Tuesday, July 1, 2008

HILANG BANNER DAPAT TELUR!!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

GELUGOR, 1 JULAI – Satu kejadian mengemparkan telah berlaku apabila sebuah rumah siswi USM diserang dengan telur pagi tadi. Sebanyak 5 biji telur didapati di baling ke arah dinding rumah dan 2 buah kereta. Keselamatan rumah mereka kini semakin terancam.

Jika sebelum ini mereka ada menerima “batu bersurat” kiriman orang yang tidak dikenali. Hari ini satu lagi kejutan luar jangkaan diterima. Mereka merasakan tindakan yang paling afdal dilakukan sekarang ialah melaporkan kepada PIHAK POLIS. Mereka sangat berharap orang yang bersalah dapat ditangkap secepat mungkin dan menguraikan kes misteri ini.

Pada firasat mereka tindakan ini disyaki dilakukan oleh golongan yang tidak berpuas hati terhadap mereka. Perasaan dendam kesumat tidak pernah berhenti membuak-buak dalam diri orang yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Dalam minggu ini juga, mereka bertungkus lumus menyiapkan “banner” bagi meraikan kedatangan adik-adik baru ke alam kampus sempena minggu orentasi , tetapi akhirnya kebanyakkan “banner” tersebut lenyap dipandangan mata apabila digantung . “Ada orang cuba sabotaj” kata salah seorang mangsa yang enggan dikenali. Dan laporan telah dibuat ke JABATAN KESELAMATAN. Mereka percaya kepada peribahasa “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Kebenaran pasti akan terbukti.

Misteri kehilangan “banner”, diikuti dengan serangan telur. Dan mereka akan terus sabar menantikan apa pula tindakan selanjutnya dari insan yang memang tiada hati perut …. Semoga ALLAH masih bukakan pintu hati untuk bertaubat pada mereka.

2 comments:

  1. sabar ye...
    selamat datang sem baru..
    harap budak2 baru dapat menilai permata dan kaca..
    salaam

    ReplyDelete
  2. telur naik hrga pn sanggup nk bazirkan lg..mmg dasar xtau besyukur..skrg 5 biji dh rm1.50 kan,sebiji 3 kupang huhu..

    ReplyDelete