Monday, December 1, 2008

HARI KEBANGSAAN TANPA KONSERT!!

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu sambutan Hari Kebangsaan tahun depan tidak membabitkan penganjuran konsert kerana tidak mahu mencemarkan kemuliaan Ramadan.

Katanya, konsert menyebabkan gejala negatif terutama di kalangan remaja yang sudah tentu mencemar kemuliaan Ramadan.

"Lebih baik jika kegiatan berkenaan, khususnya konsert besar-besaran di tempat terbuka tidak dianjurkan pada Ramadan atau tidak dianjurkan terus kerana kegiatan itu menyebabkan gejala negatif.

"Kita mahu penganjur menitikberatkan soal kemuliaan Ramadan dengan menganjurkan aktiviti sesuai.

"Kita juga mewujudkan jawatan kuasa induk di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk rujukan dan panduan kepada pihak yang mahu menganjurkan aktiviti kemerdekaan supaya tidak tersasar dan menjejaskan Ramadan," katanya.

Katanya, kerajaan juga membenarkan sambutan diadakan lebih awal atau lewat atas nama hari kemerdekaan bagi mengelak menjejaskan ibadat puasa, selain kemuliaan bulan itu.

"Tidak semestinya pada 31 Ogos tetapi boleh diadakan pada tarikh lain sebelum atau selepas Ramadan dan ini cara sesuai menghormati bulan puasa.

"Kita juga mencadangkan aktiviti sambutan kemerdekaan dianjurkan pada waktu malam," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berhubung aktiviti sambutan kemerdekaan negara.

"Perbincangan ini akan diadakan dari semasa ke semasa atas komitmen untuk memelihara kemuliaan bulan suci Islam itu," katanya.

Komen dari insan biasa:
Alhamdulillah, jika perkara ini disedari lebih awal alangkah beruntungnya kita bebas dari dosa-dosa yang bertimbun antaranya pembaziran wang rakyat untuk siapkan kereta berhias, custom untuk penari-penari, baju untuk pelajar-pelajar berkawad, belum lagi alatan-alatan yang diperlukan untuk persembahan. Tidak termasuk bayaran penyanyi undangan(kalau menggunakan khidmat penyanyi popular tentu lagi mahal). Pembaziran masa untuk berlatih dan melihat konsert sedangkan hakikatnya lebih banyak perkara yang perlu diuruskan. As-syahid Imam Hassan Al-Banna kan dah cakap "kewajipan kita melebihi masa yang ada". Kalau kita fikirkan umur kita dah semakin singkat adalah lebih elok kalau kita terus banyakkan mencari ilmu dan beramal selagi nyawa dikandung badan. Dan yang pasti memang KONSERT itu melalaikan dan punca maksiat. Kalau ditakdirkan mati disitu belum pasti ALLAH terima atau tidak. Ampunkan Ya ALLAH seluruh anggota badan yang mengkhianati janji denganMU.

Memang sudah terang lagi bersuluh, konsert merupakan antara penyebab kejatuhan akhlak dan moral remaja sekarang. Tindakan tradisi memeriahkan HARI KEBANGSAAN dengan konsert menampakkan ketidak intelektualnya manusia abad ini.. Sedangkan dicanang di sana sini yang kita berada di era moden,era teknologi seharusnya pemikiran lebih-lebih kehadapan. Mungkin terlalu terpengaruh dengan budaya barat dan mengagongkan penjajah kita terus jadi begini. Wahai manusia, sedarlah. Islam dah ajar cara yang terbaik. HARI KEMERDEKAAN tue wajar kita sambut dengan penuh rasa kesyukuran hanya pada ALLAH.. pada ALLAH.. Dan dengan rasa syukur itu diharapkan akan mendekatkan diri kita lebih pada ALLAH. Seterusnya bila pergantungan hanya pada ALLAH, hati kita lebih tenang dan senang, maka produktiviti pekerjaan akan meningkat dan pencapaian lebih memberansangkan. Negara akan maju dengan penuhnya manusia yang tinggi keimanan dan ketaqwaan pada ALLAH.. (teringin nak lihat, insya-allah akan terjadi suatu hari nanti)

Seharusnya semua manusia yang bergelar muslim sedar KONSERT YANG MELALAIKAN MEMANG HARAM tidak perlu tunggu bulan RAMADHAN baru nak minta tidak adakan KONSERT untuk menghormati bulan suci. Tapi, di sini saya amat berbesar hati dengan adanya tindakan tersebut.

Semoga ISLAM akan terus tertegak. Dan ISLAM hanya akan tertegak atas keruntuhan KEJAHILAN...

2 comments:

  1. bagus... ada juga menteri yang mempertimbangkan hal ini.. mmm..menteri ni yang tengah pergi haji sekarang ni kan? rr..kalau tak silap..

    ReplyDelete