Sunday, May 3, 2009

"Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi??"

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehidupan sebuah keluarga......

Malam itu kami berbincang tentang hal-hal keluarga.... Perihal tok yang akan pergi ke Korea bulan hadapan dan macam-macam lagi...

dan antara sence yang penting

Abah : "Nanti 31Mei boleh laa abah pinjam motor"

Kak Long : "Abah nak pergi mana???"

Mama : "Kan 31mei pilihan raya Penanti"

Kak Long : "Wah.... nak ikut!!!"

Abah : "Ish...mana boleh!!.. Awak tu kan belajar lagi"

Kak Long : "hmmmmmm" (sekadar bermonolog dalam hati)

Dan dengan tidak disangka-sangka

Mama : " Hmmm, mama dulu kecik-kecik..tak habis belajar lagi dah pi jadi peraih undi untuk Pak Lah kat Kepala Batas tu"

Wow, ini peluang keemasan untuk memasang perangkap...

Kak Long : "Ooooo mama, maka tak salah laa apa yang akak buat selama ini... sebab mama dulu pun dah buat... Haeheh"

Yes...yes!!!!

Akhirnya, terbongkar juga sebuah kisah....

Moral of the story, "ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi".

Hebat-hebat, benar-benar tidak tercapai akalku... Mama dulu pun buat kerja apa yang aku buat... tapi, dulu-dulu side UMNO laa.

Memang patut anak dia jadi macam nie...

Abah pun pernah jadi Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar semasa di Maktab Perguruan dulu.. Maka anak dia pun jadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan Setiausaha"

Cuma yang menjadi kerisauan sekarang ni... Abah & Mama dua-dua jadi CIKGU.....

Adakah anaknya ini akan jadi CIKGU juga????

-Karier yang dari dulu aku cuba mengelak..... Huhu-

Cuma untuk masa hadapan...anak-anakku hanya boleh ikut perangai yang baik2 saja ya!!!

4 comments:

  1. hmm... apa salah jadi cikgu? hehe... memang ada tokoh jadi cikgu!!

    patut lah...nasib baik kuah tak tumpah kat lantai.. All da best untuk perjuangan yang seterusnya ya!!

    salam

    ReplyDelete
  2. tq ros....

    memang ada tokoh jadi cikgu!!

    huhu.....

    statement ini selalu membuatkan ku bertambah risau....

    dah terlampau banyak...

    umpama doa....

    "xdak kerja yang senang kn"

    ReplyDelete
  3. masih ok lagi jika kuah tunpah ke lantai. kalau tak pandai buat kuah lagi susah...

    ReplyDelete
  4. menjawab persoalan di atas:

    sin chan : hohohoho..baju tadika aku dah cantek! (setelah mewarnakan bajunya dengan kuah kari)

    jet Li : bila masa lak ada kuah kat aku punya mistic sword ni?bunuh die!

    wonderpets : ada semut dalam bahaya..tenggelam dalam lautan kuah kari.mari kita selamatkannya..apa yg penting?(kerjasama!)

    mak cik cleaner : nila dak2 zaman skrg..mkn gelojoh..aku jugak yang nak kena basuh alas meja ni (membebel sambil mengelap peluh dan memegang pinggang beliau)

    nurul farah : mungkin juga tumpah atas bihun goreng ni (sape ntah x makan nasi tu)

    moral of d story? x semestinya atas nasik kan?
    hee =) gurau je ye..

    -moga gembira di mana sahaja anda berada-

    ReplyDelete