Tuesday, November 18, 2008

WANITA UMNO: SIAPA KETUA??



Shahrizat dijangka umum tanding Ketua Wanita Umno Khamis ini





KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sudah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan, menurut sumber-sumber. Shahrizat dijangka mengumumkan keputusannya Khamis ini, sekali gus akan melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.




Sumber-sumber itu memberitahu Bernama, Shahrizat berpendapat bertanding jawatan itu adalah keputusan yang terbaik baginya memandangkan Rafidah tetap bertegas untuk melepaskannya hanya pada Jun dan menolak desakan dari banyak pihak dalam parti supaya peralihan kuasa Wanita Umno diselaraskan dengan pelan peralihan Umno induk iaitu pada Mac.


Pada Mac, Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kedua-dua jawatan itu kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Sumber-sumber itu berkata Shahrizat juga didorong oleh keputusan anggota exco Wanita Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan Naib Ketua yang disandang Shahrizat sekarang. Kamilia berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.


“Malah pendirian tegas Datuk Kamilia itu tidak memberi opsyen kepada Datuk Seri Shahrizat selain daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. Pada masa yang sama ia telah juga memudahkan beliau membuat keputusan itu,” kata sumber-sumber itu. Shahrizat, menurut sumber-sumber itu lagi, telah memberitahu keputusannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno minggu lalu, mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk. Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.


Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan. Shahrizat ketika dihubungi berkata: “Tunggulah sehingga saya membuat pengumuman rasmi”. Sementara itu, Rafidah yang kini bercuti di Hong Kong, ketika dihubungi berkata beliau akan hanya mengulas mengenai perkara itu sekembalinya daripada cuti. - Bernama




Politik wanita UMNO tidak kurang hebatnya menggegarkan atau lebih tepat meributkan seluruh Malaysia... Alhamdulillah tiada adegan tarik menarik rambut... Jika tidak pasti lebih hangat... ini menunjukkan sikap profesionalnya ahli politik negara kita. Saya sebagai pemerhati yang kerdil melihat jika benar Datuk Sharizat mengambil keputusan untuk bertanding Ketua Wanita UMNO adalah sangat tepat..kerana...




1) anjakan paradigma pemikiran tampuk kepimpinan yang baru akan membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh ahli UMNO


2) pelan peralihan kuasa tidak releven kerana menyaksikan keberuntungan hanya pada pihak Tan Sri Rafidah


3) dah tiba masanya untuk Tan Sri Rafidah berundur(mungkin beliau tidak sedar ahli dibahagian akar umbi mahukan perubahan)




Selain itu, saya amat menyokong dengan tindakan Datuk Kamila yang tetap tegas dengan pendirian... tak perlu nak bodek-bodek... pejuang berani beginilah yang kita perlu....




Daripada sumber berita tersebut...Tan Sri Rafidah sedang bercuti di HONG KONG... Wow... Bestnya Tan Sri... negara ribut-ribut, Tan Sri pergi hilangkan amarah ya???? Mungkin itu yang terbaik...




Pemilihan tampuk kepimpinan UMNO kali ini dilihat begitu menyesakkan.... Menampakkan sungguh-sungguh dari pemerhatian insan luar yang UMNO terlalu banyak masalah dalaman....




Amat mengharapkan agar pimpinan yang baru nanti akan mampu meredakan segala kekusutan ini..... MUngkin lebih baik bergabung di bawah kepimpinan ULAMA'




Sekadar coretan insan biasa

No comments:

Post a Comment