Monday, June 15, 2009

TIPS UNTUK SUKSES BUAT AHLI JEMAAH @ PERSATUAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1) Niat dan matlamat yang jelas untuk berjaya dalam akademik khususnya (set di dalam minda dan hati anda)

2) Set milestone yang jelas dan reasonable (nak capai berapa pointer, at least 3.0)

3) Pengurusan masa yang efisien (yang ni, ramai yang fail), akan dibcg lain kali, insyaAllah.

4) Disiplin diri yang ketat

5) Tabah hati dan kuatkan semangat

6) Cabar diri sendiri (kenapa orang lain boleh, kenapa tidak kita)

7) Jangan sekali-kali tinggal kuliah (walaupun berjaga malam sebab meeting, lbh baik pegi kelas walaupun akan tertidur. Sebab ada barakahnya)

8) Tunjukkan semangat anda ingin belajar (duk depan sekali dalam kuliah. Akak selalu cuba dok depan dan mmg pernah tertidur dpn lecturer)

9) Jgn lewat dtg kuliah dan jgn sekali2 missed first lecture setiap modul)

10) Study group, klu blh dgn bukan jemaah dan jemaah

11) pengurusan nota yang efisien, faham betul2 the whole concept yg nak bljr

12) Selalu berjumpa dan berbincang dengan lecture. Jangan malu bertanya

13) Banyak dapatkan soalan2 last year dan banyak latihan terutama utk yg study last minute

14) Restu ibu dan ayah (kalau boleh, setiap exam, call minta diorang tolong doakan)

15) lain2; solat hajat, tahajjud, baca al-Quran cuba amalkan sebanyak yang mungkin


Selain itu...

Panduan buat adik-adik dan kawan-kawan yang ingin sambung belajar.

Alhamdulillah, banyak sungguh ni’mat yang Allah berikan kepada ku. Tak tergambar betapa Maha Pemurahnya Allah yang Maha Pengasih itu. Walau macamanapun, hatiku masih lagi bimbang. Memikirkan syukurku masih lagi tidak seberapa. Ujian yang dihadapi, kekadang melemahkan semangat juangku. Menghilangkan rasa syukurku. Walhal, ujian itu hanya kecil cuma berbanding ni’matnya yang menggunung besarnya.

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada mereka yang terpilih untuk diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hargailah peluang itu dengan sepenuhnya. Jangan sia-siakannya walaupun seketika.

Betapa beruntung orang yang diberi kelebihan itu sedangkan ramai yang amat mengharapkan peluang itu. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui siapa dan apa yang paling layak buat diri kita. Bukan bererti hidup kita berserah kepada takdir semata, usaha kena tetap ada, doa dan tawakkal jangan putus. Tetapi pengharapan yang terakhir, letaklah kepada Dia. Tanpa rasa menyesal dengan ketetapan yang akhir. Jika ia bukan seperti yang kita harapkan.

Allah berfirman, mafhumnya, Allah mengangkat orang yang berilmu dan bertaqwa itu satu darjat. Menunjukkan betapa Allah sendiri mengiktiraf orang yang berilmu ini. Bukan sekadar berilmu tetapi bertaqwa!

Hadith Nabi ada menyebut bahawa, barangsiapa bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan lapangkan jalannya untuk masuk ke syurga.

Menuntut ilmu ini susah. Kecuali orang yang suka mengambil mudah. Ana sedih sebenarnya melihat, tidak ramai yang faham agama ingin atau ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yang ada pula tak sebarapa. Dengan auratnya tak terjaga, bahkan ada yang lebihkan masa untuk bermain2 dari betul2 belajar. Mengambil masa seketika untuk berehat, bercuti bersama keluarga, tidak salah. Tetapi ramai yang Melayu Islam ini, tidak menghargai peluang ini dengan sepenuhnya.

Berada di negeri orang, di bawah biayaan biasiswa lagi, sepatutnya, optimumkan usaha anda untuk menuntut ilmu sepenuhnya.

Biarpun bukan segulung ijarah atau gelaran yang dikejar, tetapi pengiktiran itu perlu untuk memartabatkan kemegahan Islam. Tetapi, berapa ramai yang mampu dan diberi peluang seumpama itu?

Jadi, adik2 dan kawan2 semua, gunakanlah sepenuhnya peluang untuk menuntut ilmu.

