Tuesday, February 10, 2009

PERAK O PERAK

Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

BismilahirRahmanirR ahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.
Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.
Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat
Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.
Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak
Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

"Ya ALLAH doaku di pagi yang hening ini, berikanlah kesabaran ke atas orang-orang yang beriman. Kau kuatkanlah kami dengan kekuatan darimu menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang mendatang. Kau menangkanlah yang hak, dan kalahkanlah yang batil... Ya ALLAH selamatkanlah negeri Perak, selamatkanlah Malaysia dari tangan-tangan manusia yang tidak berhati perut. Selamatkanlah Ya ALLAH. Dengarlah rayuan ini Ya ALLAH, hanya padamu kami gantungkan harapan ini"

18 comments:

  1. sedey nya... UMNO ni x de keja ke? huhu

    ReplyDelete
  2. zt, nk mntk izin copy article ni letak kt blog ak bley?

    ReplyDelete
  3. salam...

    sedih dah kasihan tehadap kerajaan perak..perak yang dulunya tenang dan sekarang berubah menjadi carca marba akubat dari kerakusan kuasa..perlembagaan yang disedia untuk panduan pentadbiran tapi telah di lacurkan..lebih baik xpayah ada perlembagaan..

    sekian...

    ReplyDelete
  4. Salam Wasilah Ukhwah Fillah

    Betullaa kak zati..Dayah kat Sabah ni pun x taula nak cakap..Geram betul dengan makhluk ciptaan Allah yg x pernah2 faham dan sedar. Tunggu HIDAYAH. turun buat golongn2 nie...Faham perkara tu salah tapi masih buat2 tak faham.Kesian..InsyaAllah, Allah bersama2 dgn orang2 yang berjuang di jalan-Nya.salam rindu buat kakak...wslam.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    artikel yg agk menarik..tapi dah tak boleh nak buat ape2..YAB Dato Seri Ir Nizar sepatutnya bersedia dgn lebih awl utk perkara2 yg seperti ini..dia patut sedar dari awl2 dalam politik tdk ada benda yg boleh dijangka..bukan mcm nak buat bangunan sebarang kemungkinan boleh dikaji seblum bangunan dibina..itupun kdg2 tak terjangka..inikan pulak dalam politik sorry to say la..anything can b happen..bila sultan bertitah jangan pernah ada siapa yang berani menderhaka..dlm perlembagaan sultan adalah yg plg tinggi..bdk tingkatan 3 pun tau..bila sultan dah kenal pasti bahawa dato seri ir nizar dh hilang kepercayaan dlm kerusi maka sultan ambil keputusan..tak kan di sebabkan nak puaskan hati sorang dua duit rakyat digunakan utk adakan pilihan raya dalam situasi kegawatan yg melanda negara skrg ni..bkn salah nizar, bkn salah umno..takdir yg menentukan ada org lompat parti..lgpun dh habis tanah dipangkor jatuh ke tgn cina sebab org melayu ni nak jadi TUAN..fikir2lah sendiri..kalo nak di ikutkan majoriti pun bkn pas yg menang p/raya..tp DAP..sebab undang2 perlembagaan negeri dan sultan org melayu dan islam yg dpt jd MB..tu pun BONEKA!!! ingat sikit sejarah tu..baru lg jd tak kan lupe dah..tak boleh nak buat keputusan sendiri sebab takut hilang keTUANan pakatan rakyat..jgn cepat menuduh org lain tak berhati perut..semak blk diri sendiri..PAS memang sebuah parti yg bagus dan ikhlas dan kerajaan memerlukan pembangkang seperti pas..tapi bkn pembangkang spt pakatan rakyat!!!! keikhlasan PAS terhakis disebabkan segelintir penganut parti ini yg sedemikian rupa..kalau ramai yg suruh UMNO muhasabah diri..PAS pun kena muhasabah diri!!..hentikan bersubahat dgn bangsat agama dan negara seperti ANWAR IBRAHIM..krn suatu ketika dulu bangsat ni pernah menentang PAS..sebab bangsat ni terlepas negara jadi kecoh tak tentu hala..nsht kpd PAS jgn terlalu terdesak hingga menjilat ludah org lain..buat acuan sendiri..bkn tumpang acuan org lain..simpati yg teramat sgt pd nizar sbb dia dr pas bkn PKR @ DAP..krn leka sbg TUAN rakyat mjd mangsa..mcm mana pn dh terlambat kerana raja telah bertitah..akurlah dgn beradab bkn biadap..!!!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, perasaanku bahawa mahasiswa sekarang semakin matang berfikir dan semakin ingin mengetahui perkembangan semasa. Satu perubahan yang amat baik dan aku sangat bangga. Tahniah mahasiswa!!!

