Wednesday, December 23, 2009

Biar Lambat Asalkan Selamat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Persoalan remaja sekarang apabila sudah hampir dengan tamat pengajiannya @ sudah tamat @ lambat lagi akan tamat adalah berkaitan dengan "alam perkahwinan". Itu adalah lumrah, apabila menjejaki umur 20-an perasaan itu tidak dapat tidak akan hadir walaupun ditepis sehabis daya. Ada banyak faktor yang mendesak dan terdesak semuanya bergantung keadaan masing-masing. Tidak perlulah diulas dengan panjang kerana semua boleh faham.

Impian : Membina Bait Muslim

Bukanlah mudah seperti teori yang dipelajari, perlaksanaannya memerlukan mujahadah yang tinggi. Nasihatnya "janganlah menempuh jika belum betul-betul bersedia". Analoginya jika kita memandu sebuah kenderaan dengan tergopoh-gopoh dan terlalu laju, sudah pasti bila ada bonggol di hadapan tanpa ada persediaan menekan brek akan menyebabkan kenderaan tersebut sedikit melambung. Jika untung nasibnya, selamatlah. Jika tidak, cederalah jawapannya. Nasihat di jalan raya " Biar lambat, asal selamat".

Saya tahu "jodoh tidak pernah datang bergolek" dan kita memang perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Itu pasti!!!. Tetapi, biarlah kena pada masanya. Yang penting diri kita, bersedialah!!

Terkadang saya melihat hampir sama sahaja keadaan orang yang biasa dan orang yang luar biasa, apabila tiba persoalan ini kita hampir-hampir tewas! Mujur ada iman yang sekelumit bisa menyelamatkan. Dan yang lebih penting, Allah masih sayangkan kita. Bersyukurlah...

Orang biasa sibuk dengan budaya "couple", dan orang yang luar biasa sibuk dengan budaya "BM"... Saya tidak pernah menghalang niat baik itu kerana saya tahu ia adalah jalan menuju kepada sesuatu yang menjadi sunnatullah. Tetapi kadang-kadang, kita sebagai manusia yang sangat lemah lagi hina terlari dari matlamat asal yang dituntut. Oleh itu, harus kita banyakkan bermuhasabah diri, mohon keampunan daripada Yang Maha Penyayang... Moga-moga Dia redha akan diri kita....

Persoalan ini sangat rumit kerana ia berkaitan dengan hati. Terlalu kompleks kerana bukan suatu benda yang nampak. Pada saya, apa yang penting kena sama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang baik. Jangan sesekali terpengaruh atau terpedaya dengan tuntutan nafsu semata-mata. Banyakkan perbincangan tentang gerak kerja Islam yang tidak pernah akan selesai.....

Bila direnung kembali bagaimana kisah Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu raja yang terbaik, memiliki tentera yang terbaik dan rakyat yang terbaik menawan Kota Konstinople. Baginda sejak kecil telah diasuh dan dididik dengan ilmu agama serta ilmu kepahlawanan. Apabila selesai misi mendapatkan kota yang menjadi perebutan antara umat Islam dan musuhnya, barulah baginda melengkapkan dirinya dengan perkahwinan. Jadi, sama-sama fikirlah......

To be continue! Perkara yang nak disampaikan belum terluah.. Mungkin ini baru muqaddimah..... Siapkan diri menempuh sesuatu yang lebih mencabar semester ini... Semoga Allah tunjukkan jalan yang diredhai....

5 comments:

  1. Salam,
    Baru2 ini ada terbaca satu luahan hati di majalah oleh seorang lelaki- dia berasa dah tawar hati dengan isteri dia; dia kata isteri dia itu dipilih oleh jemaah dia dan dia hanya melihat isteri dia itu hanya selepas bernikah; walaupun isteri dia itu sangat rajin beribadat tapi dia kata isteri dia sangat malas membuat kerja2 rumah- rumah selalu berselerak..isteri dia kata itu semua suami yang oatut buat dan dia penat menjaga 3 orang anak.. hmm... macam-macam; baguslah boleh bertahan sampai dah 3 anak..dan suami itu ada kata yang isteri dia itu memang x cun pun..adakah itu alasan untuk kawin lagi? hahah..hanya dia dan Tuhan saja yang tahu..salam

    ReplyDelete
  2. "kadang-kadang benda yang kita suka itu x semestinya baik untuk kita & kadang-kadang benda yang kita x suka itu x semestinya xbaik untuk kita kn"

    sebenarnya dalam masalah itu, perkara pertama yang harus kita recheck semula adalah diri kita... Menempuh alam itu memerlukan ilmu.... dan bila dah ada ilmu maka kita hendaklah beramal dengan ilmu itu...

    Pada saya, ikutlah bagaimana rumah tangga yang dibina oleh Rasulullah S.A.W insya-allah selamat dunia n akhirat....

    ReplyDelete
  3. jeng jeng jeng... hehehe
    (saja menyibuk) =P

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    em..saya rasa..perkahwinan awal selepas tamat pengajian, tidak seharusnya menjadi persoalan.mungkin ianya awal, dan tidak bersedia..tapi pengalaman itu sendiri merupakan pengajaran.persediaan sebelum kahwin dan pengalaman selepas berkahwin adalah berbeza..xsemestinya orang yang telah bersedia, akan bahagia.pergaduhan,kesalahan yang dibuat dalam rumah tangga merupakan pengajaran untuk diambil dan memperbetulkan diri.kadang2 kita rasa diri kita da bersedia untuk berkahwin, tapi bila berkahwin, baru kita tahu, banyak benda yang kita xtau mngenai alam perkahwinan ni..jadi..perkahwinan itu sendiri merupakan pengajaran yang berguna..alam perkahwinan tetap berbeza walaupon kita sudah bersedia.
    di samping tu, gejala couple skarang memang dah menjadi2..jadi adalah bagus klo mereka kahwin trus..elakkan maksiat dari berleluasa.umur awal 20an bukn la umur yg awal untuk berkahwin.umur 25, bg perempuan sebernanya umur yg sayup (lewat).

    ReplyDelete