriku ini....

Ayuh sama-sama banyakkan puasa sunat!!! Moga-moga ALLAH terima.

2 comments:

  1. Semoga suksess dalam bidang teknologi makanan. Semoga saudari dapat mempertingkatkan teknologi makanan halal-tayyiba.

    http://misyakir.blogspot.com/2008/06/makanan-asas-kesejahteraan-ummah.html

    ReplyDelete