    Komen sahabat anak jati darul ridzuan buat aku terkesima sebentar...
    Dari penganalisa secara rambang dia agak emosi...
    ingin pula ku nyatakan pandangan insan dhaif ini...
    Bukan soal mmbazir untuk adakan pilihan raya tika negara dilanda kegawatan ekonomi tetapi ini soal demokrasi... hak rakyat... Bukan persoalan biasa yang boleh disamakan. Bukakn minda anda. Membazir dalam konteks ini dikira tidak salah.
    Semua mahasiswa dan pembaca harus jelas..........
    Kadang-kadang ingin juga aku nyatakan siapa BONEKA sebenar???
    Fikirkan
    a) YB NIZAR
    b) Sultan
    Institusi Kesultanan sebenarnya telah dipergunakan...
    Mari juga kita teliti sejarah...
    sejarah yang banyak mengajar kita...
    sejarah yang telah tercipta
    Zaman kegemilangan UMNO dan BN dimanakah anda meletakkan Institusi Kesultanan... Seolah-olah Sultan tiada fungsi... Tetapi disebabkan negara kita mengamalkan RAJA BERPELEMBAGAAN maka anda tetap juga meraikan mereka. Sedangkan mereka hanyalah melukut di tepi gantang...
    Cuma bila situasi seperti sekarang, anda cuba bertindak sebaliknya..

    Cuba fikir-fikirkan...

    ReplyDelete
  7. salam...

    aku setuju dengan pendapat hang zati..perlembagaan jelas menyatakan ada tiga cara untuk dapatkan kerajaan perak secara sah, tapi perlembagaan sendiri tidak dipatuhi..

    kita semua sedia maklum dan penah belajar bahawa sejarah bahawa sistem perundangan kita menggunakan sistem raja berpelembagaan, tapi kenapa perlembagaan dilacurkan...

    bukan bermaksud derhaka pada raja, tapi keputusan yang dibuat tu menimbulkan keraguan..

    kenapa takut berdepan dengan rakyat??? kalaula diadakan pilihan raya, insyaAllah sokongan PAS akan bertambah, mengalahkan kerusi dun DAP..

    sekian...