Walau bagaiamanapun, tanggungan da’wah jangan diabaikan. Bukan bererti anda sibuk belajar maka anda boleh berlepas tangan dengan apa yang berlaku di sekitar. Kita bukan ingin melahirkan bijak ilmu tetapi buta realiti. Anda kena bijak memainkan peranan dan memahami aulawiyat sebagai seorang mu’min yang sebenar. Bagaimana? Belajarlah untuk mengetahui dan memahaminya macamana? Jangan sekadar mengharap suapan dari orang lain tapi ada usaha sendiri!

Setiap orang diberi kelebihan dan kekurangan. Kelebihan itu, gunakanlah ia sepenuhnya. Kekurangan pula bukan untuk ditangisi tetapi peluang untuk memperbaiki. Jangan pula ia dihina tetapi sama2lah kita saling menampung. Kerana kita satu bangunan.

Alhamdulillah, ana bersyukur sangat atas anugerah Allah ini. Ana memang suka belajar. Ana nampak ini adalah jalan ana untuk berbakti kepada Islam. Banyak sebenarnya yang ana nak buat, insyaAllah. Kerana kecintaanku kepada ilmu buat Islam yang tercinta.

Ana mengambil contoh, kuatnya semangat Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Ana pegang kukuh nasihat beliau. Antara satu cara untuk betul2 menuntut ilmu adalah jangan kerap balik rumah. Juga sependapat dengan Ustaz Zaharuddin dan Saifulislam dalam hal ini. Banyak sebabnya…

Belajar dari susah lebih baik dari belajar dari kesenangan. Memang betul, banyak yang ana belajar. Bahkan kita akan lebih menghargai kesenangan yang diperolehi melalui jalan yang susah.

Ana datang ke Cape Town ini dalam keadaan sarat 6 bulan pregnant. Datang sorang diri tanpa mengenal sesiapa di sini. Bahkan ana satu2nya pelajar Malaysia di sana . Betapa banyak cabarannya.

Datang2 sini, ana adalah pelajar PhD pertama di Lab Proteomics itu. Tiada senior mahupun junior. Kerana supervisor ana itu baru pindah dari UK ke Cape Town . Kena set up lab sorang, order barang dan belajar semua sendiri. Setahun lps tu, baru dapat first results. Kena pula bentang ke seminar yang banyak. Sehingga ke saat ini hampir 12 seminar dalam South Africa dan luar negara ana kena bentang dalam tempoh 2 tahun setengah. Di beri kepercayaan untuk supervise student honours dan student master lain dan juga medical doctor yang nak buat specialist. Sekarang kena supervise juga 2 orang PhD students yang lain. Di samping kena publish paper dan siapkan thesis sendiri, keluarga kena ambil tahu. Dua orang permata hati kena ambil berat. Suami tercinta pun kena diberi perhatian. Tanggungjawab da’wah yang lain, tidak boleh buat2 tak nampak.

Sehingga, ayahanda tercinta menyahut panggilan Illahi, tak sempat ku lihat. Pusaranya juga tak pernah ku ziarahi. Kerana memegang amanat ayahanda dan bonda yang tercinta untuk melihat anakandanya berjaya. Kerana mereka juga sangat menyintai ilmu.

Yang menjadi peneman kepada suami atau isteri yang sambung belajar, bukan bererti anda banyak masa. Tetapi manfaat sepenuhnya masa juga dengan ilmu. Ilmu itu banyak, pelbagai dan ada di mana2. Tiada alasan untuk mengata ana ini tidak cukup ilmu atau kurang ilmu. Kini zaman internet bukan zaman tok kadok. Ilmu di hujung jari anda. Manfaatkan semua untuk Islam.

Buat yang ingin sambung belajar, ambillah apa yang baik dan buang mana yang tak perlu. Hanya perkongsian dari insan yang dhoif, wallahu’alam.

Sumber : Wan Iryani Wan Ismail...(Senior PMI) Sekarang menyambung phD di Cape Town


4 comments:

  1. thanks for "kunjungan"

    lepas nie boleh laa slalu post berita pasal PERSATUAN MAHASISWA ISLAM kat akhbar.

    ReplyDelete
  2. TEPATI MASA BELAJAR DAN BERJANJI
    mungkin juga penting

    jadual itu janji itu amanah itu kena buat!
    p/s: blajar dari ayat2 cinta, hehe

    ReplyDelete
  3. salam
    point yg menarik tuk depa2 yg msh belaja
    hatta tuk mereka2 yg keje pun perlukn tips2 sebegitu
    nk mintak kebenaran puan empunya blog
    nk amk point2 tips blaja tuk usrah sekolah menengah..
    ps:kebetulan tgh pening nk carik point berbentuk academician nih,....
    syukran

    ReplyDelete