Wednesday, June 11, 2008

PERUBAHAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehidupanku berbeza jika hendak dibandingan antara dulu dan kini. Dan pastinya semua orang akan melalui detik-detik itu. Satu penghijrahan ke arah yang lebih baik. Kita tidak harus hanya berada ditakuk lama dan kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan apa yang ada sahaja, sedangkan banyak lagi perkara yang harus kita capai demi kebaikan kita khususnya serta manusia sejagat umumnya.

Tiada kena mengena dengan bulan hijrah ku coretkan tulisan ini. Tetapi, kepala ini sedang memikirkan satu method untuk mencapai matlamat anjakan paradigma pemikiran dalam diri mahasiswa itu sendiri. Bagaimana hendak mengubah mentaliti mahasiswa yang hanya tahu memfokuskan diri mereka dengan akademik semata-mata. Bagaikan itu sahajalah cara untuk mereka mendapat peluang pekerjaan yang diidam-idamkan(fokus jangka pendek). Setiap hari akan menghadap buku dan komputer menyiapkan assignment yang bertimbun-timbun bagaikan Bukit Gambir yang terpasak di belakang Kompleks RST.

Apabila sudah boring maka bermulalah aktiviti menayangkan cerita-cerita korea, indon dan banyak lagi sebagai pelengkap kehidupan. Mungkin juga keluar berjalan-jalan di BJ, Perangin...Sunshine, Tesco dan yang terbaru Queness Bay bersama kawan-kawan. Menghabiskan masa menonton wayang yang memaparkan movie baru. Mungkin pada pandanganku mereka ini mencari hiburan yang menenangkan jiwa. Itu cara mereka... Wajarkah aku biarkan sahaja???? TIDAK sama sekali.

Mahasiswa Mahasiswi yang ku sayangi kerana ALLAh semata-mata. Bangkitlah segera kita tidak boleh terlena lagi dibuai mimpi nan indah...Sekarang bukan lagi masa untuk kita melayari bahtera kehidupan ini dengan cara nafsi-nafsi tetapi kita haruslah sedar yang kita ini generasi baru yang ingin dilahirkan ke arah Malaysia yang baru. Maka kita perlu bersatu tidak kiralah berlatar belakangkan fahaman politik yang berbeza mahupun berbezanya kulit warna, bangsa ataupun agama sebab kitalah yang akan mencorakkan Malaysia di masa hadapan. Sanggupkah kalian lihat negara kita hancur begitu sahaja!! Baru-baru ini kedaulatan negara sekali lagi tercemar dengan hilangnya Pulau Batu Puteh ke tangan Singapura. Lepas ini apakah pula......???? Jangan....Jangan....Jangan biarkan lagi negara yang kita cintai ini ternoda dek tangan-tangan kasar yang terlalu gelojoh mengejar kemahsyuran tanpa kedaulatan..... Apa yang kita ada kita pertahankan... Apa yang rasanya tidak elok kitalah yang perlu betulkan... Apa yang betul dan baik itu kita perjuangkan!!!!


Mahasiswa hari ini telah kekurangan nilai.....Mari kita selongkar apa maksud statement tersebut? Tidak perlu mencari model jauh-jauh tetapi cuba kita renungkan keadaan diri kita yang bergelar mahasiswa mahupun yang bergelar bekas mahasiswa. Hari ini added value dalam diri mahasiswa terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan zaman kegemilangan mahasiswa era 70-an dan 80-an yang mana pada waktu itu gerakan mahasiswa begitu sinonim dengan masyarakat. Mahasiswa sangat sensitif pada keadaan sehingga tercetusnya Demonstrasi Baling sekiatar tahun 70-an yang memperjuangkan nasib golongan petani yang saat itu dilanda krisis kebuluran.... (kna banyak lagi membaca sejarah gerakan mahasiswa). Di sini dibuktikan betapa mahasiswa begitu dekat dengan masyarakat. Hampir 1000orang mahasiswa dari segenap kampus turut bersama golongan yang ditindas ini. Maka ramai laa jugak ahli gerakan mahasiswa ini tertangkap oleh pak polisi. Konon2nya mengancam keadaan negara.....