    ReplyDelete
  8. aku sokong ank jati darul ridzuan..sbb aku pn ank jati drul ridzuan n membawa nombor -08- dlm ic dah 24 thn..mak bpk aku pn sjk dr azali n dh berpuluh2 thn jd org perak..kami org perak ttp menjunjung titah sultan..pantang org prk menderhaka pd raja..sbb seluruh lagu,jata negari dan bendera kami tak lepas menyebut tentang ketuanan raja..cume org perak spt nizar yg telah terhasut dgn kta2 org lain hingga sangup derhaka pada sultan..jgn sesekali cemar ketuanan sultan perak dgn tuduhan saudari..kalo pn benar saudari kata sultan boneka mungkin sultan di negeri saudari adalah boneka tp bukan di negeri perak!!!..dan jika ditanya sapa boneka di negeri perak dah tentu la nizar yg jd boneka,boneka kepada PKR dan DAP,mcm mana tanah org melayu byk terlepas kepada cina di Perak??
    mcm mana lesen pembalakan boleh dpt sedangkan masa zmn bn memerintah susah nak dpt? hny org perak je tau ape yg terjadi..mslhnye yg wat chaos kt perak ni bknye org prk..tah mane2 dtgnye puak2 ni..kalu sultan yg dituduh boneka mcm mane nizar yg boleh jd MB perak aritu?
    sudah la..henti-henti la gile ketuanan..dh xdpt xdpt la..masa BN kalah dulu pn xde pun smpai wat kecoh satu msia..kt trenganu pun serupa tu jgk..dh dpt mandat dpt la xdpt tu xdpt la..
    menjunjung titah sultan tak bertentang dgn ajaran islam bukan?!taat kepada Allah, rasul dan pemerintah..
    xtimbul soal sultan sbg boneka..sbb semua mengikut lunas undang2..saudari perlu selidik latar belakang sultan perak..dan perlu selidik latar belakang sorang lagi bangsat negara KARPAL SINGH..xde salahnye Dr Zambery tu jd MB dia pun Islam jugak..same mcm nizar..jgn sebab segelintir yg punye angkara satu organisasi jd mangsa..xkan nk tuduh sultan barua UMNO lak kot..ikut logik akai pn tau..mustahil la UMNO rasuah Sultan Perak..sedangkan harta deme tak luak pun 7 8 keturunan cik kak oi..bkn nk ungkit..tp cuma mtk tlg sedaq diri sikit ja...fikir-fikirlah sendiri..

    ReplyDelete
  9. ade jgk org nak nyokong teman ye..hehe..emosi tak emosi itu ler hakikatnye..pandei2 la kome..
    ape2 pn..kome pikior ler sendiri..maleh teman melayan..ramei benor yg blagak baik tp sbnarnye bongkak bebenor..hehe..

    ReplyDelete
  10. Pertama sekali ucapan terima kasih kepada anak jati darul ridzuan dan daulat tuanku kerana sudi memberikan komen di blog insan biasa ini.
    Terima kasih menjadi pengkritik untuk artikel ini.
    Ya saya harus terima yang setiap orang punya pandangan peribadi, dan saya amat meraikannya.
    Tetapi, saya juga harus sedar kita juga punya peranan untuk menyebarkan kebenaran.
    Permulaan 2009, menjadikan malaysia gempar dengan kejadian yang berlaku d Perak dan sungguh amat tidak disangka artikel ini punya komen dari pelbagai latar belakang.
    Di sini ingin dinyatakan juga, pandangan org yg lebih SENIOR ttg apa yg berlaku di Perak.
    Sama-sama kita ikuti.
    Konspirasi dan plot jahat sentiasa mendapat tempat dalam politik umno. Kali ini kisah menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Percaturan dan perancangan jahat oleh thinktank Umno telah berjaya mengabui konpirasi ini dengan meng'kambing hitam' dan membonekakan Sultan Perak.

    Usaha pertama pada bulan Ogos 2008 untuk merampas Perak dari PR tidak kesampaian akibat dari sikap berhati2 BN terutama apabila melibatkan adun yang akan melompat.
    Oleh sebab itu usaha kedua awal 2009
    1. Adun Bota pun memulakan kisah konspirasi dengan melompat ke PKR dengan alasan hilang kepercayaan akibat pilihanraya kecil KT kalah . Pakatan Rakyat dengan masih lagi dibuai2 kemenangan di KT merasakan sudah kuat (iktibar Perang Uhud dan Hunain) dan terus menerima adun Bota yang melompat seterusnya mengalu2 mana2 adun yang ingin melompat (jerat mengena-BN).
    2. Tajol Rosli mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan pengerusi BN perak akibat dari adun bota yang keluar parti (sebenarnya sejarah keluarga Tajol Rosli mungkin akan menjejaskan konspirasi jahat ini)
    3. Najib mengambil alih pengerusi BN (sebenarnya bolehlah jadi hero kononnya dialah yang berjaya merampas Perak-kredibiliti kembali melonjak setelah tewas pada rakyat KT)
    4. 3 adun PR melompat ke BN, Pakatan Rakyat Perak jadi kalut sebab baru jer meraikan adun bota.
    5. Adun Bota kembali ke BN (sebenarnya bertindak sebagai umpan perangkap jer)
    6. BN menghadap Sultan Perak (jadilah boneka sebagai pelengkap kisah konspirasi di Perak)
    7. Zamry pun jadilah MB haram (haram pun haramlah.... yang penting happy ending)

