Monday, June 1, 2009

TEKONOLOGI MAKANAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

TEKNOLOGI MAKANAN merupakan satu bidang yang menumpukan kepada penghasilan produk makanan. Bermula daripada bahan mentah hinggalah kepada penghantaran kepada pengguna. Semua langkah dalam penghasilan produk amatlah dititik beratkan.

Mempunyai prospek kerjaya yang begitu meluas dengan banyaknya terbina kilang-kilang makanan dan agensi-agensi yang mengawalselia mutu dan kualiti makanan. Quality Control atau Quality Analysis merupakan kerjaya yang sinonim dengan pemilik ijazah teknologi makanan jika berani terjun ke lapangan industri. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menawarkan banyak pilihan kerjaya.

Belajar TEKNOLOGI MAKANAN memerlukan kekuatan membaca dan mengira yang baik kerana subjek BIOLOGI, KIMIA, FIZIK dan MATEMATIK tidak dapat dipisahkan daripada bidang ini. Meneroka bidang yang sememangnya mencabar ini merupakan satu pengalaman menarik dalam hidup.

Sangat teruja kerana selepas balik daripada menjadi AJKO KMPk, saya telah dihujani banyak soalan daripada adik-adik yang berminat menerobos bidang ini.... Nampaknya pembinaan generasi KMPk yang mengambil TEKNOLOGI MAKANAN di kampus semakin berkembang baik kerana hampir setiap generasi ada wakil.

Sama-sama memartabat industri makanan halal di dunia... Insya ALLAH.

Semoga impian kita menjadi kenyataan!!!

Di sini disertakan link http://teknologimakanan.blogspot.com . Web yang saya baru terjumpa..

1 comment:

  1. akak, susah tak belaja jurusan nih???
    saya nak ambik jurusan nih tapi takut tak boleh bawak subjek kimia.

    ReplyDelete