Kalau diikutkan zaman-zaman dahulu kala... mahasiswa khususnya pemimpin-pemimpin utama universiti inilah yang akan keluar menjadi nukleus menyambung kepimpinan negara. Metadbir ke arah yang lebih baik... Tetapi sekarang setelah gerakan mahasiswa hampir gagal melahirkan atau membentuk pemimpin yang telus. Jika dulu kita ada DATO' SERI ANWAR IBRAHIM(tokoh aktivis paling dikenali-pernah menjawat di kedudukan paling tinggi sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI), DATUK AHMAD SHABERY CHEEK(sekarang MENTERI PENERANGAN MALAYSIA) dan ramai lagi....tapi di sini hanya disebut beberapa nama. Sekarang jika dipandang sekilas kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa di seluruh kampus, tercari-cari juga siapakah figure-figure hebat yang boleh kita ketengahkan suatu hari nanti.... menjadi hero memperjuangkan yang hak...We wait and see!!! Tetapi jika kepimpinan yang ada pada hari ini masih belum sedar... ibaratnya kita hanya bermimpi di siang hari.

NILAI PERTAMA YANG KITA TIADA = SPIRIT

Hari ini, kita mahasiswa kekurangan SPIRIT. Spirit ini asas utamanya ialah agama. Jika kita kuat berpegang dengan agama insya-allah gerak keje lain akan jadi lebih mudah dan smooth ja. Spirit gerakan mahasiswa pun tidak menampakkan auranya, mati begitu sahaja dengan kehadiran AUKU pada tahun 1971 dan diteruskan dengan pindaan pada tahun 1974. Mahasiswa jadi beku. Banyak bertemu dengan insan-insan yang makan garam terlebih dahulu dalam erti mahasiswa ini. Mereka selalu membandingkan antara dulu dan sekarang. Katanya mahasiswa sekarang nak buka mulut pun tidak berani. Xnampak apa yang mereka usahakan. Jadi, kitalah mahasiswa yang harus mengembalikan zaman kegemilangan mahasiswa itu....dengan cara kita sendiri. Kita juga harus mencipta sejarah pada zaman kita. Maka dengan sebab itu siapa yang masih tidak jelas kenapa AUKU harus dimansuhkan dan mungkin juga boleh dipinda kena banyak mengkaji sejarah mahasiswa dan boleh juga merujuk kepada laman maya ini http://mansuhkanauku.wordpress.com/. Harapannya agar semua lebih jelas. Sama-sama hadamkan kenapa ada golongan yang memperjuangkan untuk mansuhkan AUKU. Pasti mereka ada hujah mereka sendiri.

NILAI KEDUA YANG KITA TIADA = MATANG

Soroti kehidupan kita, betapa lambatnya kita matang terutama dari sudut pemikiran. Kadang-kadang usia sudah mencapai 21 tahun. Klu hendak di ikotkan perlembagaan kita dah di kira "bebas". Keputusan berada di tangan kita. Kadang-kadang ibu bapa pun dah xleh nak control-control kita lagi. Tetapi, kadar kematangan kita tue x boleh nak di ukur dengan usia yang dah hampir suku abad. Pemikiran kita hanya berlegar di sekeliling kita. TIdak mampu untuk pergi lebih jauh. Kata orang "tidak pernah berfikir out of the box". Sampai bila kita tidak akan maju. Maju bukan hanya di ukur melalui pembinaan bangunan tetapi yang paling penting ialah akal fikiran. Jadi kita wajib mengembalikan nilai tersebut!!!!

NILAI KETIGA YANG KITA TIADA = BUDAYA MEMBACA

Kalau kita menoleh ke negara Barat (bukan untuk tunduk pada Yahudi atau orang kafir) tetapi untuk kita ambil pedoman dan iktibar budaya mereka yang boleh dijadikan contoh. Mereka ke mana-mana sahaja berkepit dengan buku. Sehingga terkadang tu membaca sambil berjalan. Budaya rajin membaca dan semangat cintakan ilmu sangat perlu ditekankan. Dan bahan bacaan itu perlulah yang mengembangkan minda generasi muda ini. Membentuk diri supaya lebih berpandangan jauh. Dengan membaca akan menambah ilmu pengetahuan kita dan menjadikan kita seorang intelek muda. Selain itu, budaya membaca akan melatih kita alert dengan situasi semasa. Maka dengan ini, saya menyeru semua mahasiswa rajin-rajinkanlah diri membaca. Jangan sekadar membaca hiburan-hiburan ringan yang mencipta gossip bagi melariskan jualan.
Jika harga buku di pasaran mahal, kita ada alternatif alam maya ini. Jadi manfaatkan sebaik mungkin.

