Wednesday, December 2, 2009

SOKONG : AKUI BELAJAR DALAM BAHASA IBUNDA LEBIH BAIK!!!






KUALA LUMPUR 2 Dis: Parlimen hari ini diberitahu bahawa punca pembelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) adalah lebih baik kerana mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan isu masalah beban buku teks yang terlalu banyak dibawa oleh pelajar sekolah.

Beliau sebelum itu menjawab soalan Datuk Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Kurau) bahawa buku teks sekolah yang dikatakan tidak meransang kefahaman pelajar dan sejauh mana buku komersial lebih baik berbanding buku teks sekolah.

Sebelum itu, Ismail mendedahkan bahawa terdapat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bahawa buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah kurang baik berbanding buku rujukan komersial yang ada di pasaran.

Menafikan kritikan itu, Puad Zarkashi berkata, buku rujukan komersial lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata berbanding buku teks yang dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

"Penyediaan buku teks juga disusun dengan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu.

"Hal ini juga untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, buku teks yang digunakan di sekolah lebih baik dari buku rujukan komersial,” katanya

Menjawab soalan tambahan Ismail, Mohd. Puad berkata untuk merangsang kefahaman pelajar ia bergantung kepada kaedah pengajaran guru dan sumber yang diperolehi oleh mereka.

Sumber : harakahdaily.net

Sebenarnya secara jujurnya, saya amat tertarik dengan tajuk berita ini dan saya sendiri sebagai mahasiswa ataupun orang yang menerima pembelajaran merasai semua ini...

Tidak perlu disangkah lagi, kebenaran itu nyata sekali. Tetapi sayangnya, mata yang celik itu hakikatnya buta!!! Belajar dalam bahasa ibunda sendiri lebih senang untuk lekat dalam dada, lebih mudah untuk tembus dalam hati. Hinggakan ada juga mahasiswa yang memprotes pembelajaran dalam bahasa inggeris dengan menjawab peperiksaan dengan bahasa melayu. Semua mesti faham yang ilmu itu bukan semata-mata hendak ditulis di atas kertas, bukan setakat dimuntahkan semasa peperiksaan. Lebih...lebih dari itu peranan ilmu. Semakin banyak ilmu didada semakin kita merasakan diri ini terlalu kerdil berbanding ilmu Allah. Semakin kita rasa dekatnya pada Allah. Mungkin, dengan menjauhkan anak-anak muda sekarang dari ilmu adalah agenda tersembunyi untuk menjauhkan manusia dari Allah. (Maaf saya tak mampu untuk tidak berprasangka).

Dan kerajaan UMNO sendirilah yang sebenarnya telah memusnahkan BANGSA MELAYU. Dan saya minta sebagai rakyat Malaysia Jangan sama sekali bicara soal mempertahankan HAK MELAYU!!!!. Saya jelik. Jika anda tidak sedar lagi, tolonglah buka mata luas-luas.


5 comments:

  1. Assalamualaikum kak,

    Terasa macam dibodohkan pula bila mendengar pengakuan diorang ni. Dulu terkinja-kinja nak laksanakan PPSMI, konon boleh meningkatkan kemahiran bernahasa inggeris la, penguasaan ilmu la.

    Tiba-tiba mereka bila PPSMI hendak dimansuhkan, mereka reka pula alasan baru. Padahal, diketahui umum tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran SJKC yang membantu dalam pencapaian akademik (walaupun tak 100% semua-A), disamping penggunan bahasa ibunda.

    Alakullihal, masa depan anak-anak kita bagaimana kelak jika yang memegang kuasa berkerenah sebegini rupa?

    Wuallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. kt mesti pastikan yang masa depan anak-anak kita x dihancurkan oleh orang yang x berapa betul untuk pegang kuasa...

    n let's be prepare jd pemimpin... utk diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara...

    all da best!!!

    ReplyDelete
  3. mahasiswa yg maybe x tahu bersyukur
    belajar daripada kesilapan
    manusia x sempurna
    lebih baik jadi manusia yg mengakui kesilapan sendiri daripada manusia yang mengaku konon2nya "baik" dan "hebat" dalam segala hal..

    ReplyDelete
  4. Salam Izati,

    Betul, betul..
    Tapi mesti bagi ringkas ;)

    ReplyDelete
  5. wahai ananymous.....

    saya sarankan awk membaca buku-buku jenis "perjuangan mahasiswa". bagus utk awk lebih memahami knapa mahasiswa perlu berjuang... dan kenapa di namakan perjuangan... perkara yang paling utama adalah "menegakkan keadilan". Bukan bicara soal sapa bersyukur mahupun tidak bersyukur....Dan sebenarnya syukur itu hanya pada ALLAH. Sbb semuanya datang dari ALLAH. Pada manusia, hanyalah ucapan terima kasih...

    Yup, saya setuju dgn awak memang manusia tidak sempurna dan tidak akan sesekali sempurna kecuali Nabi Muhammad S.A.W.

    Xmengapalah mungkin awk belum memahami apa erti komen sy ini, nnt sy jelaskan dalam post yg seterusnya...

    Bacalah dengan mata hati... Dan awak perlu melihat sesuatu berdasarkan kacamata ISLAM...

    Semoga awk salah seorg yg akan menegakkan keadilan....

    All da best!!

    ReplyDelete