Sunday, April 26, 2009

MAAFKAN AKU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Sesungguhnya tiada satu musibah pun yang berlaku melainkan dengan izin ALLAH" meminjam word seorang sahabat...

Sesungguhnya hari ini bermula dengan tindakan seorang anak yang telah mengecilkan hati seorang abah dengan tidak mendengar cakapnya agar tidak pergi ke PENANG....

Tetapi sebagai orang yang menguruskan pertemuan usrah batch yang buat kali terakhirnya, ku gagahkan juga kaki ini melangkah...

Terniat juga untuk membatalkan sahaja pertemuan kerana beberapa masalah teknikal yang sukar di atasi. Permulaannya ingin kami bersantai di pantai batu feringgi membrainstorm perjalanan masa hadapan memandangkan ada beberapa orang sahabat yang akan bergraduasi @ lebih tepat meninggalkan kami di alam kampus dan menghadapi dunia realiti yang cukup mencabar tetapi saat-saat akhir lokasinya bertukar di Tasik Harapan yang memang sudah cukup sinonim dengan muka-muka kami..

Pertemuan yang dirancang sepatutnya bermula jam 9.15pagi terpaksa dianjakkan sehingga pukul 10.10pagi... Nampaknya masih belum berjaya dari sudut pengurusan masa.... Semoga sama-sama kita menjaga amanah dengan waktu....

Pengisian bermula dengan sedikit perkongsian tentang isu PPSMI oleh seorang ukhti yang baik hati dan rajin sekali kerana mengikuti bengkel SPAQ pada malam sebelumnya. Dan resolusi yang dibuat "Kami harus memperjuangkan pendidikan dalam bahasa Melayu kerana kepentingan memahami ilmu itu sendiri dalam masa yang sama tidak mengabaikan penguasaan bahasa inggeris".

Pengisian terus berjalan dengan pembentangan planning hidup kami dalam masa 5 tahun akan datang.... Semuanya memang menarik dan tersendiri....

Dan kami telah sepakat dengan 2 tindakan:

1 - Mengerjakan umrah pada tahun 2017 bersama-sama

2 - Memberi sumbangan RM 10 setiap bulan setelah mendapat pekerjaan ke dalam akaun batch (akn diberitahu kemudian). Impiannya agar kami dapat membeli asset yang bernilai untuk jemaah.

(Pemberitahuan secara tidak langsung kepada ahli-ahli usrah yang tidak dapat menghadirkan diri)

Dan yang terakhir sekali kami diminta untuk menyenaraikan kelebihan dan kekurangan sahabat.... Sama-sama koreksi diri...

Dan setiap pertemuan ada perpisahan..... Aktiviti wajib kami adalah makan bersama...

Selesai usrah, hajatku adalah untuk pulang seberapa segera ke Sungai Petani....

Melihat meter minyak yang hampir kosong terus ku lajak ke mobil Sungai Nibong untuk mengisi minyak. Usai dengan tugasan itu, aku sudah siap sedia untuk meredah bahang mentari yang membara.

Mengambil u-turn memerlukan aku untuk berhenti seketika... Di hadapanku, sebuah motor akan berlalu.... Mula sahaja hendak memecut, tiba-tiba terdengar seperti ada orang yang merempuh motor tarbiyahku... Dan semestinya motorku senget ke tepi... Tidaklah terlalu kuat sangat.... Aku alhamdulillah selamat... Cuma jantungku kencang menahan kejutan dan amarah yang tidak terhingga....

Boleh ka orang yang melanggar hanya duduk di dalam kereta dan berkata kepadaku... " kenapa tak duduk tepi sikit...." Apa dia buta ka??? Aku dah memang ambil side paling tepi.... Dasar manusia memang tak nak mengaku kesalahan diri sendiri... Alasan.... Bukan itu sahaja, pemuda tadi langsung tidak turun dari keretanya untuk menolongku... Lelaki yang tak dak hati perut apa.... Ada lagi yang lagi dahsyat dari itu.... Dia terus berlalu meninggalkan aku..... KEJAMNYA MANUSIA ITU.... Semoga ALLAH sahajalah yang membalas perbuatannya. Aku mohon Ya ALLAH sedarkanlah dia....

Alhamdulillah.....selepas itu ada sebuah kereta yang dipenuhi anak muda datang untuk u-turn juga... menolongku mengalihkan motor ke tepi lagi... Aku memang tak larat nak angkat motor tue... Motor tak boleh bergerak.... Sebab masih ada gear yang belum free.... I try my best untuk free kan gear... Then ada seorang pak cik datang... tanya apa yang berlaku... "Ada orang langgar saya pak cik... Tapi dia p macam tu saja..." balasku... Pak cik kata balik " Tak dak apa-apa kan??? Hati-hati ya dik"... "Baik pak cik. Terima kasih" akhir perkataanku....

Aku teruskan perjalanan sehinggalah sampai di rumah lebih kurang pukul 3.18petang... Alhamdulillah...

Motif of the story... berhati-hatilah di jalan raya.... dan jangan kecilkan hati ibu bapa.... balasannya ALLAH dah bayar cash.... Huhu....

PENANG mungkin sukar untuk bertemu denganku lagi...

For my dad n mom.... please forgive me!

8 comments:

  1. hm... between a girl (unmarried) and God, there are her father, brother, and her family. for every word that came out from her father, especially, the girl must obeyed it, as far as it didn't interfere with syara'.

    pesan dari rakan yg juga ada adik perempuan. he..

    ReplyDelete
  2. thanks for that advice...

    sgt menghargai..

    ReplyDelete
  3. salam, lama xtgk blog ni. betul kata bro aizuddin tu..keredhaan ayah/ibu lebih utama.sedangkan sedang solat pun WAJIB hentikan solat sekiranya ibu @ayah kita memanggil kita. urm, dahsyat juga perancangan tu..harap semuanya dirancang untuk ISLAM bukan untuk sahabat-sahabat..Tahniah!

    ReplyDelete
  4. salam... encik fareed
    insyaallah doakanlah agar perancangan kami berjalan lancar dan demi allah semata-mata..

    ReplyDelete
  5. Assalaualaikum wbt

    Moga ia jadi ibrah kepada semua dai'e. Sedangkan pergi perang jihad tanpada izin ibu bapa dilarang, inikan pula da'wah. Iblis akan membelit kita menurut level kita. Bagi mereka yang mencintai Islam iblis akan membelit mereka dengan cara yang lain, contohnya melanggar perintah ibu bapa kerana da'wah.

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan,akak pernah pegang jwtan seperti adik,adik kena dapat restu drp family dulu utk pi mana2....kena pandai berhikmah...
    naik motor baik2. kena sentiasa baca doa naik kenderaan. kena amal selawat nabi bnyk2. insyaAllah selamat. dulu akk selalu travel dr penang ke kedah sorang2,naik motor,hee...tawwakal kena tinggi....tahniah ats perancangan...moga Allah mudahkan segala urusan...
    from: kak midah(batch 2001-05)sc pendidikan.

    ReplyDelete
  7. maafkan sy juga ye sahabat...sy la yg x dtg tu...perancangan pertama sy x janji[sbb sy ada perancangan sy]...yg kedua insyaAllah...dan mgkin lpas ni kt juga akn jarang berjumpa... maafkan sy sekali lg...

    ReplyDelete