NILAI KEEMPAT YANG KITA TIADA = SOLARIDITI

Antara mahasiswa tidak ada kesamaan samada dari segi pendapat mahupun tindakan. Masing-masing dengan fahaman masing-masing. Jarang sekali untuk duduk berbincang sama-sama mencari methodology menggerakan suara mahasiswa ke hadapan. Tetapi yang nyata di kampus sama ada PMI atau ASPIRASI hanya tahu mencari titik perbezaan. ketepikan semua itu jika kita ingin unite for the student agenda. Yang penting perlu tekankan, kebajikan mahasiswa terjaga. Masing-masing pernah dengarkan "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

NILAI KELIMA YANG KITA TIADA = DOING RESEARCH

Hari ini, mahasiswa dilanda kemalasan yang amat sangat iaitu malas mencari sumber rujukan. Sebagai orang yang intelek kita harus peka akan benda ini yang mana sumber maklumat itu adalah asas yang utama. Di mana jikalau boleh dapatkan 'prime source' itu adalah yang terbaik. Sama jugalah dengan keadaan mahasiswa ketika sedaya upaya menyiapkan assignment kebanyakkan lebih gemar copy and paste, klu ada yang senior that's better. Marilah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Janji dan azam pada diri untuk lakukan yang terbaik.

NILAI KEENAM YANG KITA TIADA = SENSITIF

Sensitif yang ingin dinyatakan disini bukan perasaan sensitif seseorang yang emosinya cukup halus. Tetapi, sensitif ini membawa maksud alert dengan persekitaran. Umpamanya "cubit peha kiri, peha kanan turut terasa". Sebagai contoh akhir-akhir ini, masalah pembuangan bayi, kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi. Mungkin perkara itu tidak terkena pada kita tetapi kita tidak boleh memandang enteng perkara tersebut kerana mereka juga sebahagian pada kita. Dengan kenaikan harga minyak yang berganda-ganda akan mengakibatkan kenaikan harga barangan yang lain juga. Kita semua harus cakna dengan semua ini. Usahlah berpeluk tubuh lagi...

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menghabiskan tulisan ini. Sama-sama kita manfaatkannya.

"KEBANGKITAN MAHASISWA, MEMIMPIN PERUBAHAN"

Ya gelombang itu pasti datang...mungkin lebih dahsyat dari tsunami"

2 comments:

  1. salaam izzati..setiap manusia pasti akan berubah inshaAllaah... tidak masa muda, dah tengah-tengah 30-an atau 40-an...barangkali... apa yang pasti kita hanya boleh 'mempengaruhi' manusia untuk berubah ke arah dengan lebih baik dengan niat ikhlas kerana Allaah... tapi, kita tetap tidak boleh desak atau memaksa pemikiran mereka untuk berubah.. kata-kata tidak mampu memberi contoh yang terbaik tetapi teladan yang ditunjuk.. pendedahan mahasiswa kini dengan pelbagai cerita dari luar, memang kita tak boleh sekat, dan kita tak boleh halang mereka tengok..kekadang aku muhasabah jugak..bila diri tak kuat, pun ada jugak tengok cerita Jepun dengan kawan..kekadang ada pengajaran yang cerita tu bawak..tapi bergantung pada kita untuk fikirkannya..bagi aku yang hina dan banyak dosa ini, dulu aku memang tak suka di'paksa' so on..dan macam2 mesej nasihat aku dapat..kekadang sampai terdetik dalam hati aku, macamlah mereka baik sangat.."...emm..[dululah]..

    seorang kawan yang berperwatakan sederhana, dia tak banyak bagi nasihat tapi tingkahlaku dia, selalu buat aku tersedar..dia langsung tak tegur aku pasal aurat, jangan main mesej dan lain2 yang remeh...tapi satu yang dia selalu buat..dia selalu puji Allaah atas apa2 yang berlaku! dia selalu motivate aku..dengan ingat Allaah...bagi ayat2 Ibnu qayyim...dia selalu kata Allaah sayang Ros.. semoga Allaah lindungi ros..dan sebagainya...sampaikan aku sendiri yang berasa dihargai..ya! Allaah sentiasa menghargai kita.. bila ada orang 'condemn' kita.. dan hati kita terguris..dan kita diingatkan dengan betapa kasihnya Allaah...ada satu perasaan 'lega' yang kita akan rasa! pasti! dengan ingat Allaah hati akan menjadi tenang! fahami konsep dzikrullaah yang sebenar, seperti kata ibnu Qayyim..“setiap waktu kita berfikir, bertutur dan melaksanakan apa-apa yang disukai Allaah”..dan Dzikr sepatutnya bukan hanya dirasai oleh hati dan disebut dengan lidah, bahkan ia juga mestilah menjadi penyebab dan penghasil amal soleh..melaksanakan tugas harian, mencari sumber pendapatan dan memenuhi tanggungjawab keluarga kesemuanya adalah sebahagian daripada dzikr, sekiranya ia dilaksanakan dalam mematuhi Allaah swt, untuk mencari keredhaan-Nya dan mencapai syurga-Nya... keep on yr work! wassalaam ;)

    ReplyDelete
  2. salam..
    sahabatku ros, terima kasih...
    untuk segala-galanya....

    ReplyDelete