Tuesday, April 20, 2010

SAAT INI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sungguh terlalu lama tidak menulis, sibuk menulis untuk thesis, muktamar dan bermacam-macam lagi. Sungguh pantas masa ini berputar-putar dan meninggalkan diriku terus ke belakang. (semacam alasan yang kurang boleh diterimakn??)

Selama 4 tahun di Universiti terlampau banyak pengalaman dan pedoman yang dikutip untuk bekalan masa hadapan. Bermula dari sekolah menengah lagi cita-citaku melanjutkan pelajaran di USM alasan paling kuat sebab dekat dengan rumah... Ternyata Allah kabulkan permintaan yang satu ini. Hasrat besarku, ingin menamatkan pengajian dengan memperoleh 1st class degree sekalipun gagal aku tetap bersyukur kerana Allah hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna; Aku mula mengenal hakikat kehidupan sebenar... Tiada apa yang mampu diucapkan melainkan Alhamdulillah.

Sungguh cabaran dunia sebenar semakin lama semakin mendekati diriku sekalipun ada juga cobaan ingin melarikan diri... Hakikat yang pasti aku perlu tempuh semua itu. Beban dibahu tidak juga pernah berkurang sekalipun amanah yang lalu telah aku lepaskan, Allah telah menghadirkan lagi amanah yang semakin besar. Ya Allah, kuatkanlah aku.....

Ternyata dalam medan ini tidak pernah ada masa untuk beristerehat, amanah datang silih berganti... pagi..petang..siang dan malam... Oleh itu, sila jangan bertangguh wahai diri... (Sila sedar diri). Apa yang aku dapati kini, perlu betul2 bersedia sebelum melangkah keluar.. counting day by days....

Aku pasti akan terus merindui segala kenangan yang tercipta di sini.... Pada sahabat2, adik2, kakak2, teman2 sekuliah, lecturer... Dan aku mula menyedari aku harus mencari medium baru untuk percambahan diri... Sudah tiba masa dan ketikanya aku perlu pergi sedikit jauh dari USM yang tercinta tetapi bukanlah bermakna aku akan terus meninggalkan. Suatu ketika nanti, aku akan pulang.. Insyaallah

Sebelum ku tinggalkan kampus ini, gelaran mahasiswi ini... dan apa2 lg... ternyata aku belum lagi
1) menghabiskan lesen motor
2) mengambil kursus kahwin
3) membuat pembetulan thesis
4) hoho... 3 paper lagi menungguh nih...

Sila-silalah membaca buku!!

3 comments:

  1. Silakan bace buku.. - pesanan utk diri.. (^^,)

    ReplyDelete
  2. haa..cepat2la habiskan lesen motor..pahni dah nak kerja pulak..dlm usm mmg xda sapa nk tahan cek lesen..

    ReplyDelete
  3. salam..6 sept 2011 ni baru sy dftar masuk usm,kos teknologi mknn..bleh sy tau, apa subjek2 dlm kos ni or killer paper ke? sy xtau nak tnya sapa, tenkiu

    ReplyDelete