Tuesday, November 25, 2008

HIDUP INI TIDAK SIA-SIA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Cuma manusia yang sering jadi alpa
Hanyut dalam keindahan dunia
Kabur mata hati apatah lagi mata yang berada di kepala

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika beramal untuk ALLAH semata-mata
Tapi kerana duit dan harta
Manusia semakin hilang arah punca

Hidup ini tidak sia-sia
Jika sunnah dan al-quran tidak di lupa
Menjadi pedoman setiap masa
Bekalan diri buat penenang jiwa

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita memberi dan menerima
seadanya
kerana kita memang tidak pernah sempurna

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita berusaha sedaya upaya
Mematuhi segala perintahNYA
Meninggalkan segala larangan Sang Pencipta

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita abdikan diri pada yang tercinta
Berada di bawah lindungan rahmatNYA
Bebas dari Si syaitan durjana

Hidup ini tidak pernah sia-sia
Jika kita sentiasa bersyukur padaNYA
Atas segala nikmat kurnia
Jika tidak siapalah kita wahai manusia...

4 comments:

  1. salaam... masaku di stesen bas butterworth kumelihat suasana yang membuntukan. mereka dalam buntu tapi macam tak nampak jalan... tak macam kita student sentiasa diberi pendedahan..oh bagaimana ye?

    ReplyDelete
  2. ini boleh dianggap sajak ini. teruskan menulis.

    ReplyDelete
  3. lupa nak promosi.

    sertailah www.esastera.com (buka dengan internet explorer)

    INGAT: masa depan sastera anda berada di esastera.com

    ReplyDelete