    Hollywood pun mesti tangkap masssyuklah dengan skrip mahakarya nieee.

    Kepada MB Nizar...saya tetap dan berterusan berdoa mengharapkan segala perancangan jahat ini akan dinafikan oleh perancangan Allah. Semoga apa jua yang terjadi menjadi ujian dan iktibar kepada kita semua.

    Allahuakbar

    ReplyDelete
  11. saudari mungkin belum faham apa yg dikatakan politik mungkin...xpe teruskan membaca dan belajar ye dik...

    ReplyDelete
  12. hehehe..jika benar apa yg cik kak tuduh bermakna PR di perak memang xleh pakai langsung..buang duit dan masa rakyat je ngundi PR..mcm tu pun boleh tertipu ker?..tu la leka jadi TUAN lagi..ALLAH memang maha adilkan?

    ReplyDelete
  13. nampak sangat kelemahan dan kebodohan PR kt perak? tak betul ke? mcm mana nk memerintah gini punye gaye?

    ReplyDelete
  14. kalo nak ikut think tank..anwar ibrahim lagi kuat think tanknye..

    ReplyDelete
  15. Kenyataan dari MB Perak perihal tanah Kekal untuk RAKYAT PERAK.. bukan Rakyat kroni!

    Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said...

    Assalamualaikum Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis kepedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkantahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komenserta kritikan. Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak iniada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalamansebaga i Ex-Officio.

    Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supayatidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiapperundangan dan ketetapan negara dan negeri. Oleh yg demikian setiapkeputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujukkepada mereka.

    Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan inputtentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuatkeputusan.

    Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baruuntuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja DrNazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat excosebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

    Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanyatidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijakdalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaansemua institusi kerajaan yang terlibat.

    Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumatyang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayuyang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulusebagaiman a UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih,Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

    Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

    22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas
    1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
    12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
    Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
    200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )
    Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekatHiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan dibeberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta,dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PRambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay-towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepasPRU- 12).

    Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lotkampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru(kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli),adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12. Bukan janji DAP!. DAP tiadamanifesto ketika itu di Perak.

    Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerahhak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebihdari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

    Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya.Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadarpremium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bankkomersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

    Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantikkerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

    Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai olehkerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugianberjuta- juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat"kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

    Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyatPerak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinanUMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaiankerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

    ReplyDelete
  16. anaka jati darul ridzuan itu, sebenarnya tersilap masuk BLOg,

    ReplyDelete
  17. anak jati darul ridzuan tidak kenal UMNO ini siapa mereka sebenarnya? mereka hanya jaga melayu, tapi bagaimana dengan islam...yang manakah lebih berharga di akhirat kelak? Nilai Melayu atau Nilai Islam.Ingat, politik ini bukan bidang pekerjaan tapi ianya ialah ibadat.Namun apabila kita lihat situasi sekarang, ianya sudah menjadi fardhu ain keatas setiap umat islam untuk berjuang kerana islam sekarang sedang disepit oleh kerakusan golongan sekular yang lupa kepada mati

    ReplyDelete
  18. jika benar dakwaan sedare jge melayu ketepikan islam sbg sekular, jadi jage islam ketepikan melayu ape pulak sedare?

    ReplyDelete