Friday, August 29, 2008

LATIHAN INDUSTRI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini satu lagi kenyataan yang sukar untuk diterima. Pengumuman tempat Latihan Industri oleh Lectures pagi tadi. Ya memang benar ku katakan pada family,sahabat-sahabat yang ku sayangi aku ingin pergi jauh... jauh...

Bukan apa, aku ingin berdikari dan mencari sesuatu yang baru. Tapi, untuk yang ini memang luar jangkaanku. ALS TECHNICHEM dekat SHAH ALAM.... Hmm, masa isi borang UPU pun memang mengelak untuk isi universiti-universiti di Lembah Klang... Kali ini sebenarnya tamparan hebat buat diriku. Lebih menyebabkan hatiku tawar, tempat LI dalam makmal. Aku bukan jenis yang boleh duduk diam-diam. Cabaran-cabaran.

Masih keliru nak pilih yang mana 1. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat diriku....

1 comment:

  1. keliru? boleh pilih lagi ke tempat LI? walauapapun, semoga berjaya... dah ketentuan, mungkin ada hikmah ;)

    salaam

    ReplyDelete